Bab 29

35 1 0
                                    

Untuk seminggu, aku tidak dapat menghadirkan diri ke sekoah. Aku mengadu sakit kerana lebam-lebam dan juga luka-luka di tubuh belakangku. Mak dan Rizal membawaku ke klinik yang berhampiran kerana terdesak. Alhamdulillah, aku diberi cuti sakit buat seminggu.

Seminggu.. Buat seminggu, aku tidak perlu memikirkan bencana apa yang akan melanda ke atas diriku selepas kejadian di tandas perempuan. Aku tidak boleh bayangkan andai kata aku tidak mendapat cuti sakit, membawa beg sandangku dan ke sekolah dengan keadaan yang lemah.

Sepanjang masa itu juga aku tidak menghiraukan pesanan mesej Afiq. Bukan itu sahaja. Aku mengelak daripada bertembung dengan abah. Ya, aku tidak makan malam bersama keluargaku lagi. Aku tidak ingin bertemu dengan abah langsung. Aku masih terkilan kerana dia tidak mahu mendengar penjelasan aku terlebih dahulu.

Aku menggunakan waktu semingguku dengan baik. Tidak sesaat pun aku menghabiskan masaku dengan lelaman sosial. Selain daripada menonton berita di televisyen, aku meluangkan masaku dengan mengulang kaji pelajaran dan merapatkan lagi hubunganku dengan Allah SWT.

Dengan Yang Maha Berkuasa sahaja aku mampu meluahkan segala-segalanya. Hanya dengan Allah SWT sahaja.. Kerana Dia ada ketika aku melalui semua kepahitan di dunia. Hanya Dia sahaja yang mengetahui isi hatiku ini.

Kipas angin siling yang berada di dalam kelasku berputar malas. Ramai pelajar-pelajar berpusu-pusu ke kantin sekolah kerana takut barisan di gerai makan kegemaran mereka menjadi panjang.

Oleh kerana bilik darjahku benar-benar bertentangan dengan kantin sekolah, aku mengamati suasana riuh di kantin sekolah sambil mengulang kaji. Gelagat para pelajar yang mencuit hatiku mengukir senyuman tipis di bibirku.

Tulisanku terhenti apabila mendengar tarikan bangku di belakangku. Aku berpusing. Ternyata bukan aku sahaja yang tidak ke kantin sekolah. Farah, Ana, Ain dan Seri juga lebih gemar duduk di dalam kelas dan berborak berbandingkan dengan keadaan di kantin ketika ini.

Aku cuba menghindarkan mataku daripada bertemu dengan Farah dan kembali menyambung menulis nota-notaku untuk mengulang kaji. Dengan tidak semena-mena, aku mengeluh apabila mendengar namaku dipanggil Farah sambil menghampiriku.

Dengan perlahan-lahan, aku mengangkat wajahku dan memandangnya. Berat sungguh hatiku untuk memberikan Farah sebuah senyuman yang manis lagi ikhlas. Keningku dinaikkan sebagai isyarat bahawa aku ingin tahu tujuannya.

Farah membetulkan rambutnya yang ikat satu itu sambil menggenggam kedua-dua tangannya. Sesekali, dia akan mengusap telapak tangannya untuk membuangkan rasa gentar. "Aku nak minta maaf.."

Aku meletakkan penaku di atas meja lalu memeluk tubuhku. Wajahku jatuh memandang ke lantai. Bibirku terkunci buat sedetik dua. Aku tidak tahu tindak balas apa yang harus aku beri kepada Farah.

Mata aku meneliti setiap inci wajah Farah. Sememangnya, Farah beruntung kerana memiliki wajah yang cerah. Matanya yang besar membuatkan dirinya kelihatan manis sekali. Wajah yang cantik lagi comel.. Ditambahkan lagi bentuk badannya yang langsing.

"Tak apa, benda dah lepas pun," jawabku dengan tenang.

Farah terus melabuhkan punggungnya di sebelahku. "Betul ke kau tak marah? Aku tahu aku berkasar teruk dengan kau masa tu. Kalau kau tak nak kawan dengan aku lagi, aku akan faham kau."

Aku menggelengkan kepalaku. "Tak apa, Farah. Tak ada manusia yang sempurna."

Walaupun aku berkata bahawa aku tidak kisah, ternyata hanya Dia yang tahu apa yang sebenar-benarnya yang aku rasakan di saat ini. Ingin sekali aku meluap marah ke Farah, namun apa gunanya? Ingin juga aku lepaskan rasa sakit hati apabila dia berkasar ketika itu, namun apa faedahnya?

Mungkin, kesan-kesan sakit di tubuhkan membuatkan aku rasa malas untuk memanjangkan perkara. Mungkin, aku cuba untuk mengelak daripada berbicara dengan Farah sebanyak yang aku boleh.

"Mmm.. Mia, aku nak minta tolong kau. Boleh kau jagakan beg aku tak? Aku kena hantar buku-buku latihan tadi dekat meja cikgu. Boleh, kan?" Farah menukar topik sambil meletakkan begnya di sebelahku.

Aku menyambung menulis nota-notaku. "Suruhlah Ain, Ana atau Seri jagakan. Bukan selalunya kau suruh salah satu daripada mereka jagakan?"

Farah memujuk sambil memegang lengan kiriku. "Bolehlah... Bolehlah..."

Dari tepi mataku, aku melihat kelibat Afiq. Ingin sekali aku menegurnya untuk memanggil masuk ke dalam kelas, namun pandangan matanya seakan memberitahu bahawa dia sedang memerhatikan aku kerana sesuatu sebab.

Aku meleraikan pegangan tangannya. "Pergilah, aku jagakan. Cepat sikit, waktu rehat dah nak habis."

Sebaik sahaja Farah berdiri, mataku terus jatuh ke nota-notaku kembali. Dehaman seseorang membuatkan bacaanku terhenti. Aku mengeluh di dalam hati.

"Hai, Mia! Kau buat apa tu?" Seri bertanya sambil tersenyum. Rambut pendek Seri yang berukiran V menampilkan dirinya seperti orang yang dewasa lagi matang. Dewasa lagi matang.. Kecuali bila dia mula membuka mulut dan berbual.

Dalam terpaksa, aku memandang Seri. Mereka bertiga sudah duduk mengelilingi diriku. Kalau ikutkan hati, aku ingin bersuara bahawa aku rimas dengan ruang yang kecil. Boleh sesak nafas macam ni!

"Baca-baca nota aje," aku cuba memberikan jawapan yang baik. Aku tidak mahu pertengkaran baru terjadi.

Ingin aku menoleh ke arah Ain dan Ana agar aku dapat melihat mereka dengan lebih jelas, namun Seri mula bertanya lagi. Jadi, terpaksa mataku tetap berpandangan dengannya. "Macam mana ulang kaji kau? Kita lagi sebulan lagi nak periksa besar, kan?"

"Hah? Hah.. Biasa-biasa aje. Kadang-kadang aku belajar juga dengan Afiq," sebaik sahaja aku menyebut nama Afiq, Afiq malangkah masuk ke dalam bilik darjah dengan wajah yang merah dan matanya yang memancar api terbakar.

Jari telunjuknya ditujukan kepada mereka bertiga. Afiq meledak marah. "Korang ni dah melampau! Korang fikir aku tak nampak..."

Kata-kata Afiq terputus apabila Cikgu Nora berjalan masuk bersama Farah. Cikgu Nora menuju ke mejanya. "Apa yang awak marah-marahkan, Afiq?"

"Ta-tak ada apa-apa, cikgu. Panas betul cuaca hari ni," sepasang mata Afiq yang sinis dan dingin ditujukan ke arah Farah dan kawan-kawannya. Afiq mengepalkan tangannya. Aku menjadi keliru ketika itu. Sepertinya Afiq sedang menahan marah terhadap mereka berempat.

Andainya Kau TerimaWhere stories live. Discover now