Bab 36

33 0 0
                                    

Mataku memandang langit yang luas. Bulan purnama tergantung di langit malam. Angin malam membuatkan bulu romaku merinding. Kakiku terasa berat sekali untuk melangkah ke hadapan.

Menggigil kakiku apabila aku menaiki tangga-tangga batu, menghampiri dewan sekolah yang berada di tingkat tiga. Sesekali aku menelan air liurku. Rasa-rasakan, sempat tidak kalau aku ingin mengundur diri?

Aku melihat jam tanganku di pergelangan tangan kiriku. Jam menunjukkan pada pukul sembilan malam. Debaran di dada terasa kuat sekali. Aku perlu lakukan sesuatu untuk menenangkan diri.

Hafiz begitu teruja sekali dengan cara dia berjalan sambil menghayunkan badannya. Terpapar senyuman yang bahagia di wajah itu. Manakala kawan-kawanku yang lain tidak menunjukkan raut wajah yang biasa.

Agak-agak, mereka rasa takut tidak seperti aku? Yalah, tidak mungkin mereka ingin mempamerkan rasa takut di hadapan aku. Almaklumlah, kata 'jantan' tidak? Aku mengukir senyuman tipis apabila sekilas pandang kawan-kawanku yang berpakaian warna yang sama.

Kadang-kala, aku rasakan bahawa mereka seperti budak-budak kecil. Tema kami malam ini adalah memakai warna merah. Inilah baru pertama kali aku melihat kawan-kawanku 'berdandan'.

Entah kenapa, aku rasa terpegun sekali dengan penampilan Adam. Adam memakai t-shirt polo merah berkolar. Susuk tubuhnya jelas kelihatan kerana bajunya betul-betul ngam-ngam dengan tubuhnya yang tegap itu. Dia kelihatan bergaya dengan seluar panjang beige serta kasut adidas yang berwarna putih.

Mataku tidak kalih daripada tubuh Adam yang sedang berjalan di hadapanku. Tiba-tiba Adam menoleh ke belakang. Mataku terbeliak besar kerana terkejut. Rupa-rupanya, dia hanya ingin memastikan bahawa aku tidak ketinggalan kerana langkahku buka kecil berbanding dengan mereka.

Kawan-kawanku yang lain sudah berada di hadapan untuk mendaftar diri mereka. Adam berjalan di sisiku. Secara tidak sengaja, aku masih memerhatikan dirinya. Rambutnya yang kemas dan pakaiannya yang rapi membuatkan hatiku terpanah.

Aku dengan pantasnya kalih apabila Adam dapat menangkap aku yang sedang memerhatikan dirinya. Dia tersengih lalu ketawa kecil. "Kenapa ni? Asyik curi-curi pandang. Jangan curi-curi tengok selalu. Nanti jatuh hati aku tak tahu.."

Dehamanku membuatkan Adam terus tergelak kecil. Tawanya bukan tawa mengejek, ia lebih kepada mengusik. Hai... Dah terusik ke hati aku ni?

"Oi korang! Datang sini cepat. Ada masalah sikit," Haikal memekik dari tempat pendaftaran.

Adam dan aku pun membuka langkah besar, berlari-lari anak menuju ke arah mereka.

"Kenapa ni?" Adam bertanya.

Afiq memberi Adam sehelai kertas. "Tak boleh masuk lima orang. Paling ramai boleh masuk pun cuma tiga orang. Macam mana?"

"Hmm.." Adam berfikir.

Aku mendapatkan Afiq dan memeluk lengan kanannya. Ya, aku berani memeluk lengannya kerana Afiq memakai baju merah yang berlengan panjang bersama seluar panjang hitam dan kasut putih.

"Aku tak nak sorang-sorang..." Bibirku mencebik. Raut wajahku kini jelas menunjukkan bahawa aku takut dan gementar. "Nak baliklah.."

Afiq memandangku dengan lembut. Pandangannya itu seolah-olah memberitahuku bahawa aku tidak perlu khuatir, bahawa aku tidak perlu rasa takut... Kerana dia ada bersamaku. Pandangan lembutnya seperti menusuk ke dasar hati sehingga membuatkan aku rasa sedikit tenang.

Dia memberiku senyuman manis. "Ish kau ni. Kita dah sampai pun. Buang tambang aje kalau nak balik. Tak payah risau. Aku masuk dengan kau."

"Abeh aku?" Soal Adam.

"Oh, kau boleh ikut..." Jari telunjuk Afiq tertunding ke arah Hafiz dan Haikal. Belum sempat Afiq menyebut nama Hafiz dan Haikal, Adam sudah memotong percakapannya.

"Aku ikut kau dengan Mia," jawab Adam terus berlalu ke tempat pendaftaran untuk mendapatkan gelang tangan yang berwarna neon hijau sebagai seorang peserta. Cara jawapan Adam kedengaran muktamad.

Afiq hanya mampu menoleh ke arahku dan mengangkat bahu. "Seriusnya."

Bahuku pun diangkat, mengikut Afiq lalu berjalan ke hadapan untuk mendapatkan gelang tanganku.

---

Angin malam ketika ini begitu dingin sekali. Afiq berjalan di sebelah kananku manakala Adam berjalan di sebelah kiriku. Suasana ketika ini sunyi sepi. Deria telingaku mula menjadi tajam. Begitu juga dengan penglihatanku.

Tangan kananku segera memaut lengan Afiq apabila aku melihat kelibat seseorang sebagai pocong yang melompat-lompat di tingkat empat. Kami bertiga mula membuka langkah dan berjalan menuju ke bilik darjah pertama.

Baru aku sedar bahawa sekolah yang aku diami cukup besar. Walaupun bilik darjah yang kami tuju di atas tingkat yang sama dengan dewan sekolah, aku terasa jarak di antara bilik-bilik darjah dan dewan sekolah begitu jauh. Jauhnya hampir seperti pelari berlari di dalam pertandingan 100 meter.

Cara permainannya adalah menyelesaikan semua misi-misi sebelum boleh keluar semula dari bilik darjah yang terakhir. Andai kata kami tidak dapat menyelesaikan semua misi, kami tetap boleh keluar namun akan dikejar semua hantu-hantu tersebut. Haa... Ingat senang?

Kaki aku sudah menggeletar tahap maksimal. Pernafasan aku menjadi semakin berat. Keningku berkerut kerana aku rasa aku lebih peka daripada dua mahluk yang ada di sebelahku ini.

Misi pertama adalah untuk pergi ke bilik darjah yang pertama dan menulis lalu pos surat cinta untuk kekasihnya yang sudah lama meninggal. Begitu berat langkah kami bertiga sehinggakan perjalanan kami menjadi semakin lambat......

Sebaik sahaja kami memasuki pejabat pos, terdapat sebuah meja dan beberapa helai kertas serta batang pena yang disediakan. Masalahnya... Ada seorang perempuan yang berambut panjang dan kusut sedang duduk di tepi tempat pos, berhampiran dengan meja tersebut.

Wajahnya tidak kelihatan kerana lampu merah yang nyala di pejabat. Pakaiannya berwarna putih, tetapi lusuh dan kotor seolah-olah sudah bertahun-tahun tidak dibersihkan.

Kami bertiga bertukar pandangan. Siapa yang harus menulis surat cinta itu? Adam dan Afiq menolak bahu mereka sesama sendiri, dan aku di tengah-tengah sudah mula berasa rimas.

Tawa perempuan di tepi itu membuatkan mereka berdua berhenti menolak sesama diri. Afiq memberanikan diri untuk menulis surat cinta tersebut. Aku menukar pegangan tanganku ini dan memegang hujung baju Afiq. Tangan Afiq menggeletar menulis surat cinta itu.

Sayangku...

Biar pun kau telah pergi meninggalkanku, hanya namamu yang terpahat di jiwa ini. Andai bisa aku putarkan masa, akan aku meluangkan sebanyak masa yang bisa denganmu. Sesungguhnya, kau yang aku sayang. Sayang, aku akan setia menunggumu di pintu syurga. Nantikan aku disana...

Yang sentiasa menyayangi dirimu

Afiq

Afiq cuba sedaya upaya untuk menenangkan dirinya. Dia melipatkan surat cinta itu dan ingin meletakkannya di dalam tempat pos. Langkah Afiq ke belakang apabila perempuan seram itu menghulurkan tangan, ingin membaca surat tersebut.

Kami bertiga hanya mampu menelan air liur dan memberikan surat tersebut kepada dirinya. Sedang perempuan itu membaca, kami bertiga mendengar esakan perempuan itu.

Aku menghela nafas lega apabila perempuan tersebut menunding jari keluar, menandakan kami bertiga berjaya menyelesaikan misi pertama kami. Apa tunggu lagi? Berjalan pantaslah kami keluar dari bilik darjah!

Andainya Kau TerimaWhere stories live. Discover now