Aku Tidak Mahu Mencintai Lagi

28 1 0
                                    

Aku tidak gentar untuk jatuh

kerana aku bisa bangun sendiri.


Aku tidak takut untuk lemas

kerana aku bisa berenang sendiri.


Aku tidak gusar untuk melompat

kerana aku bisa mendarat sendiri.


Aku tidak mahu mencintai lagi

kerana aku tidak bisa;

bangun

berenang

mendarat

sendiri


tanpamu. 

Sejarah Dari Mata PengalahWhere stories live. Discover now