Semenjak Haikal di dalam hidupku, dia membuka mata hatiku. Aku seperti dapat melihat diri Afiq di dalam diri Haikal. Dia sudah berjaya mengetuk pintu hatiku tanpa aku menyedarinya. Namun, kadang-kala aku berasa tidak sempurna. Cara layanan Haikal begitu baik sekali.
Akan tetapi, adakah sikapnya ini kekal jika aku benar-benar menerimanya di dalam hidupku sebagai seorang suami? Pelbagai perasaan yang sedang aku alami ketika ini. Jujurnya, aku mula menyintainya. Tidak susah untukku memupuk perasaan ini kerana sikapnya yang baik dan menggeli hati.
Sesudah selesainya ceramah Ustaz Kazim di Masjid Al-Islah, aku menurun tangga ke tingkat bawah untuk beredar pulang. Ya, aku paling tidak suka berada di tempat yang sesak. Oleh kerana itu, aku sanggup menurun tangga dan bukan dengan menggunakan lif.
Terlalu banyak kasut-kasut yang bersepah di tempat meletakkan kasut. Aku menggaru-garu kening kananku yang tidak gatal. Macam manalah aku nak jumpa kasut aku ni? Aku cuba mengingat semula di mana aku menyimpan kasutku sementara menyusun kasut-kasut yang bersepah.
Akhirnya, jumpa juga kasutku yang berwarna putih itu! Aku mencapainya dan menyarung ke kaki dengan segera. Pasti sudah lama Haikal menunggu di luar masjid. Aku melihat putaran jam di pergelangan tangan kiriku. Hampir lima belas minit untuk aku mencari kasutku. Nasib... Nasib...
"Mia, sini sini!" Aku dapat melihat tangan Haikal yang melambai-lambai ke arahku di stesen bas. Aku melemparkan senyuman sebagai isyarat bahawa aku nampak dirinya. Sementara berjalan ke stesen bas, aku menikmati suasana yang tenang walaupun ketika itu jam menunjukkan pada pukul dua petang. Udara pada petang itu cukup mendamaikan.
Apabila aku jarak perjalanan ke stesen bas semakin kecil, aku mula melihat Haikal dengan lebih jelas. Wajah Haikal kelihatan beseri-seri. Tambah-tambahan lagi apabila dia mengukir senyuman yang manis.
Haikal nampak segak dengan baju melayu satinnya yang berwarna coklat. Dia sesuaikan pakaiannya dengan seluar hitam miliknya. Aku pula santai memakai baju kurung yang berwarna hitam dan shawlku yang berwarna coklat pastel.
"Dah lama ke Haikal tunggu?" Aku juga melemparkan senyuman manis kepada dirinya.
Dia menggelengkan kepalanya. "Saya pun baru sampai. Tadi susah nak cari capal saya sebab banyak sangat kasut-kasut yang bersepah dekat tempat lelaki."
Aku hanya mengangguk tanda faham. Senyuman Haikal mati secara tiba-tiba. Matanya mula membesar seperti orang yang terkejut melihat sesuatu. Badannya menjadi keras. Aku pun hairan. Kenapa dengan Haikal ni?
"Assalamuailaikum," aku pun menoleh ke arah suara itu sambil menjawab salamnya. Baru aku tahu kenapa raut wajah Haikal berubah. Kini, aku berhadapan dengan lelaki itu.
Lelaki yang pernah katakan bahawa dia akan ada di sisiku semasa kematian arwah mak. Lelaki yang aku anggap sebagai sahabat baikku di suatu masa dahulu. Lelaki yang selalu menjagaku, melindungiku dan juga membela di bangku sekolah dahulu.
"Afiq..." Hanya itu sahaja yang mampu aku bersuara.
YOU ARE READING
Andainya Kau Terima
RomanceKisah ini menceritakan perjalanan hidup seorang perempuan, Amira Ilmia. Mia menaruh hati kepada teman sekelasnya iaitu Naufal. Naufal yang pendiam lagi dingin mula berubah apabila dia mula rapat dengan Mia. Akan tetapi, semuanya berubah kerana satu...