"Weh, Fiq? Semua okey tak?" Suara lantang Hafiz kedengaran dari luar tandas.
Suara Hafiz menyedarkan aku bahawa aku sedang menyembamkan mukaku ke dada Afiq. Aku terus mengangkat kepalaku dan menolak lembut dada Afiq agar dia melangkah setapak ke belakang.
Afiq berdeham sambil tergaru-garu lehernya. Aku melarikan pandanganku darinya. Langkahku buka ke sinki dan membersihkan diri. Teruk benar keadaan seragamku ketika ini.
"Okey, okey. Eh masuklah, tolong aku. Teruk juga aku tengok si Mia ni. Tak ada orang ah, Fiz," jawab Afiq terus berlalu ke arahku dan menolong membersihkan rambutku.
Pintu tandas dibuka Hafiz. Hafiz, Adam dan Haikal berlari ke arahku. Mata mereka terbeliak. Aku tahu, pasti mereka terkejut melihat keadaanku yang kelihatan tidak terurus. Seragamku dibersih dengan air.
Suasana menjadi senyap. Hanya aku dan Afiq sibuk membantu membersihkan diriku. Hai.. Kenapa pula dengan tiga ekor ni? Mereka menggaru kepala mereka yang tidak gatal sambil melarikan pandangan ke lantai.
"Er.. Aku rasakan.. Lebih baik kita tunggu dekat luar," akhirnya Adam menyuarakan isi hatinya.
Tangan Afiq yang sedari tadi membersihkan rambutku yang bertocang satu terhenti. "Kenapa, Dam?"
Adam menelan air liurnya. Ditariknya lengan Afiq dan berbisik ke telinganya. Aku mengecilkan mataku ke arah mereka. Kenapa nak kena bisik-bisik? Ada apa-apa yang tidak kenakah?
Pandanganku beralih ke arah cermin yang tersedia di hadapanku. Mulutku ternganga. Baru aku sedar bahawa warna seragamku terang dan warna pakaian dalamku boleh terlihat!
"Ahh!" Aku menutup tubuhku.
"Ahh..." Afiq mengangguk kepalanya. Barunya dia mengerti apa yang cuba disampai Adam. Hafiz, Adam dan Haikal hanya mampu beredar sambil kepala mereka menunduk memandang lantai.
Afiq tidak mengikut mereka keluar. Dia membuka seragamnya dan mencampakkannya kepadaku tanpa menoleh. Nasib baik dia memakai kemeja kelabu di dalam seragamnya. Dia pun beredar dengan pandangannya ke lantai. "Pakai baju tu. Aku tunggu kau dekat depan. Cepat sikit. Kalau tak, kena tangkap dengan cikgu pula sebab nak cabut."
---
Almari Afiq dibuka. Aku membelek-belek pakaiannya sebelum membuat keputusan pakaian apa yang boleh aku kenakan. Akhirnya, aku mencapai kemeja putih kerana ukurannya yang longgar dan juga seluar track hitam miliknya.
Sebaik sahaja aku keluar daripada biliknya, aku melihat Hafiz, Adam dan Haikal berbaring di atas permaidani biru yang terbentang di ruang tamu sambil menonton filem lakonan Erra Fazira dan Yusry KRU, Hingga Hujung Nyawa.
"Ngam-ngam muat eh? Nasib baik muat," gurau Afiq yang sedang membawa keropok dan sebotol air yang bergas ke ruang tamu. Tahulah aku ini berisi! Hmph, geram betul aku dengan si Afiq.
Aku melabuhkan punggung di atas sofa manakala Afiq pula berbaring di atas bantal yang sama dengan Hafiz. Kami berlima pun menonton filem yang dimainkan.
Sepanjang filem itu dimainkan, fikiranku berserabut memikirkan siapa yang melontarkan makanan dan minuman kepada di dalam tandas. Apa mungkin ia adalah Farah?
Ehh... Mana mungkin, setahu aku Farah lembut orangnya. Lembut? Tiba-tiba aku teringat kala aku dan dia bertengkar. Ya, memang hilang terus lembutnya. Tidak aku sangka dia boleh mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada diriku.
Esakan seseorang mematikan lamunanku. Aku tergelak kecil melihat Keempat-empat lelaki yang sedang berbaring di bawah menitiskan airmata. Afiq yang terdengar aku tergelak kecil menoleh ke belakang. "Apa gelak-gelak? Sekurang-kurangnya aku kaya dengan perasaan! Tak macam kau, hati batu."
"Astaghfirullah, budak-budak ni cabut lagi!" Suara mama yang baru kedengaran di pintu rumah membuatkan kami berlima bangun dengan pantas. Tegak betul kami berlima berdiri seperti bersedia untuk dihukum.
Mama Afiq terkejut apabila melihat aku juga turut ada di ruang tamu. "Mia? Mia pun ikut Afiq cabut ke?"
Pandangan tajam mama beralih ke Afiq. "Afiq! Kenapa kamu ajar Mia yang bukan-bukan?"
"Bukan macam tu, mama.. Tadikan.."Afiq cuba menjelaskan tetapi mati apabila mata mamanya terbeliak besar.
"Sabar kejap, kenapa Mia pakai baju dan seluar Afiq? Ya Allah, apa kamu dah buat, Syafiq Sufiyan?!" Suara mama semakin meninggi.
Afiq menenangkan mamanya. "Wait, stop! Afiq sumpah Afiq tak buat apa-apa dekat Mia. Memang Afiq cabut kelas, tapi mama kan kenal anak mama ni. Bukannya Afiq tak pernah cabut pun. Dan soal Mia ni, Mia kena buli. Ada orang lempar makanan dan minuman bila dia dalam tandas tadi. Itu yang Afiq bawa dia cabut sekali. Sumpah Afiq tak sentuh-sentuh dia!"
"Alhamdulillah.. Mama ingat Afiq dah salah gunakan kepercayaan mama.." Mama menarik nafas lega sambil mengurut dada. Dia menghampiriku lalu mendakapku dengan erat. "Macam mana Mia boleh kena buli ni?"
Dakapan mama Afiq seperti menyuruhku menangis dengan sepuas-puasnya. Aku tidak mahu menangis di hadapan kawan-kawan sekelasku yang lain walaupun mataku sudah berkaca. Aku hanya mampu membalas dakapan mama dengan seerat-eratnya.
"Hhmm.. Mia sayang.." Panggil mama sambil mengelus-elus rambutku. "Mia mandi dekat sini, ya? Rambut Mia..."
Secara spontan aku menolak mama Afiq ke belakang. "Eh maaf! Lupa yang Mia cuma ganti baju tadi."
"Tak apa, Mia pergi mandi. Nanti malam baru Mia balik, ya? Biar mama telefon mak Mia," mama Afiq sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Jangan!" Aku dan Afiq bersuara.
Mama menjadi hairan dengan sikap aku dan Afiq. Aku dan Afiq bertukar pandang. Aku tidak mahu keluarga aku tahu tentang perkara ini. Mahu naik angin abah kalau tahu anak sulungnya yang berusia enam belas tahun dibuli.
"Mia tak nak keluarga Mia tahu pasal ni.." Luahan isi hatiku membuatkan mama mengeluh.
Rupa-rupanya sepanjang kami bertiga berbicara, Hafiz, Adam dan Haikal menjadi penonton setia di situ. Mereka bertiga duduk di meja makan yang berhampiran di ruang tamu sambil memakan keropok serta menonton adegan aku, Afiq dan mama Afiq.
Afiq yang baru jugasedar kelakuan mereka itu segera mencapai bantal kecil yang berada di ataspermaidani tadi dan membalingnya ke arah mereka bertiga.
YOU ARE READING
Andainya Kau Terima
RomanceKisah ini menceritakan perjalanan hidup seorang perempuan, Amira Ilmia. Mia menaruh hati kepada teman sekelasnya iaitu Naufal. Naufal yang pendiam lagi dingin mula berubah apabila dia mula rapat dengan Mia. Akan tetapi, semuanya berubah kerana satu...