Bab 47

38 1 0
                                    

Malam telah menyerkup selimut hitamnya ke seluruh alam semesta. Perasaanku berkecamuk melanda hatinya. Aku mula mundar-mandir di dalam bilikku manakala adikku masih boleh sahaja bermain 'candy crush' di telefon bimbitnya.

"Zal, kenapa lambat nah abah balik hari ni? Dah nak dekat pukul tiga pagi ni," aku mengambil keputusan untuk berkongsi kegelisahan yang aku rasakan ini dan melabuhkan punggungku di sebelah adikku yang sudah lama berbaring di atas katilku.

Rizal mengeluarkan alat pendengarannya. Sebaik sahaja dia ingin menjawab, kami terdengar bunyi pintu utama rumah berkuak. Hilang terus kegelisahan yang aku ada. Namun, itu hanya sementara.

Aku ingin menyambut abahku, tetapi langkahku untuk memulas tombol pintu kamarku mati apabila mendengar hilaian tawa seorang wanita bersama abah. Abah bawa perempuan balik rumah? Siapakah perempuan itu?

Adikku terus bangkit dan berdiri di sebelahku. Aku yang mati kutu. Rizal dengan perlahan-lahan memulas tombol pintu kamarku. Mata kami terbeliak besar. Aku beristighfar di dalam hati.

Si lelaki sedang bercumbu si wanita dengan penuh nafsu. Bau arak begitu kuat menandakan perbuatan mereka itu akibat pengaruhan daripada arak. Tawa si wanita begitu manja dan menggodakan sehingga membuatkan si lelaki tersenyum.

Tawa si wanita kedengaran begitu lembut dan manja sehinggakan membuat si lelaki itu tidak betah lagi. Digendong wanita itu ke bilik utama lalu menghempas dan mengunci pintu bilik tersebut.

Dengan cepat dan senyap, Rizal kembali menutup pintu kamarku. Mukaku pucat lesi bagaikan ditoreh tiada berdarah. Debar jantungku memukul dada. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..

Tidak mungkin abah melakukan perbuatan terkutuk itu. Tidak mungkin apa yang aku lihat itu abahku sendiri. Aku terduduk di atas permaidaniku yang berwarna putih. Tiada lagi kekuatan di kakiku.

"Adik.. Semua lelaki memang macam tu ke? Senang sahaja untuk dia mencari pengganti? Senang sahaja untuk dia mengaku kalah dengan hasutan nafsu?" Mataku berkaca. Airmataku mengancam untuk jatuh berderai.

Rizal menarikku ke dalam dakapannya dengan erat. Dia mengusap rambut dan bahuku berterus-terusan sehingga airmataku menitis di bahu adikku. Aku cuba menahan esakanku kerana takut didengari abah dan wanita yang tidak aku kenali itu.

"Tak, kak. Tak semua lelaki macam tu. Mungkin abah cuma terlalu sedih," kata-kata Rizal seakan-akan membuatkan ada cecair panas yang sedang mula menggelegak di dalam hatiku.

"Sedih? Mana iman dia, Zal? Rapuh sungguh hati dan imannya," aku menggelengkan kepala. "Akak pun sedih. Tapi akak kuat untuk kau dan abah. Dia? Sia-sia sahaja akak tabah dengan pemergian mak."

Rizal meleraikan dakapannya. Dia membersihkan wajahku yang basah dengan airmata. "Apa yang boleh Rizal buat, kak? Kita belum kerja dan belum boleh hidup sendiri. Apa yang boleh Rizal buat, kak?"

Kali ini aku memandang dalam ke mata adikku. "Adik percayakan akak, kan? Kalau akak boleh dapat hidup sendiri, adik nak ikut akak, tak?"

Adikku terkedu, mungkin terkejut dengan kata-kataku. Mungkin dia tidak tahu bahawa aku benar-benar nekad dengan apa yang aku putuskan. Dia menarik nafasnya dalam-dalam dan menghelanya.

"Apa pun keputusan akak, Zal akan ada di sisi akak. Zal cuma ada akak sahaja sekarang," ayat gemersik lembut Rizal menyentuh hatiku.

Andainya Kau TerimaWhere stories live. Discover now