Aku memerhatikan Haikal dari luar kamar. Dia sedang bersandar di atas katil sambil berkhayal. Mungkin, pertemuannya dengan Adam yang tidak disengajakan membuatkan dia terimbas kembali kenangan lama.
Sesudah meletakan milo panas di meja yang berada di tepi katil, aku pun naik ke katil dan duduk tersandar seperti suamiku. Tiada langsung expresi di raut wajahnya. Sedihkah dia? Terkilankah dia? Rindukah dia? Menyesalkah dia?
"Awak?" Aku berharap suaraku dapat mematikan lamunannya. Namun, gagal. Sebaik sahaja aku mengusap lalu memeluk lengan kirinya itu, barulah dia tersadar daripada lamunannya.
"Sayang? Bila sayang masuk tadi? Saya tak perasan pun," suara Haikal kedengaran begitu merdu di pendengaran telingaku. Hai.. Bila hati sudah sayang..
Aku memejamkan mataku sambil tersenyum. "Merdunya suara awak.. Rindunya.."
Haikal menarikku ke dalam pelukannya. "Kenapa ni, sayang? Cuba kongsikan dengan saya."
"Awak asyik khayal aje.. Apa yang awak berbual dengan Adam tadi? Sampai suruh saya masuk kereta, tak kasi saya dengar pun.." Aku memuncungkan bibirku tanda merajuk manja.
Haikal tertawa kecil. "Sayang risaukan saya, eh? Lepas ni tak payah risau dah. Kita boleh hidup bahagia."
Aku mendongakkan kepalaku memandangnya. "Apa awak cakapkan ni? Saya tak faham."
"Adam dah kahwin dah.. Dia ada meeting dekat Singapore. Dia dah kahwin dah dekat Australia dan terus tukar citizenship. So, sebab itulah kita terus tak nampak dia dah," terang Haikal.
Aku menggaru-garu pipiku yang tidak gatal. "Abeh, apa yang kita boleh hidup bahagia?"
Haikal mencubit lembut pipiku. "Yalah, Adam dah move on. Hati sayang pula ada dengan saya, bukan Afiq. Jadi, kita dah boleh beri perhatian penuhlah."
"Perhatian penuh? Dekat siapa?" Aku menjadi semakin bingung.
Haikal mencium bibirku. "Focus penuh untuk buat anaklah."
---
"Awak, cukup-cukuplah. Bangun, yuk. Kasihan anak-anak kita tu tunggu saya bangun. Mesti mereka lapar," aku memujuk Haikal yang masih lagi mendakapku dengan erat di dalam selubung.
Haikal menadahkan pipinya. "Kiss dulu."
"Ish, awak ni. Anak dah lima pun perangai macam ni," aku merungut tetapi tetap mencium pipinya dengan penuh kasih sayang.
Haikal meleraikan pelukannya lalu bangun. "Hehe, tak sangkakan sayang. Pejam celik, pejam celik. Dah dua belas tahun kita kahwin."
Aku pula dengan segera melipat selimut dan membetulkan cadar dan bantal-bantal di atas katil. Haikal pula dengan senyap-senyap memelukku daripada belakang. "And I still love you like the first day we got married."
Suara lunaknya di leherku membuatkan aku tertelan air liurku. Wahai suami.. Tak habis-habis menggodaku di siang dan di malam hari. Aku pula iman macam goyah je. Lagi-lagi tahu bahawa dialah yang halal bagiku. Hehehe.
Sebelum aku bersuara, Haikal sudah mengucup bibirku lalu menarikku semula ke katil. Jam menunjukkan pada pukul sepuluh pagi. Habislah sarapan anak-anakku.. Maaf, ibu layan ayah dahulu yee..
YOU ARE READING
Andainya Kau Terima
RomanceKisah ini menceritakan perjalanan hidup seorang perempuan, Amira Ilmia. Mia menaruh hati kepada teman sekelasnya iaitu Naufal. Naufal yang pendiam lagi dingin mula berubah apabila dia mula rapat dengan Mia. Akan tetapi, semuanya berubah kerana satu...