Bab 25

32 0 0
                                    

Mia, lepas asar jangan lupa kita pergi belajar sama-sama

Hanya keluhan kedengaran apabila aku membaca pesanan Naufal dari telefon bimbitku. Resah silih berganti. Sejujurnya, aku ingin mengulang kaji mata pelajaranku bersama dirinya.

Apabila hatiku terasa begitu ingin sekali berjawab bahawa aku bersetuju dengan Naufal, tiba-tiba peristiwa tentang aku dan Farah berselisih muncul di benak fikiranku.

Mataku mencari jam dindingku di dalam bilik. Jam menunjukkan pada pukul empat petang. Waktu asar akan masuk sebentar lagi. Apa yang harus aku jawab?

Aku duduk di birai katil sambil memegang telefon bimbitku.Tanpa aku sedari, aku merenung dalam pesanan Naufal sehingga terlamun. Yang kedengaran kini hanyalah suara di radio dan juga kipas anginku.

Laungan azan asar di radio kedengaran. Azan di radio berjaya menenangkan diriku ini. Aku memejamkan mata sambil menghayati suara azan yang bergema.

Diletaknya telefon bimbitku di birai katil dan menuju ke bilik airku untuk mengambil wudhuk. Aku berniat untuk membalas mesej Naufal sesudah solat.

Telefon bimbitku berdering sebaik sahaja aku mengucap salam sesudah solat. Aku mencapai telefon bimbitku dan melihat nama di skrin telefon bimbitku. Nama di skrin berjaya membuatkanku tersenyum.

"Hah? Ada apa kau telefon aku?" Soalku.

Afiq ketawa kecil. "Ha ha ha, eh jom belajar sama-sama dengan aku dekat pusat sivik. Aku dah sediakan tempat duduk untuk kau lagi."

"Amboi.. Ni dah solat asar belum?" Sebenarnya aku memang penasaran dengan Afiq andai kata dia sudah atau pun belum solat asar.

"Ehem, sudah okey. Aku solat dekat tempat yang tersembunyi dekat dalam perpustakaan. Kau datang tau!" Afiq berdeham.

"Hhhmm, yelah. Jumpa dekat sana terus. Pandai-pandailah aku cari kau nanti," aku mematikan talian.

Teringat akan meseja Naufal, aku pun membuka mesejnya semula dan mula membalas.

Kita belajar sama-sama lain kali, ye? Aku dah ada rancangan hari ni

---

"Mia, nanti untuk mata pelajaran sejarah kan, kau belajar topik apa?" Afiq menyelak nota-nota mata pelajaran sejarahnya.

Aku menghentikan bacaanku. "Aku belajar semua topik. Cuma mungkin aku berlatih menjawab soalan-soalan topik Hitler, Jepun dan Stalin. Kenapa kau tanya?"

Afiq menggelengkan kepalanya. "Tak, tanya aje. Cuma nak tahu aje."

Hawa dingin di dalam perpustakaan membuatkan diriku berasa selesa seperti mana aku sering sahaja belajar di rumah. Sambil membaca nota-notaku, mengulang kaji mata pelajaran sejarah, aku pun mendengar lagu dari telefon bimbit dengan menggunakan alat pendengarku.

Ya, sesungguhnya aku berasa lebih tenang sekarang. Membaca nota-notaku menimbulkan rasa selesa di dalam diriku. Tanpa sedar, aku begitu khusyuk mengulang kaji mata pelajaran sejarahku.

Afiq mengetuk meja. "Mia, jom balik. Dah pukul tujuh suku ni."

Aku mengangkat wajahku lalu mengangguk. Afiq membantuku untuk mengemas buku nota-notaku dan meletakkannya di dalam beg hitamku. Aku menyimpan alat pendengarku ke dalam beg.

Langkahku pun dibuka, mengiringi langkah Afiq menuju keluar dari perpustakaan.

"Mia, tak sangka kita jumpa dekat sini!" Langkah kami berdua mati. Aku dan Afiq pun memandang ke arah suara tersebut. Ternyata suara itu suara Farah... Dan dia sedang berjalan bersama-sama dengan Naufal ke arah aku dan Afiq.

Aku dan Afiq mengeluh pada waktu yang sama. Kami berpandangan dan tergelak kerana sememangnya kami tidak mahu berjumpa dengan mereka. Kami sama-sama mengangguk, memberi petanda bahawa kami harus berwajah ceria sepertinya gembira dapat bertemu dengan mereka.

"Kau orang pun belajar ke dekat sini?" Itulah soalan pertama yang keluar dari mulut Farah apabila dia dan Naufal tiba di hadapan aku dan Afiq. Mata Naufal tajam memandang ke arahku, sepertinya dia kecewa melihat aku bersama-sama dengan Afiq.

Aku tidak mengendahkan diri Naufal. "A'ah."

"Lah, dah nak balik ke?" Tanya Farah lagi. Suara Farah kedengaran begitu lembut sekali, seperti sahaja aku dan dia tidak pernah bertengkar dan sepertinya aku dan dia malah kelihatan akrab sekali.

Ingin sahaja aku bersuara mengapa dia berbicara lembut dan andai kata dia masih marah lagi dengan aku tentang peristiwa itu. Ya, ingin sekali aku memalukannya di hadapan Naufal, tetapi aku sedar bahawa jika aku mengaibkan dirinya, bagaimana nanti pandangan orang tentang aku?

Aku hanya mampu berdiam diri dan menyimpan bara di dalam hati. Aku takut.. Aku takut andai kata aku menjadi seorang pendendam. Wajahku jatuh memandang lantai. Aku teringat akan pesan mak yang mengajarku.

Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya - Riwayat At-Tarmizi

Sakit hati, geram, dendam, marah... Itu semua aku cuba tepis jauh dari lubuk hatiku. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

"Hah, dah nak balik. Nak solat maghrib. Kita ni kan manusia kena melakukan yang wajib. Kata orang nak berseronok di dunia boleh aje asalkan tidak melanggar yang dilarang. Betul, tidak?" Jawab Afiq dengan selamba. "Eh, okeylah. Jumpa dekat sekolah nanti. Assalamualaikum."

Afiq menarik lenganku dan membuka langkah. Wajah Naufal dan Farah masam mencuka.

Andainya Kau TerimaWhere stories live. Discover now