Alhamdulillah, aku sudah sah bergelar isteri kepada Abir Haikal. Aku melihat cincin emas yang tersarung di jari manis kananku. Tak sangka.. Jodoh aku.. Haikal. Senyuman manis terukir di bibirku.
Hebat benar percaturan Allah Swt. Ya Allah, berkatilah perkahwinanku ini. Manik-manik jernih perlahan-lahan menitis di pipiku. Aku sudah menjadi isteri orang. Pelbagai perasaan aku alami ketika ini.
Tiba-tiba, ada tangan yang memelukku dari belakang. Rupa-rupanya, Haikal sudah masuk ke dalam bilik. Majlis kami diadakan secara kecil-kecilan. Aku terkejut apabila airmata Haikal menitis jatuh ke pipiku.
Aku menoleh ke arahnya lalu mengelap airmatanya. "Kenapa Haikal menangis ni?"
"Saya rindu kawan-kawan saya. Saya rindu Hafiz, Adam dan Afiq," pelukan Haikal semakin erat. Hatiku menjadi sebak. "Sayang jangan tinggalkan saya macam mana mereka tinggalkan saya tau."
Kali ini, airmataku berlinangan berterus-terusan. Aku melonggarkan dakapannya. "Salah Mia. Kalau tak kerana Mia, mesti Haikal masih berkawan dengan mereka semua."
"Mia tak salah, sayang. Dorang tu yang tak tahu nak selesaikan masalah," Haikal menarikku kembali ke dalam dakapannya. Pelukannya itu membuatkan aku rasa selamat dan selesa.
Aku meleraikan pelukannya lalu membersihkan mukanya. "Sudah, sudah. Jangan nangis lagi. Tak handsome pula suami Mia ni."
Haikal tertawa. "Sayang, saya dah boleh pimpin tangan awak. Dah halal. Kalau nak lebih-lebih, boleh?"
"Mia backhand nanti kang!" Aku mencubit lembut pipinya.
---
Sudah tiga bulan sejak pernikahan aku dan Haikal. Aku bersyukur.. Haikal tetap kelakar macam dahulu, tetap kuat bergurau macam sedia kala. Aku melihat jam tangan pemberian Haikal di pergelangan tangan kiriku yang berwarna merah, hampir seiras dengan jam tangan Haikal.
Jam menunjukkan pada pukul 6 petang. Aku menunggu Haikal untuk mengambilku setelah aku habis bekerja. Sebagai guru prasekolah, hari-hariku dipenuhi dengan gelak-tawa kanak-kanak. Aku bahagia.
Sedang aku menunggu Haikal, ada kelibat seseorang yang sedang mencari teksi. Dia kelihatan serabut sekali kerana sukar untuk mendapatkan teksi di kawasan ini. Aku mengerti perasaannya.
Mindaku terus mati apabila dia memusingkan badannya. Adam...
Seperti aku, Adam juga terkedu melihat aku duduk di bangku yang tersedia. "Mia?"
Adam menghampiriku. Nafasku menjadi sesak. Ketika ini kereta milik Haikal sudah pun tiba.
Haikal yang baru sahaja keluar dari kereta juga kaku melihat kelibat Adam.
"Mia buat apa dekat sini?" Tanya Adam.
Langkahku buka menuju ke arah Haikal. Aku cuba membaca expresi muka suamiku. Aku tahu, dia gembira dan risau pada waktu yang sama. Aku sengaja mencapai tangan suamiku dan menyalamnya lalu menoleh ke arah Adam. "Mia tunggu suami Mia ni."
"Haikal?" Wajah Adam berkerut. "Haikal suami Mia?"
YOU ARE READING
Andainya Kau Terima
RomanceKisah ini menceritakan perjalanan hidup seorang perempuan, Amira Ilmia. Mia menaruh hati kepada teman sekelasnya iaitu Naufal. Naufal yang pendiam lagi dingin mula berubah apabila dia mula rapat dengan Mia. Akan tetapi, semuanya berubah kerana satu...