"Ada apa abah nak berbual dengan kami?" Tanya Rizal lalu duduk di sofa yang luas di ruang tamu. Aku pula tidak ingin ambil tahu lagi. Adik-beradik abah juga datang berkumpul rumah aku.
Setelah menyediakan minuman untuk tetamu-tetamu yang datang, aku duduk di sebelah adikku. Mata abah beralih ke pintu rumah, memberi isyarat kepada seseorang untuk masuk ke rumah. Seseorang wanita yang memakai baju kurung satin berwarna hijau lembut bersama tudung shawl berwarna pastel hijau mula melangkah masuk dan berjalan ke arah abah.
"Adik dah agak! Mesti abah nak kahwin dengan perempuan sundal ni!" Rizal meninggikan suaranya. Abah menampar pipi Rizal dengan kuat.
"Kamu jangan kurang ajar, Rizal!" Abah memarahi adikku. Aku menjadi semakin bengang dengan sikap abah. Aku memasuki bilikku untuk menjadi kejutan khas buat semua orang.
Wanita itu pula bersuara. "Sudahlah, awak. Mungkin anak awak ni kurang ajar sebab tak ada seorang ibu yang menjaganya."
"Betullah apa Rizal cakapkan ni? Kau nak kahwin dengan perempuan nilah, Angah?" Pak Long aku cuba meneka topik perbualan. Abahku dengan yakin memberikan anggukan. Wanita yang di sebelahnya pun tersenyum manis.
"Akak boleh setuju. Abah nak kahwin dengan sesiapa pun akak setuju. Tetapi akak dan Rizal tak akan tinggal dengan abah lagi," ujarku sambil mengeluarkan komputer ribaku yang berjenama Dell. "Sebelum tu, Mia nak tunjuk surprise dekat Pak Long dan Pak Busu."
Aku menekan butang 'enter' dan bermulalah video intim abah dan wanita itu di dalam bilik. Pak Long dan Pak Busu terkejut dan beristighfar banyak kali. Wajah abah dan wanita itu merah padam. Aku melutut di hadapan pakcik-pakcikku. "Pak Long, Pak Busu.. Bawalah kami tinggal dengan Pak Long dan Pak Busu.. Mia merayu. Mia tak sanggup lagi tinggal dengan orang macam ni. Talam dua muka!"
Mataku tajam merenung wanita itu. Wanita itu malu dan terus lari keluar dari rumahku. Abahku terperanjat dengan apa yang dia lihat. Aku pasti dia tidak sangka bahawa anaknya ini bijak mengatur rancangan. Secara senyap, aku meletakkan video kamera di dalam bilik abah sebelum dia balik.
"Kenapa, abah? Abah terkejut? Tak sangka Mia boleh buat perkara macam ni?" Aku bangkit dan menuju ke arah abahku dengan pandangan sinis. Mata Rizal bersinar dan senyum tersengih. "Tak sia-sia kan abah hantar Mia suruh belajar aje? Inilah hasilnya kalau abah suruh Mia belajar tak habis-habis."
Aku menoleh ke arah Rizal dan mengangguk sebagai tanda isyarat. Kami berdua masuk ke dalam bilik masing-masing dan mengeluarkan bagasi kami yang sudah kami isikan dengan pakaian-pakaian kami.
"Ngah, kalau kau nak kahwin lagi, aku tak kisah. Tapi Mia dan Rizal tinggal dengan aku. Dah jom, Mia, Rizal. Jangan kita layan abah kamu tu. Otak dia dah tak betul," Pak Busu mencapai bagasi aku dan beredar keluar dari rumah. Aku dan Rizal mengikut Pak Busu dari belakang.
Pak Long menghela nafas berat. Dia bangkit dari tempat duduknya dan berjalan keluar. Dia menoleh ke arah abahku buat seketika. Pak Long menepuk bahunya. "Dah jauh along terpesong. Sampai anak along sendiri kena buka pekung di dada baru along buka mata along. Renung-renungkanlah, ya?"
---
"Jadi kamu berdua nak tinggal dengan Pak Long atau Pak Busu?" Tanya Pak Busu sambil menghirup air milo aisnya seperti kanak-kanak riang. Nama pun yang bongsu, kan? Itu yang perangai macam budak-budak walaupun usia dah tiga puluh enam tahun. Eh, jangan pandang rendah eh. Walaupun macam kanak-kanak riang, dia seseorang yang sangat matang dalam membuat setiap keputusan.
"Atau.. Seorang tinggal dengan Pak Busu dan seorang lagi tinggal dengan Pak Long?" Cadang Pak Long sambil memakan goreng pisang.
Tersedak Pak Busu apabila Rizal bersuara dengan lantang. "Tak boleh! Rizal nak tinggal dengan akak. Rizal dah tak ada sesiapa lagi!"
Pak Busu menepuk belakang Rizal. "Tersedak aku! Eh, tak payahlah kau cakap kuat-kuat. Terkejut aku!"
Kami semua ketawa. Secara zahir, orang akan melihat bahawa kami sedang bergembira. Pasti orang luar fikir kami mempunyai keluarga yang bahagia. Hanya Dia, Dia Yang Maha Esa yang mengetahui segala-galanya.
"Kalau begitu, kamu berdua tinggal dengan Pak Long ajelah. Well, Pak Long kan cikgu. Bolehlah Pak Long tolong-tolong kamu berdua. Pak Busu kamu tahu apa, kan?" Eh eh Pak Long aku ni angkat bakul sendiri. Tak tahu malu langsung! Hmph.
Pak Busu mencubit lengan Pak Long, "Kurang asam! Eh, aku ni seafarer tau!"
"Haa, memang patut kamu berdua tinggal dengan Pak Long. Pak Busu kamu ni asyik berlayar aje," Pak Long menjuihkan bibirnya.
Rizal dan aku menukar pandangan. Rizal pun menyampaikan pendapatnya, "Kami tinggal dengan Pak Busulah. Lagi pun, akak dengan adik dah besar. Rumah Pak Busu banyak bilik. Jadi, dapatlah kita bilik satu seorang."
Pak Busu dan Pak Long mengangguk. Aku pun menambah, "Dan satu lagi, Pak Busu belum kahwin. Biar akak dan Rizal teman dia. Pak Long kan dah ada keluarga. Focus aje dengan keluarga Pak Long."
"Bagus juga. Mia pun perempuan. Bolehlah tolong Pak Busu masakkan lauk. Hehehe," Pak Busu ketawa terkekeh-kekeh.
YOU ARE READING
Andainya Kau Terima
RomanceKisah ini menceritakan perjalanan hidup seorang perempuan, Amira Ilmia. Mia menaruh hati kepada teman sekelasnya iaitu Naufal. Naufal yang pendiam lagi dingin mula berubah apabila dia mula rapat dengan Mia. Akan tetapi, semuanya berubah kerana satu...