Bab 42

43 2 0
                                    

Aku melayari lelaman web, melihat kursus-kursus diploma yang ada. Bukan ingin membangga, namun aku pasti bahawa aku akan kecapi seteruk-teruknya nilai sepuluh untuk peperiksaan besar nasional.

Jari-jemari kiriku sudah mula mengetuk meja belajarku. Mataku beralih ke telefon bimbitku yang tersadai di hujung meja. Sudah hampir tiga minggu berlalu, tetapi tiada langsung pesanan apa-apa daripada kawan-kawanku.

Apa yang sebenarnya berlaku? Mereka pulaukan aku ke? Aku semakin penasaran. Sejujurnya, aku ingin mengambil kursus yang sama dengan kawan-kawanku. Akan tetapi, dengan keadaan yang sebegini, tidak mungkin akan terjadi.

Sesudah mengumpul semangat, aku memberanikan diri untuk menghantar pesanan ringkas kepada Afiq.

Fiq...

Jariku tidak menekan butang 'send'. Aku menggaru-garu kepalaku. Aku buntu. Aku tidak tahu bagaimana ingin membahasakan diriku dan dirinya. Patutkah aku mengikut caranya atau seperti biasa?

Aku juga tidak tahu apa yang harus aku katakan. Akhir sekali, aku menghantar pesanan ringkas lalu meraup mukaku kerana berasa malu.

Awak?

Manalah aku nak letak muka aku ni? Aku mengetuk-ngetuk kepalaku beberapa kali. Perhatianku kembali beralih ke komputer ribaku yang berjenama Dell. Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghela nafas.

Sekali lagi jari-jermari kiriku mula mengetuk meja belajar. Sadar tak sadar, sudah lebih setengah jam berlalu dan Afiq masih belum membalas pesananku.

BUMM!

Aku terdengar seperti ada tubuh yang terjatuh. Bukan itu sahaja, aku terdengar senduk di dapur juga terjatuh ke atas lantai. Dengan segera aku bergegas ke dapur. Mataku terbeliak besar melihat apa yang berlaku.

"Mak! Bangun, mak!" Aku terduduk di sisi mak aku yang sudah terbaring di atas lantai di dapur. Aku semakin panik apabila mata mak masih terpejam. Tanganku menggigil-gigil menggoncangkan bahu mak aku berkali-kali.

"Rizal!!!! Rizal Ihtisham!!!!" Aku menjerit sekuat-kuatnya. Aku tahu pasti adikku sedang mendengar lagu bersama headphonenya di dalam kamar. Aku berharap sekali bahawa Rizal akan mendengar jeritanku.

Rizal yang pada mulanya muka berasa bingit kerana namanya dipanggil terus berubah dan berlari ke arahku. "Kenapa dengan mak, kak?"

"Dik, dik. Kau call ambulans sekarang! Cepat, dik!!!" Kepalaku semakin berserabut. Rizal berlari ke biliknya untuk mengambil telefon bimbitnya.

---

"Kenapa dengan isteri saya, doktor?" Tanya abah sebaik sahaja doktor ingin berjumpa dengan kami bertiga di dalam bilik doktor.

Doktor yang bernama Farish mengeluh. "Sebelum apa-apa, saya ingin bertanya. Encik Rahman tahukah yang isteri encik adalah pesakit hemothorax?"

"Maksud, doktor? Isteri saya tak pernah pun cakap apa-apa dengan saya," abahku menggenggam kedua-dua tangannya.

Doktor Farish dan abahku bertukar pandangan. Firasatku mengatakan bahawa mak di dalam bahaya. Mak tidak mempunyai banyak masa. Firasat yang begitu kuat sehingga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengkongsikannya dengan adikku.

"Doktor, code blue!" Ada seseorang jururawat yang memasuk bilik doktor secara tiba-tiba. Aku, abah dan Rizal berpusing ke arah jururawat yang bernama Suraya itu.

Doktor Farish terus membuka langkah seribu, diikuti jururawat yang bernama Suraya. Kami bertiga yang berasa susah hati juga mengikuti langkah doktor tersebut.

Langkah kami bertiga mati apabila melihat Doktor Farish sedang memeriksa mak dengan menggunakan stetoskop. Dia menghela nafas berat. "Jantungnya terlalu lemah."

Doktor Farish menoleh ke arah doktor yang berbangsa Cina. "Her cardiac muscle is barely moving."

Doktor yang berbangsa Cina bernama Jayden pun bersuara. "Even with dobutamine and the revopad, we can't maintain her blood pressure."

Abah terduduk di lantai apabila defibrilator mak menunjukkan bahawa mak sudah tidak lagi bernafas. Rizal pula terus tersandar di dinding yang berhampiran. Kakiku sudah tidak kuat. Namun, aku sendiri harus kuatkan diri.

"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.." Aku harus kuat. Kalau bukan abah dan Rizal, siapa lagi? Mak, jangan risaukan kami. Mak pergilah dengan tenang.

Andainya Kau TerimaWhere stories live. Discover now