Bab 40

51 1 0
                                    

Aku melemparkan badanku di atas katilku yang bercadarkan warna bunga-bunga yang berwarna merah jambu, diiringi warna putih sebagai latarannya. Sesekali aku berguling-guling kerana akhirnya aku dapat berbaring dan berehat.

Keempukan katil dan bantal-bantalku membuatkan mataku berat. Sedaya upaya aku cuba untuk membeliakkan mataku sebesar-besarnya. Aku mahu tetap sedar kerana ada kemungkinan Afiq atau pun Adam menghubungi aku.

Kelopak mataku terasa berat seperti mengangkat beras seberat sepuluh kilo. Warna hitam perlahan-lahan menghiasi pemandanganku. Tanpa aku sedari, mataku sudah terlelap.

---

"Bangun, sarapan!" Suara lantang mak kedengaran dari ruang dapur. Aku mencapai selimutku lalu menyelubungi seluruh tubuhku agar suara mak hilang dari pendengaranku.

Ah... Suasana kembali sunyi dan nyaman. Aku terdengar pintu bilik Afiq dibuka mak dan mak memukul belakang Afiq. "Bangun, kejut sekali tak pernah nak sedar!"

"Adik tak nak makanlah, mak..." Suara serak adikku menjawab kata-kata mak. Pasti adikku menjawabnya dalam keadaan mamai.

Suara selimut dilemparkan ke atas lantai. BUM! Sepertinya adikku terjatuh ke atas lantai dari katilnya. Kali ini suara nyaring mak yang menghidupkan pagi hari ini. "Jangan kamu nak merepek! Bangun, cepat! Nanti bila aku tak ada baru kamu teringin nak rasa masakan aku!"

Badanku sedikit terperanjat apabila pintu bilik seberang denganku dihempas. Namun, mata ini masih berat. Badan ini masih ingin dibuai bantal-bantal empuk yang berada disekeliling. Aku mendakap bantal panjangku yang berwarna putih. Indah betul pagi ini.

Tidak lagi perlu aku bangun selepas subuh untuk ke sekolah. Tidak lagi perlu aku membawa beg sandang hitamku yang berat dipenuhi buku-buku akaun, matematik tambahan, matematik biasa dan juga sains.

Yang paling seronok sekali, tidak lagi perlu aku berjumpa dengan teman-teman sekelasku terutamanya Farah, Ana, Ain, Seri dan Naufal. Aku berharap sangat yang masa akan terhenti buat seketika.

"Bapa dengan anak-anak sama aje! Aku kira sampai tiga, kalau tidak aku buang semua makanan-makanan yang ada dekat atas meja ni!" Jerit mak dari luar. "Satu... Dua.."

Mataku terbuka besar sambil menendang selimut tebalku. Aku bergegas memulas tombol pintu kamarku dan berlari ke ruang makan. Mataku tajam menangkap kelibat abah dan Rizal juga sedang bergegas ke ruang makan. Kami bertiga dengan pantas mengambil tempat duduk kami masing-masing.

Ketika itu mak sedang membawa mangkuk yang diisi dengan nasi yang baru dimasak. Bau lauk-pauk di atas meja makan mencuri perhatianku. Aku menelan air liurku. Wah.. Rajinnya mak aku masak. Ada roti bakar, telur setengah masak, sup tahu bersamakan sayur bayam, cheese tofu dan juga asam pedas ikan pari.

"Wah.. Banyaknya makanan. Mak mimpi apa semalam? Dapat hadiah daripada abah ke?" Tanya Rizal sambil menyenduk nasi dan juga lauk-pauk yang tersedia.

Mak mengambil tempat duduk bertentangan dengan abahku. "Kamu jangan nak merepek. Hari ini adalah hari terakhir mak masakan kamu semua. Mulai esok, kakak kamu take over. Mak nak rehat."

"Oh, tidak!!!" Pekik adikku dengan mulutnya dipenuhi makanan.

Tersedak abahku dengan jeritan adikku memecah suasana pagi yang tenang. Jam menunjukkan pada jam sepuluh pagi. Aku menggelengkan kepalaku. Tidak mahu memikirkan kemungkinan jiran akan datang menyapa dan mengadu tentang bunyi bising adikku itu.

"Rizal!" Suara abah mula kedengaran. "Yang kamu nak terjerit-jerit ni kenapa? Nak tercekik makanan kamu ke?"

Adikku terdiam. Dia menutup mulutnya lalu menunduk ke pinggannya. Haa.. Tahu pun takut. Eh, kejap-kejap. Apa mak aku cakap tadi? Dia nak aku take over dia masak?

Kedua-dua tanganku memegang kepala, membuatkan rambutku semakin tidak terurus. Kali ini, aku pula menjerit. "Oh, tidak!!!"

Abah dan mak ketawa terkakah-kakah dengan reaksiku yang lambat.

Andainya Kau TerimaWhere stories live. Discover now