"Assalamualaikum," abahku memberi salam sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah. Jam dinding di ruang tamu menunjukkan pada pukul enam setengah petang. Sememangnya, abah akan pulang dari kerja.
Sambil menyediakan lauk-pauk yang aku masak untuk makan malam hari ini, aku menjawab salam abah lalu menghampirinya dan menyalam tangan abah yang kasar dan berurat. Baru aku sedar bahawa abah sudah sedikit berusia apabila mataku memerhatikan wajahnya ketika mendekatinya.
Aku dapat melihat kedutan di bahagian dahi, bawah mata dan juga di tepi bahagian bawah bibirnya. Begitu cepat masa berlalu. Mungkin aku terlalu sibuk membesar, sibuk memikirkan diri sendiri sehingga terlupa bahawa orang tua aku juga semakin berusia.
Senyuman abah terukir apabila dia terhidu bau lauk-pauk yang tersedia di meja makan. "Mia masak apa hari ni?"
"Abah salin pakaian abah dan solat dulu. Jangan takut, apa yang Mia masak ni boleh dimakan," aku menarik lengan abah yang ingin mendekati meja makan lalu menolaknya masuk ke dalam kamarnya.
Sebelum abah menutup pintunya, dia bertanya. "Mana mak kamu pergi? Adik kamu pun ke mana? Abah tak nampak biji mata mereka pun."
"Kejap lagi mak baliklah. Dia berborak dengan jiran yang dekat hujung sana tu. Rizal kan ambil kursus jenazah hari ni. Dia tengah ada mood nak rajinkan diri masa cuti sekolah ni kan," terangku.
Abah pun ke bilik untuk menukar pakaiannya. Sebaik sahaja mendengar pancutan air dari bilik abah, aku tahu bahawa dia sedang mengambil wudhuk untuk solat.
---
Keluhanku kedengaran sebaik sahaja aku mencampakkan diriku di atas katil. Sepanjang hari, aku tidak mendapat panggilan atau pun mesej daripada Afiq. Bukan Afiq sahaja, kawan-kawan aku yang lain juga tidak menghantar mesej di dalam whatsapp group. Senyap sahaja.
Aku mencapai telefon bimbitku yang berjenama Samsung Galaxy Note II. Tiada langsung pesanan daripada mereka semua. Mungkin, mereka masih penat. Penat kerana semalaman kami semua menggunakan tenaga untuk melarikan diri daripada 'hantu-hantu' tersebut.
Mataku beralih ke arah jam dinding di dalam bilikku. Jam menunjukkan pada pukul sebelas malam. Aku bangkit lalu menuju ke arah meja belajarku. Langsir putihku diselak dan membuka jendela.
Aku menarik nafasku, menghirup udara malam yang dingin. Mindaku sudah melayang jauh. Jauh teringatkan peristiwa yang terjadi antara aku dan Afiq. Saya.. Awak.. Pada mulanya, memang aku berasa janggal dan kaku dengan cara Afiq.
Aku tidak boleh tipu diri aku bahawa perbezaan di dalam perbualan Afiq sedikit sebanyak membuatkan hatiku terusik. Dan di saat ini.. Ketika ini.. Aku terus-terusan teringatkan Afiq. Degupan jantungku semakin kencang.
Tangan kananku diletakkan di atas dada kiriku. Sudah berubahkah gelaran sahabat itu terhadap Afiq? Aku menggelengkan kepalaku. Mungkin aku salah faham dengan Afiq. Mungkin Afiq tidak memaksudkan apa-apa. Dan mungkin, perasaan yang aku alami sekarang hanyalah sementara. Ya, sementara.
Aku hanya akan tahu kalau aku benar-benar mempunyai perasaan terhadap Afiq jika perasaan ini masih sama sesudah bertahun. Ya, bertahun. Biasalah, Afiq kan lelaki. Mustahil aku tidak tertarik dengannya walaupun sesaat. Tidak, aku pasti ini semua sementara. Ya! S-E-M-E-N-T-A-R-A.
YOU ARE READING
Andainya Kau Terima
RomanceKisah ini menceritakan perjalanan hidup seorang perempuan, Amira Ilmia. Mia menaruh hati kepada teman sekelasnya iaitu Naufal. Naufal yang pendiam lagi dingin mula berubah apabila dia mula rapat dengan Mia. Akan tetapi, semuanya berubah kerana satu...