Bilik darjah menjadi sunyi. Semua pelajar-pelajar mengulang kaji pelajaran mereka untuk peperiksaan besar. Yang hanya kedengaran kipas angin siling berputar malas dan suara Cikgu Nora yang tidak jelas membantu rakan-rakan sekelasku dari mejanya.
Pandanganku menoleh ke arah Afiq yang sibuk membuat latihannya. Afiq sedikit lemah di dalam bahagian kefahaman. Namun, itu tidak bermakna dia tidak pandai. Oleh kerana Afiq lebih bagus dalam bahagian kertas pertama dan lisan, markah keseluruhannya naik.
Sesekali aku menarik nafas dengan kuat sambil memandang nota-notaku. Aku sedang menulis lirik-lirik lagu yang boleh dijadikan sebagai frasa-frasa yang menarik di dalam karanganku.
Afiq mendengus dengan perlahan-lahan lalu menghentikan tulisannya. Dia memberi isyarat kepada Hafiz, Adam dan Haikal. Mereka berempat mengangguk beramai-ramai sebagai tanda mereka bersetuju. Bunyi bangku mereka kedengaran.
Satu persatu daripada mereka pun meninggalkan bilik darjah. Cikgu Nora tidak menghiraukan mereka kerana terlalu sibuk dengan pelajarnya. Mataku melekat memandang Afiq sehingga dia dapat merasakan bahawa aku sedang memandangnya.
Afiq menoleh ke arahku. "Aku pergi tandas kejap."
Tidak sampai sedetik dan kelibat Afiq terus hilang. Aku mengangkat kedua-dua bahuku. Aku mencapai penaku semula, namun tiba-tiba aku teringatkan kejadian tadi sebelum kelas bermula.
Kenapa Afiq kelihatan sangat berang dengan Ain, Ana dan Seri? Apa yang telah mereka lakukan sehingga boleh membubuhkan rasa amarah di dalam diri Afiq? Dahiku berkerut kerana terus memikirkan hal tersebut.
Tanpa aku sedari, loceng elektrik berbunyi menandakan tamatnya kelas mata pelajaran Bahasa Melayu. Aku membantu mengemas barang-barang Afiq yang berada di atas meja.
Rakan-rakan sekelasku yang lain kalut menyimpan barang-barang mereka kerana ingin bergegas ke kelas yang seterusnya. Mungkin, kelas seterusnya agak berjauhan daripada sini.
"Cikgu, dompet saya hilang!" Farah panik. Dia membongkar semua pelosok begnya namun tidak dapat ditemuinya. Farah menggigit bibir bawahnya kerana bimbang andai kata dompetnya tidak dapat dijumpa.
Cikgu Nora berdiri. "Semua orang duduk dekat tempat awak semua! Selagi dompet Farah tidak dapat dijumpa, awak semua tidak boleh ke kelas seterusnya. Farah, mari ikut saya periksa beg rakan-rakan awak. Yang lain, letak beg awak semua dekat atas meja."
Aku menggelengkan kepalaku. Macam manalah si Farah boleh cuai sangat. Tak pasal-pasal, jadual hari ini dah tertanggung. Aku mengeluh. Tak dapatlah aku nak ulang kaji mata pelajaran Matematik aku!
Farah dan Cikgu Nora memeriksa beg rakan-rakan sekelasku satu persatu. Mataku beralih ke jam dinding di hadapan kelas. Sudah sepuluh minit berlalu. Akhirnya, aku menyembamkan kepalaku di atas meja. Aku tidak menghiraukan Farah dan Cikgu Nora yang sudah menghampiri aku.
"Hah, ni dompet saya!" Suara Farah yang lantang mematikan lamunanku. Aku mengangkat wajahku kerana ingin tahu siapakah yang mencuri dompet Farah. Tidak aku sangka bahawa di dalam kelas ini ada pencuri!
Mataku terbeliak besar apabila melihat Cikgu Nora dan Farah sedang berdiri di hadapanku sambil memegang dompet merah jambu milik Farah. Menggigil tubuhku kerana dompet tersebut dijumpa di dalam beg sandang hitamku.
"T-tak, cik-cikgu. Bu-bukan saya yang cu-curi! Sa-saya tak tahu pun dom-dompet Farah ada dalam beg sandang saya," aku cuba membela diriku walaupun tergagap-gagap sambil menghayunkan kedua-dua tanganku ke kiri dan ke kanan.
Cikgu Nora menggelengkan kepalanya. "Saya tak sangka awak macam ni, Mia. Saya kecewa dengan kelakuan awak. Kalau betul awak tak mencuri, bagaimana boleh dompet Farah boleh ada di dalam beg awak? Cuba awak terangkan."
YOU ARE READING
Andainya Kau Terima
RomanceKisah ini menceritakan perjalanan hidup seorang perempuan, Amira Ilmia. Mia menaruh hati kepada teman sekelasnya iaitu Naufal. Naufal yang pendiam lagi dingin mula berubah apabila dia mula rapat dengan Mia. Akan tetapi, semuanya berubah kerana satu...