"Maafkan aku eh sebab aku tarik rambut kau tadi. Sakit ke?" Aku mengusap pelipis kiri Afiq yang sedang berbaring tiarap sebelahku. Afiq hanya mengetap bibir tersenyum sambil menggeleng, tanda dia tidak ambil hati dengan kelakuan kasarku tadi.
Jam dinding bilikku menandakan pada pukul 2 pagi. Semua orang di dalam rumah sudah nyenyak tidur kecuali aku dan Afiq. Selalunya apabila kami tinggal berdua, kami akan bercerita kepada satu sama lain.
"Eh, kau dengan Naufal ada apa-apa ke? Aku tengok kau dengan dia dah macam kembar tak seiras yang asyik berkepit 24 jam," Afiq mengalih posisinya agar dia dapat melihat wajahku.
Aku pun mengubah posisiku sambil mengeluh. "Entahlah, Fiq. Macam ada apa-apa tapi macam tak ada apa-apa. Aku pun bingung. Kenapa kau tanya?"
"Taklah, aku tanya sahaja. Tak salah, kan? Kalau betul ada apa-apa, baguslah untuk kau. Kau kan suka dia sejak menengah satu. Aku ingatkan cinta monyet. Biasalah budak umur 13 tahun, masih muda dan miang." Afiq menyuarakan apa yang tersirat di dalam hatinya.
Aku memberi jelingan maut kepadanya. "Jahat eh kau panggil aku miang. Aku rasa macam keliru. Sekejap signal dia hijau, sekejap kuning, sekejap merah. Walau apa pun, aku cuma tahu dia sangat selesa dengan aku."
"Eleh, buktinya?" Afiq menolakku.
Geram dengan kelakuannya, aku menarik hidungnya yang mancung. "Dia selalu senyum bila dia dengan aku. Kau perasan tak dia punya muka yang tak ada perasaan tu bila dia dengan orang lain?"
"Itu bukan aku sahaja yang perasan. Semua orang pun perasan. Dia tak confess dekat kau ke?" Soalan Afiq itu membuat aku terdiam. Pastikah aku bahawa perasaan Naufal itu sama denganku? Bagaimana kalau perasaan Naufal terhadapku hanya sekadar sebagai seorang kawan yang baik?
Aku menggeleng. Melihat jam di dinding membuatkan aku menolak si Afiq. "Kau masuk bilik Rizal pergi tidur. Dah malam gila ni. Lain kali sahaja kita sambung, okey?"
---
"Mana ni Naufal tak datang-datang?" Aku menconteng kertas kosong sambil menunggu jejaka idamanku di kantin sekolah.
Suasan kantin yang bening apabila dicemari oleh pelajar-pelajar yang bising kini menjadi senyap dan sunyi. Yang tinggal hanya aku dan beberapa pelajar lain yang juga sedang mengulang kaji pelajaran mereka.
Dia tidak jadi datang ke? Kalau tidak, kenapa dia tidak menghubungi aku?
Angin semilir menyapa lembut pipiku. Aku pun mengambil peluang ini untuk memejamkan mataku buat seketika sesudah penat mengulang kaji mata pelajaranku.
Pejam punya pejam, aku dengan perlahan-lahan terlena di kantin. Aku merehatkan kepalaku di atas meja, berlapikkan dengan lengan kananku.
"Mia, bangun Mia. Dah pukul 6 petang ni," suara Naufal berjaya menyedarkan aku yang lena diulit mimpi. Aku membuka mataku, dan ketika itu aku dapat melihat Naufal mengukir senyuman manis.
Malunya, mesti dia nampak muka buruk aku yang baru bangun tidur! Mana aku nak campak muka aku yang tembam ni? Aku meraup wajahku beberapa kali. Naufal pula terus memerhatikan gelagatku. Mamat ni aku sepak muka dia baru tahu!
Tangan kiriku meraba-raba meja, mencari buku latihan dan juga kotak pensilku. Eh, mana aku letak? Mataku pula beralih ke meja yang berada di hadapanku ini. Bukankah sebelum aku terlelap tadi aku ada letak dekat atas meja? Tidak mungkin ada keajaiban yang berlaku.
"Aku dah simpankan barang-barang kau dalam beg," Naufal megambil beg sandangku yang menyandangkan beg di bahunya. "Jom, balik."
Aku mengejar langkah Naufal. Cepatnya dia jalan! Tahulah dia pelari sekolah. Hai, Mia. Kau yang patut bersenam dan berlari. Aku teringatkan berat badanku yang aku timbang beberapa hari lepas. Aduh, semakin hari semakin montellah badan aku!
"Maaf, aku dah buat kau tunggu lama. Hari ni training habis lambat," jelas Naufal sambil memandang ke arahku.
"Tak apa," aku mengelengkan kepala. Sebenarnya, hatiku terusik apabila melihat Naufal membawa beg sandangku. Kuatnya badan dia. Beg dia sudahlah berat. Apa pula lagi bila dia membawa beg sandangku sekali.
Aku tersengih-sengih seorang diri. Beginikah rasanya apabila mempunyai kekasih hati di sekolah? Kalaulah Naufal melafazkan kalimah cintanya, semangatku untuk datang ke sekolah dan belajar pasti naik.
"Aduh!!" Aku menggosok dahiku. Rupa-rupanya, aku berlanggar dengan tembok sekolah.
Naufal menoleh ke belakang. Dia terus berlari-lari anak menuju ke arahku sambil ketawa kecil. "Lah, langgar tembok? Mata awak letak mana cik adik oi?"
Awak? Cik adik? Hai hati, tabahlah. Eh eh, kenapa tangan dia pegang dahi aku? Nak tepis ke tak nak? Nak tepis ke tak nak? Jarak diantara aku dan Naufal begitu rapat sehingga aku boleh mendengar nafasnya.
Mata kami berpautan. Debaran jantungku semakin kencang. Suaranya membuat badanku menggigil. "Mia..."
YOU ARE READING
Andainya Kau Terima
RomansKisah ini menceritakan perjalanan hidup seorang perempuan, Amira Ilmia. Mia menaruh hati kepada teman sekelasnya iaitu Naufal. Naufal yang pendiam lagi dingin mula berubah apabila dia mula rapat dengan Mia. Akan tetapi, semuanya berubah kerana satu...