Bab 46

42 1 0
                                    


Bunyi kiriman mesej berjaya membuatkan lenaku terganggu. Aku melihat jam di dindingku. Pukul sepuluh pagi! Siapa yang mesej ni? Malasnya nak bangun... Satu, dua, tiga! Aku memaksa badanku untuk bangkit dan menuju ke tingkap, menyelak langsirku.

Aduh, mataku terpejam. Terangnya matahari! Tujahan cahaya matahari pagi menampar dada bilik. Aku membuat senaman-senaman ringan sambil memandang suasana di luar tingkap untuk menyegarkan badan.

Hampir aku terlupa! Aku mencapai telefon bimbitku dan membuka kiriman mesej. "AHHHHHHHHHHHHHHH!!!"

Rizal terus menolak pintu kamarku yang tidak terkunci dengan rasa panik. "Kenapa ni? Kenapa ni?"

"Dik, orang dah dapat keputusan untuk kursus diploma," aku mengeluh sambil menjatuhkan pandangan mataku ke lantai.

Rizal terus menolak badanku dengan kasar sehingga aku terbaring meniarap di atas katil. Fuh, itu nasib baik landing dekat katil. Kalau landing dekat lantai, dah lama aku terajang budak yang satu ini.

Renungan tajam mataku membuatkan Rizal berlari keluar dari bilikku. Apa lagi? Kita kejar!!!

"Mana kau nak lari?!" Aku mengejar adikku yang keluar rumah dan mula menurun tangga yang berhampiran dengan pantas. Aku mengepalkan penumbuk dengan kedua-dua tanganku. Oleh kerana rasa geram itu menyelubungi diri ini, aku terus mencapai tualaku, menutup rambut dan terus mengejar adikku.

Seperti adikku, aku lari berkaki ayam, menurun tangga. Apabila tiba di tingkat bawah, aku melompat ke atas tubuh belakangnya. "Hah, dapat juga! Berani kau tolak kakak kau yang cantik dan sopan ni?!"

"Ampun, kak. Ampun. Orang main-main aje," Rizal menyusun sepuluh jari-jemarinya seperti seorang hamba yang memohon maaf kepada sultannya. Setelah mendengar kata 'ampun' itu, barulah aku turun dari tubuh si adik.

Kelibat abah mula kelihatan dari tingkap rumahku. "Astaghfirullah, budak-budak ni! Kamu berdua naik rumah sekarang. Tak tahu malu ke dengan jiran-jiran sebelah? Dengan tak mandi bagai. Naik!"

Aku dan Rizal saling bertukar pandangan. Kami hanya mampu mengulum senyuman tipis dan membuka langkah balik ke rumah. Kalau difikir-fikir, sudah lama aku dan adikku tidak bergurau seperti ini. Sejak.. Pemergian mak..

Fikiranku tiba-tiba teringatkan Afiq. Patutkah aku memberitahunya tentang keputusan yang aku dapat? Aku rindu dengan kawan-kawanku. Kawan-kawan yang benar-benar ikhlas denganku. Persahabatan yang begitu bermakna bagiku.

Otakku membuatkan hatiku terkunci, 'Buat apa kau nak ingatkan Afiq? Buang masa kau! Belajar hidup sendiri, Mia! Tak kan sikit-sikit kau nak bilang Afiq?!'

Tanpa aku sedari, kepalaku mengangguk setuju. Setuju dengan apa yang fikiranku cetuskan. Kalau aku terus ikutkan kata hatiku, mungkin aku sendiri yang akan terluka. 

Andainya Kau TerimaWhere stories live. Discover now