Bab 13

27 0 0
                                    

Butir-butir bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik. Kedinginan malam ini membuat hatiku menjadi damai. Aku menarik nafas untuk menghirup udara nyaman malam ini sambil merenung bintang-bintang di langit di tepi jendela.

"Mia, kamu dah solat isyak belum?" Mak aku mengulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilikku.

Aku menoleh ke arah mak aku. "Sudah."

"Ni Mia, esok kamu pergi ikut rombongan sekolah untuk menyokong peringat akhir sepak takraw Afiq, kan?" Mak aku melabuhkan punggungnya di birai katil.

Dicapainya alat kawalan hawa dingin untuk medinginkan kamarku yang sedikit bahang sebelum menutup tingkap-tingkap lalu melemparkan badanku di atas katil, berbaring di atas paha mak aku yang tersayang.

"Umm, pukul lapan bas bergerak. Kenapa, mak?" Aku menjadi penasaran dengan tujuan sebenar mak aku masuk ke dalam bilikku.

Pandangan aku dan mak aku ke arah pintu bilikku apabila ada seseorang yang mengulas tombol pintuku dan menguak masuk.

"Amboi, amboi! Dekat sini ya anak-beranak. Meh sini adik join sekaki," Rizal mencampakkan tubuhnya di sebelahku lalu mendakapku dengan eratnya sehingga aku jerit kerana dakapannya terlalu erat.

"Sakitlah, bodoh!" Aku menumbuk-numbuk dada Rizal dengan sekuat-kuatnya.

Rizal mengusap dadanya. Aku hanya mampu tersengih kerana aku tahu tumbukan aku agak kuat tadi. Mak aku memukul lenganku kerana menyakiti adikku lalu mengelus-elus rambut Rizal.

"Esok kamu tidur di rumah mama Afiq, ya Mia?" Keningku berkerut mendengar apa yang diujar mak.

Aku menoleh ke arah mak. "Kenapa, mak? Ada apa-apa jadi ke?"

"Mama Afiq kamu tu esok kerja, tapi adik dia tu minta tolong mama kamu babysitkan anak dia. Tak kan kamu nak biarkan Afiq seorang diri jaga si budak kecil tu? Kamu tolong-tolonglah dia. Dua hari sahaja, Mia. Boleh, ya?" Jelas mak.

Sambil menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal, aku mengeluh. Aku memicit-micit dahiku seolah-olah perkara tersebut sangat berat. Sebetulnya, memang aku serabut pun.

Mana tidaknya, anak adik mama Afiq itu kembar dua! Pengsanlah aku dengan Afiq nanti. Aku bimbang andai kata Afiq melepas tangan dan terperuk sahaja di dalam biliknya sementara aku yang bersusah payah menjaga adik saudaranya.

"Mak, kenapa Mia? Mak suruhlah si Rizal ni tolong," aku menarik-narik lengan baju tidur mak yang berkain santin hijau muda.

"Ish, habis baju mak!" Mak aku memaksa aku meleraikan tarikanku. "Mestilah kamu. Si Rizal ni apa dia tahu? Sekurang-kurangnya, kamu tu tahu masak, tahu buat susu."

Fikiranku menjadi semakin berserabut. Ingat senang ke jaga kembar dua yang baru berumur dua tahun? Ya, aku pernah jumpa mereka sekali sewaktu menghantar kerja sekolah Afiq ketika Afiq tidak hadir ke sekolah.

Terus terang, aku sendiri mengeluh apabila melihat rumah Afiq yang berselerak seperti tidak terurus langsung. Bantal-bantal kecil yang sepatutnya diletakkan di atas sofanya terlempar merata-rata tempat.

Bukan itu sahaja, mainan-mainan kecil yang tajam juga ada di merata-merata tempat sehinggakan tapak kakiku rasa begitu perih apabila dengan tidak sengajanya aku terpijak mainan-mainan kecil tersebut.

Ya, sebab itulah aku tidak boleh membayangkan menjaga dua kembar itu. Walaupun kembar dua adik-beradik itu comel, aku tetap tidak boleh membayangkan gambaran tersebut.

"Mak, tapi kasihan akak jaga kembar dua orang tu. Rizal ikut akak sekalilah. Boleh tak, mak?" Soal Rizal.

Pandanganku beralih ke arah adikku, Rizal. Oh, Rizal! Mulia sungguh hatimu, dik. Aku menunjukkan raut wajahku yang tersentuh dengan soalannya, lalu memeluk erat adikku dengan seluruh badanku. Kakiku mendakap erat kakinya.

"Oh, adik. Kaulah adikku dunia dan akhirat. Akak sayang kau sayang-sayang," aku meluahkan isi hatiku.

Mak aku menggelengkan kepalanya sebelum balik ke kamarnya. "Hhmm, baiklah. Kamu teman kakak kamu tu. Tapi ingat, tolong kakak kamu. Kamu jangan nak pergi sana lepas tu kamu dan Afiq tinggalkan kakak kamu jaga kembar tu seorang diri. Dah, mak nak masuk tidur. Dah pukul sepuluh ni. Rizal, masuk tidur cepat."

Aku dan adikku melihat pemergian mak beredar dari bilikku. Ya, tangan dan kakiku masih erat merangkul adikku. Sebernarnya, aku selesa dengan posisi seperti ini. Dah besarlah adikku ini.

Baru kali ini aku dapat melihat adikku dengan lebih dekat. Tidak sangka dia semakin tampan apabila meningkat dewasa. Jarak umur aku dan adikku hanya dua tahun. Akan tetapi, bentuk badanku tidak ubah banyak berbandingkan dengan dia.

"Lepaslah, orang rimas tau akak buat orang macam ni. Dah macam koala dah!" Rizal merungut.

Entah kenapa, aku senang mendengar rungutan adikku. Rangkulanku semakin kemas. "Rimas ke? Atau kau cuma nak girlfriend kau sahaja yang peluk kau erat-erat macam ni?"

"Orang tak ada masa nak ada kekasih hati macam akak. Daripada orang ada matair, lebih baik orang main bola. Dah, sana!" Rizal menggunakan tenaganya yang kuat untuk merungkaikan rangkulanku lalu menolak bahuku sehingga aku terjatuh ke atas lantai.

Aduh... Kuatnya kau, Rizal! Mentang-mentanglah kau dah besar sekarang, dah pandai menolak-nolak. Aku bangun sambil mengusap-usap punggungku. Tanpa Rizal menduga, aku menarik rambutnya dan berlari keluar ke ruang tamu.

"Sakitlah. Mak, akak tarik rambut orang!" Rizal menjerit dari bilikku.

"Amira Ilmia, jangan kacau adik kamu tu!!!" Kali ini mak aku pulak yang memekik dari biliknya. 

Andainya Kau TerimaWhere stories live. Discover now