Pejam celik, pejam celik. Tahun pun berlalu. Ya, tahun ini aku akan menduduki peperiksaan besar. Cikgu-cikguku berusaha keras agar aku dan kawan-kawanku faham apa yang kita pelajari.
Suasana di dalam bilik darjah terasa sunyi. Semua pelajar-pelajar memberi perhatian mereka kepada Cikgu Nora.
"Baiklah, tahun ini awak semua akan duduk untuk periksa besar. Jadi, saya nak ubah sesuatu. Kalau awak nak ke tandas, setiap orang harus menjual pantun dua kerat kecuali Syafiq dan Mia. Syafiq dan Mia, awak kena jual pantun empat kerat sebab awak berdua pelajar grade A saya," Cikgu Nora melabuhkan punggungnya di kerusi.
"Ala, cikgu. Mana adil.. Yang lain dua kerat. Saya dengan Mia empat kerat. Mana aci, cikgu!" Syafiq memuncungkan bibirnya.
Cikgu Nora menjawab. "Sebab itulah hari ini kita akan berpantun. Ambil pengajaran hari ini. Nanti bila awak dah tua nanti, awak sebagai orang tua kena juga jual pantun untuk anak-anak awak bila mereka nak kahwin nanti."
"Ala..." Semua pelajar-pelajar di dalam bilik darjah tidak berpuas hati dengan jawapan Cikgu Nora.
Cikgu Nora mengetuk mejanya dengan kuat. "Sudah, sudah. Mari kita bertanding. Perempuan dan lelaki berlawan. Mia dan Syafiq, awak berdua mulakan. Siapa yang tak boleh nak jual pantun, dia akan kalah."
Afiq dengan perasaan ghairah sudah berdiri sambil menunjuk aksi-aksi tumbuk-menumbuk ke arahku. Aku hanya tersengih lalu menolaknya agar aku boleh berdiri dan menuju ke hadapan kelas. Afiq mengikutiku dari belakang.
Aku dan Afiq bertukar pandangan. Aku tersengih memandangnya atas bawah sementara dia menolak bahu kiriku, cuba menimbulkan amarah namun gagal.
"Pergi ke sekolah pena tak dibawa, terus ke kantin membeli pau. Tak usah nak pandang saya atas bawah, sebab malay kita sama level tau!" Afiq menolak bahuku.
Semua pelajar lelaki bersorak dengan pantun Afiq. Cikgu Nora pula berasa seronok dengan pantun Afiq.
Mataku merenung tajam ke mata Afiq sambil memeluk tubuh. "Walaupun sakit dia bermadah, hingga diri empunya bentan. Lidah empunya harus waspada, takut nanti putus satu persahabatan."
"Ala Mia, apa ni? Cikgu, saya tak nak lah lawan dengan dia. Nanti bergaduh pula kita," Afiq memuncungkan bibirnya dan berlalu ke tempat duduk.
Hai, aku pula macam mana? Tak kan aku nak berdiri seorang diri depan semua orang dalam kelas? Niatku ingin kembali ke tempat duduk, tetapi badanku membeku apabila Cikgu Nora bersuara. "Kalau begitu, siapa yang nak ambil alih tempat Syafiq?"
"Cikgu, cikgu! Pilih Naufal, cikgu. Dua-dua orang ni asyik berkepit sahaja macam kembar tak seiras. Berpantun pun bersamalah! Iya ke tidak, semua?" Salah seorang kawan sekelasku yang bernama Adam memberi cadangan.
"Hah, betul tu!" Satu demi satu kawan-kawan sekelasku bersetuju dengan cadangan Adam. Akhirnya, Naufal yang duduk di belakang sekali berdiri dan berjalan ke hadapan.
Ggrrrhh, kenapa mesti Naufal? Bergetar lututku apabila Naufal semakin hampir menuju ke arahku. Aku masih tidak boleh melupakan peristiwa dimana air liur basiku melekat di pipi. Habis air muka aku. Dah tak boleh jadi perempuan melayu terakhir di mata si dia.
Tanpa berkelip, Naufal terus memandang ke dalam mataku. Debaran di dada semakin kencang. Janganlah, Naufal. Hati ini tidak kuat. Aku hanya mampu menunduk sahaja sementara Naufal terus memandangku.
Aku cuba mengelak pandangan Naufal, mengalih pandanganku ke rambutnya yang pendek tetapi tidak nipis, disikat belah tepi. Baru aku sedari bahawa dia begitu rapi orangnya.
Seragam sekolahnya bergosok licin dan kasut sekolahnya tidak kotor. Haruman badannya membuat hatiku terpaut terus kepadanya. Wajahku membahang kerana terus diamati Naufal. Naufal mengukir senyuman tipis.
"Cikgu, kita berpantun dua kerat, ya? Mia kena ikut level pantun saya," Naufal tergelak kecil kerana tahu bahasanya tidak sebagus aku. Cikgu Nora mengangguk, memberi persetujuannya.
Naufal berdeham. "Mata bertaut hati pun leka, kisah cinta kita bila nak reka?"
Semua orang di dalam kelas memberi sorakan. Ada yang terjerit-jerit kerana geli mendengar, ada yang memukul meja kerana suka dan ada yang bertepuk tangan kerana tabik dengan pantun Naufal yang sempat mengayat. Kononnya, orang kata sambil menyelam minum air.
Entah kenapa aku tersenyum malu, tetapi pandanganku jatuh ke arah Afiq. Afiq sebaliknya hanya menggerakkan bibir sambil tersenyum. Tiba-tiba, hatiku diselubungi satu perasaan yang tidak bisa aku pastikan.
Memang hati aku tercuit dengan pantun Naufal yang sempat mengayatku, tetapi pada masa yang sama aku berasa risau. Risau andai kata Afiq terluka dengan pantun Naufal.
Eh, kejap-kejap. Kenapa pula aku nak risau kalau Afiq rasa terluka? Buat apa Afiq nak rasa terluka? Afiq bukannya kekasih aku pun. Aku cuba buang perasaan itu, tetapi ia tetap timbul kembali.
YOU ARE READING
Andainya Kau Terima
RomanceKisah ini menceritakan perjalanan hidup seorang perempuan, Amira Ilmia. Mia menaruh hati kepada teman sekelasnya iaitu Naufal. Naufal yang pendiam lagi dingin mula berubah apabila dia mula rapat dengan Mia. Akan tetapi, semuanya berubah kerana satu...