Bab 6

40 1 0
                                    


"Ke-kenapa ni?" Aku menjadi gugup. Badanku menjadi kaku kerana Naufal begitu hampir dengan diriku. Ini kalau aku langkah setengah tapak, bibir kami akan bersentuhan! Gatalnya aku!!!

Senyuman Naufal membuat hatiku gila. Dia menggelengkan kepalanya lalu langkah setapak ke belakang untuk menjarakkan dirinya daripada diriku.

Aku menarik lengannya. "Kenapa ni? Bilanglah aku."

"Tak ada apa-apalah. Kau ni comel sangat," kata-kata Naufal membahangkan pipiku. Hehehe, dia kata aku comellah!

Aku meraup pipiku. "Mana ada..."

Naufal memeluk perutnya menahan tawa. "Hahaha, aku rasa kau kena pergi tandas. Baru kau tahu apa maksud aku."

Tandas? Kenapa harus ke tandas? Aku pun mengheret kakiku dan melangkah ke tandas sekolah yang berdekatan. "Ahhhh!!!"

Air liur basi aku.. Aku mencuci wajahku dengan teliti sebelum keluar dari tandas perempuan. Comel sebab air liur basi aku melekat dekat pipi. Aku meraup wajahku. Macam mana aku nak pandang muka dia nanti?

Naufal masih mengekalkan senyumannya ketika aku keluar dari sekolah menuju ke stesen bas. Aku terkedu saat Naufal membersihkan wajahku yang basah dengan tangannya. "Basahnya muka.."

Aku menolak badannya sesudah dia membersihkan wajahku. "Jahat tau kau! Kenapa tak bilang aku ada air liur basi? Nanti kalau-kalau aku dah naik bas, ada mamat-mamat handsome, mana nak letak muka? Habis nanti kena ejek," aku memuncungkan bibirku.

"Eleh, tak cukup ke aku dah ada? Nak kena ada mamat-mamat lain juga?" Tanya Naufal dengan dahinya yang berkerut.

Sekejap, sekejap. Itu lampu hijau ke?

---

Cikgu Nora mencampakkan tiga lembaran kerja di meja. "Ada tiga orang yang tidak menulis nama. Susah sangat ke awak semua nak tulis nama? Tahun depan awak semua nak ambil GCE 'N' Level. Kalau dah tulis nama awak pun tak boleh macam mana?"

Afiq sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hah, mesti si Afiq ini diantara tiga pelajar tersebut. Aku hanya mampu tersengih sambil menepuk-nepuk bahunya. Nasib kaulah, Fiq. Itulah, tulis nama pun susah.

"Saya nak Syafiq, Hafiz dan Adam ke hadapan. Awak tengoklah yang mana satu kertas awak bertiga. Dah tua-tua pun susah nak tulis nama. Kalau kertas sendiri awak susah nak jaga, macam mana awak nak jaga anak dara orang?" Cikgu Nora menggenggam pinggangnya.

Afiq dan kedua-dua kawan sekelasku menuju ke hadapan sambil menggaru leher mereka yang tidak gatal. Mereka bertiga terus menunduk mencari lembaran mereka di meja Cikgu Nora.

"Mia, tolong aku," Afiq memanggilku. Aku pun bangun dan berjalan ke meja cikgu. Mataku memandang ketiga-tiga lembaran yang tersedia di atas meja. Tulisan Afiq dan Adam hampir serupa. Apabila aku sudah mengenal pasti yang mana satu lembaran Afiq, aku terus mencapainya dan memberikan lembaran itu kepada Afiq.

Sesudah itu, aku dan Afiq bersama-sama menuju ke tempat duduk kami semula. Pandangan Cikgu Nora tajam ke arah Afiq. Aku hanya mampu tergelak kecil melihat Afiq menelan air liur kerana ketakutan.

"Tulisan awak sendiri awak tak boleh bezakan? Sampai bila awak nak harapkan Mia, Syafiq? Saya dah perasan sejak awak menengah satu lagi, awak selalu harapkan Mia menuliskan nama awak sebelum awak hantarkan kerja awak. Macam mana bila awak nak kahwin esok hari? Awak nak harapkan Mia tolong tanda tangankan surat nikah awak ke?" Cikgu Nora tidak kelihatan marah, tetapi risau. Wajahnya yang dililit tudungnya yang berwarna biru terang menampakkan lagi kejelitaan wajahnya.

Kali ini Afiq tergelak. "Eh taklah, cikgu. Esok hari kalau nak kahwin nanti, nak tak nak Mia tetap kena tanda tangan. Kalau tak, saya nak naik pelamin dengan siapa lagi?"

"Woooooo!!!" Suara riuh kawan-kawan sekelasku mengusik aku. Cikgu Nora menggelengkan kepalanya sambil tersengih. Dia sudah lali dengan sikap Afiq yang pandai menjawab. Ada sahaja akal Afiq menjawab.

"Eleh, awak fikir Mia nak kahwin ke dengan lelaki macam awak? Hah Mia, awak nak kahwin ke dengan lelaki macam Syafiq ni?" Pandangan Cikgu Nora beralih pula ke arah aku.

Pandangan aku dan Afiq bertukaran. Kami tersenyum. Aku pun menoleh memandang Cikgu Nora semula. "Kalau dah jodoh, saya terima sahaja. Mana ada orang sempurna, cikgu."

Satu bilik darjah riuh bising dengan jawapanku. Cikgu Nora menggaru dahinya sambil mengeluh. Nasib cikgulah dapat pelajar-pelajar macam kita. Akan tetapi, Cikgu Nora mengukir senyuman akhirnya.

Andainya Kau TerimaWhere stories live. Discover now