Akhirnya, sampai juga rumahku yang satu ini. Rumah yang sederhana, tetapi penuh dengan kasih sayang dan perhatian. Aku dan Afiq bertukar pandangan sebelum aku membuka pagar pintu rumahku yang berwarna coklat emas.
Terkedu aku buat seketika apabila abah yang membuka pintu kayu yang berwarna coklat kayu itu. Terbeliak mata aku dan Afiq kerana terkejut kecil. Kecut perutku apabila melihat pandangan abah menuju ke arah Afiq.
Aku mengerti apa yang abah rasakan ketika ini. Anak perempuannya yang pulang lewat ditemani seorang lelaki. Anak perempuan yang disayangi, dikagumi dan disandungi ini pulang lewat bersama seorang lelaki.
Aku dan abah pernah bertengkar kerana Afiq. Katanya, tidak mungkin seorang perempuan boleh berkawan dengan seorang lelaki. Dari pandangannya, Afiq akan mempengaruhku secara negatif.
Sejujurnya, aku ingin tahu reaksinya apabila melihat aku dihantar Afiq. Mungkingkah dia akan mengamuk? Atau dia akan mula fahami anak perempuannya ini? Walaupun aku tidak tahu apa yang berada di dalam otak abah, pandangan matanya berubah lembut apabila bertemu mata dengan Afiq.
"Afiq, apa khabar?" Anguk abahku sambil bertanya khabar Afiq dengan senyuman lembut.
Afiq pun mengikut anguk dan menjawab pertanyaan abahku. "Sihat, cik."
"Terima kasih sebab hantar anak pakcik balik rumah malam-malam macam ni," aku tahu abah cuba untuk berbual mesra dengan Afiq untuk mengambil hatiku. Mungkin dia faham bahawa Afiq adalah sahabatku.
Aku begitu berharap sekali agar hubungan abah dan Afiq tidak tegang. Naik pusing kepalaku jika aku harus memilih antara abah dan sahabatku sendiri. Lembut sahaja percakapan Afiq kepada abah. "Tak ada susah-susah. Dekat je pun dengan rumah saya."
'Saya' lagi. Terusik benar perasaan aku dengan cara Afiq berbual malam ini. Kenapa dia boleh berubah 360 darjah dengan sekelip mata?
Tunggu, tunggu. Mestilah dia membahasakan dirinya sebagai 'saya' apabila dengan abahku. Tidak mungkin dia membahasakan dirinya dengan 'aku' pula. Itu dah kurang ajar dah.
"Apa yang kamu tenungkan lagi tu, Mia? Dah masuk," abah menghentikan lamunanku.
Aku sempat menoleh ke belakang sebelum memasuk rumah. "Jumpa lagi, Fiq."
"In shaa Allah. Jaga diri baik-baik," fuh ini dah lembut sangat. Bulu romaku merinding. Aku berdeham lalu beredar cepat masuk ke dalam bilik. Entah apa yang diperbualkan abah dan Afiq di luar rumah. Harap-harap semuanya baik-baik belaka.
Argh, kalau apa-apa, mesti Afiq mengadu kepadaku. Namun, perilaku Afiq tidak boleh dijangka. Agak-agak, apa yang mereka perbualkan dekat luar tu?
Aku memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam kamarku yang dicat warna putih. Melihat cadarku yang rapi dan bilikku yang kemas membuatkan hatiku rasa senang. Sebenarnya, aku paling rimas jika bilikku berselerak.
Kalau ingin dikira-kira, aku ini adalah pengemas tahap... Tahap tertinggilah senang kata. Jika aku sedang buntu dengan pelajaranku, aku akan mengemas bilikku berkali-kali sehingga tekanan di kepalaku hilang. Pelikkan aku?
Diletaknya beg sandang kecilku yang berwarna merah gelap di atas meja belajar dan dicapainya tuala putihku di penyidai sebelum masuk ke dalam bilik air. Untuknya bila jadi anak perempuan ketika aku dapat memiliki bilik besar bersama bilik air.
Kata abah, untuk keselesaanku sebagai perempuan. Tengok, betapa sayangnya abahku dengan diriku. Sayang, sayang juga. Jangan sampai ke satu tahap di mana dia ada letak harapan yang bukan-bukan terhadapku.
Air panas yang mengalir di tubuhku membuatkan semua letihku hilang. Aku membersihkan tubuhku dengan sabun Body Shop sambil memikirkan Afiq. Dah sampai rumah ke belum budak tu?
Risau? Tidak ada maknanya untuk aku risakukan sahabat aku yang seorang tu. Pandai-pandailah dia jaga diri dia tu. Umur dah enam belas tahun. Tidak mungkin dia tidak bijak untuk menjaga keselamatannya itu.
YOU ARE READING
Andainya Kau Terima
RomanceKisah ini menceritakan perjalanan hidup seorang perempuan, Amira Ilmia. Mia menaruh hati kepada teman sekelasnya iaitu Naufal. Naufal yang pendiam lagi dingin mula berubah apabila dia mula rapat dengan Mia. Akan tetapi, semuanya berubah kerana satu...