"Oi tembam, Naufal tanya kau tu. Jawablah," Afiq menyiku lenganku. Itulah aku, khayal sampai ke dunia fantasi! Aduh, malunya aku kena tangkap berangan depan dia.
"Hah? Apa dia tanya aku?" Aku terpandang tepat ke dalam matanya. Dup, dap. Dup, dap. Bertenanglah wahai hati. Ya Allah, sungguh sempurna ciptaanMu.
Naufal tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. "Tak, aku cuma nak kepastian pasal ujian kita yang kita buat minggu lalu. Itu sahaja."
"O-oh, pasal itu rupanya. Ingatkan apa tadi. A'ah, hari ni kita dapat tahu markah kita," aku menjawab dengan selembut-lembutnya. Biar nampak ayu sedikit. Bukan itu sahaja, aku melemparkan senyuman manis buat ciptaan Allah SWT yang terindah ini.
Naufal menjawab dengan anggukannya lalu beredar keluar untuk ke kantin sekolah. "Jumpa nanti."
Apabila kelibat Naufal sudah tiada, aku menyembamkan muka ke meja dan menjerit sekuat-kuatnya sehingga Afiq menarik rambutku yang ikat satu.
"Bisinglah!" Afiq memarahiku.
Aku menoleh ke kanan dan ke kiri, memastikan bahawa tiada orang di dalam kelas. "Fiq, comelnya dia!!! Aku sampai tak boleh nak bernafas. Rasa macam udara ni tersekat tak dapat masuk."
"Gatal! Eh, daripada kau berangan pasal dia, lebih baik kau sediakan hati kau nak dapat keputusan ujian A-Maths kau. Kau kata hari tu kau tak boleh buat, kan?" Afiq menepuk tangannya untuk menepis segala angan-angan yang aku impikan tentang Naufal.
Hah, teringat aku tentang ujian minggu lepas itu! Aduh, matilah aku. Macam manalah agaknya keputusan aku? Harap-harap lulus. Kalau tidak, melalaklah aku malam ini.
---
"Sudahlah, ini baru ujian kelas pertama akak untuk mata pelajaran itu. Janganlah menangis. Akak ni menangis macam bini hilang laki pula," Rizal menepuk bahuku untuk mengatakan bahawa semuanya akan baik-baik sahaja.
Aku menolak tangannya yang menepuk bahuku. "Eh aku masih anak dara, tahu!"
"Tahu pun! Sudah, sudah. Ini baru yang pertama. Adik bilang akak ni sebab adik sayangkan akak. Mana ada orang terus berjaya sebelum gagal? Lap tu airmata," Rizal menunding jari ke arah airmataku yang terus berlinangan di pipi tanpa henti.
Aku membersihkan wajahku yang dipenuhi airmata dengan kedua-dua tanganku. "Aku pun sayang kau, dik."
"Kalau kau sayang aku, kau masak sekarang, kak. Aku dari petang belum makan sebab kau melalak dekat dalam bilik," aku menumbuk lengan adikku berkali-kali. Sempat juga dia menyakat aku!
Aku berlalu ke dapur untuk memasak sementara adikku menukar ke saluran kegemarannya dan menonton dengan khusyuk. Hmm, memandangkan hari ini adikku begitu baik hati memberi semangat kepadaku, aku telah membuat keputusan untuk memasak lauk kegemarannya.
Pertama sekali, aku mengeluarkan bahan-bahan dari peti sejuk lalu memasak nasi. Kenyanglah perut adikku malam ini. Kalau hari-hari kau baik-baik macam ini dengan aku, bukan setakat masak tahu. Silap-silap, aku suapkan kau sekali wahai adikku Rizal.
Selepas setengah jam, Rizal berlari ke meja makan ketika aku menghidangkan makanan. Dia menarik aku ke dalam dakapannya. "Akak, terima kasih!!! Wah, dah lama tak makan lauk sambal tumis udang. Nak harapkan mak, memang susahlah sebab dia ikut tekak dia sahaja."
"Kau ni kan, jangan cakap macam tu depan mak. Kecil hati orang tua tu," aku menempuk lengannya lalu meleraikan dakapannya. Aku mengusap rambut adikku dan menyedukkan nasi bersama lauk kegemarannya.
Rizal ketawa kecil. "Hehehe, tahulah orang. Akak tak nak makan?"
Aku menggelengkan kepalaku lalu masuk ke dalam bilik dan melemparkan tubuhku yang sedikit berisi ke atas katil empukku. Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi. Nama Afiq tertera di skrin telefon bimbitku.
"Hah, nak apa?" Aku bersuara malas.
"Aku dengar kau gagal ujian kau," kata-kata Afiq membuatkan aku teringat akan markah ujian pertamaku. Sebak mula terisi di ruang hatiku semula.
Nada suaraku semakin perlahan dan kedengaran sedikit manja. "A'ah.. Aku baru habis nangis tadi. Abeh kau berbual pasal ni lagi. Buat aku tambah nangislah!"
Mataku mula berkaca. Hei, Mia. Hati kau cepat sangat terusik! Aku mula teresak-esak.
"Sudahlah, bukan kau seorang diri yang gagal. Ada lagi seorang yang gagal kan?" Afiq cuba memujuk hatiku yang sedih.
Suaraku mula meninggi. "Manalah aku tahu! Yang aku tahu aku gagal! Sudahlah, tidur lagi bagus! Selamat malam!"
Aku meletakkan panggilan. Namun, setelah beberapa minit, telefon bimbitku berdering semula. Eh, kenapa dia menghubungi aku? Tidak pernah-pernah lelaki ini menelefoni aku.
Jantungku berdegup kecang. Aku berasa seperti baru selesai berlari 2.4 kilometer di stadium. Aku menarik nafas beberapa kali dan menghembusnya. Perasaan takut-takut tetapi pada masa yang sama perasaan ghairah meneyelubungi hatiku.
Aku menekan butang hijau.
"Mia ke tu?" Suara garau itu membuak dada ini sesak untuk bernafas.
YOU ARE READING
Andainya Kau Terima
RomanceKisah ini menceritakan perjalanan hidup seorang perempuan, Amira Ilmia. Mia menaruh hati kepada teman sekelasnya iaitu Naufal. Naufal yang pendiam lagi dingin mula berubah apabila dia mula rapat dengan Mia. Akan tetapi, semuanya berubah kerana satu...