Diri ini sudah tidak merasa gerakan kaki sendiri. Muka Afiq pucat lesi bagaikan ditoreh tiada berdarah sehingga debar jantungku memukul dada. Kalau Afiq sudah mula menjadi takut-takut kucing, apa lagi aku yang selalu mengharapkannya.
Seterusnya, kami bertiga menuju ke bilik darjah yang seterusnya yang terletak di hujung kelas berbandingkan dengan bilik darjah yang pertama. Peluh sejuk mula membasahi pipiku di saat pintu terbuka luas sebaik sahaja kami melangkah ke arah bilik tersebut.
Aku menggenggam lengan pakaian Afiq dengan erat. Jantungku bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dada. Esakan aku kedengaran apabila mataku terpandangkan seorang perempuan yang berpakaian baju melayu sedang menari-nari seorang diri di dalam bilik darjah tersebut.
Daripada belakang, cara pemakaiannya dan gerak tarinya mengingatkan aku tentang watak Maya Karin di dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam. Dadaku berombak. Tambahan lagi dengan cahaya lampu yang berwarna merah.
Langkah kami bertiga ke belakang kerana terkejut melihat perempuan itu memusing ke arah kami dengan pandangan tajam. Cara pandangannya begitu menakutkan. Perempuan itu masih lagi menari sambil tunding kipas tangan yang berwarna putih dengan tangan kanannya ke arah Afiq.
Afiq menelan air liurnya. Adam dan aku bertukar pandangan. Ready? Go! Aku dan Adam menolak tubuh Afiq hingga masuk ke dalam bilik darjah tersebut, mendekati perempuan itu.
"Ku-kurang ajar punya kawan!" Afiq menjerit ketakutan sambil memandang ke arah kami. Cepat-cepat aku dan Adam meraup muka kerana rasa bersalah. Maafkan aku, Afiq!
Perempuan tersebut masih menari perlahan-lahan, mengikut rentak muzik gamelan. Aku memerhatikan Afiq yang hanya kaku berdiri ketakutan. Tangannya berketar-ketar ingin mengambil kipas tangan yang diberikan oleh perempuan tersebut.
Apabila Afiq hampir sahaja memegang kipas tangan yang berwarna putih itu, perempuan itu sengaja melepaskan pegangannya dan menyebabkan kipas tangan tersebut terjatuh ke atas atas lantai.
Perempuan itu ketawa walaupun bibirnya tidak terbuka. Tawanya benar-benar mengingatkan aku tentang watak Maya Karin di dalam filem pontianak itu. Afiq menggigit bibirnya sampai membongkok dan mencapai kipas tangan tersebut.
Dibukanya kipas tangan tersebut dan dia membuka suara untuk memberitahu aku dan Adam misi kami.
"Misi kamu kali ini adalah untuk mengenal pasti alat-alat muzik yang dimainkan. Hati-hati, kalau mahu berkata. Silap satu dan kamu akan dikejarnya," ujar Afiq. Aku dan Adam pun menghampirinya.
Tawa perempuan itu kedengaran lagi. Adam dan Afiq sudah menggaru-garu kepalanya. Kami bertiga terperanjat apabila tarian perempuan itu semakin cekap dan pantas.
Dia mengelilingi kami bertiga sehingga Afiq secara tidak sengaja melompat naik ke badanku. Oleh kerana tubuh Afiq sasa dan berat, aku dan Afiq pun jatuh. Tawa perempuan itu membuatkan aku semakin ngeri.
Aku sudah berputus asa! Aku tidak mahu lagi bermain permainan bodoh ini! Ketika itu, Adam menggigit bibirnya dan cuba menyampaikan sesuatu kepadaku dengan pandangan mata. Aku juga menggigit bibirnya lalu mengangguk kecil.
Dengan sekuat tenaga, aku menolak tubuh Afiq dan dengan pertolongan Adam yang juga menolak Afiq agar dia terus jauh dari pintu keluar bilik darjah. Tanpa menoleh ke belakang, aku dan Adam pun membuka langkah seribu. Maafkan aku, Afiq!
Adam berlari di belakangku, memastikan bahawa aku tidak ketinggalan. Daripada jauh, aku mendegar jeritan Afiq. "Woi, tunggu aku!!!!"
Seluruh badanku disimbah peluh dingin, tambah-tambah lagi apabila kami sedar bahawa semua jenis hantu-hantu cuba mengejar kami. Afiq sempat mengejar kami. Akhirnya, kami bertiga tiba di dewan sekolah sambil termengah-mengah.
Kakiku yang sememangnya tidak kuat, akhirnya membuatkan aku tersungkur duduk setibanya aku masuk ke dewan sekolah yang dipenuhi pelajar-pelajar yang lain. Adam menghampiri diriku yang sudah tidak berdaya.
"Okey, tak?" Tanya Adam sambil memegang bahuku.
Belum sempat aku menjawab, Afiq sudah menyampuk. "Aku yang tak okey! Sampai hati korang berdua!!!"
Aku dan Adam menoleh ke arah Afiq. Basah seluar hitam Afiq. Bukan sahaja basah, tetapi ada baunya juga. Bukan sahaja peluh yang menyimbah di wajah Afiq, namun ada airmata juga. Oleh kerana diselubungi ketakutan, Afiq terkencing di dalam seluar.
Esakan Afiq mula kuat apabila kami semua termasuk Haikal dan Hafiz menghampiri Afiq. Tangan kanannya mengosok-gosok matanya sambil teresak-esak. "Korang jahat! Korang jahat! Sampai hati korang tinggalkan aku!"
"Lah, kata jantan!" Aku cuba membela diriku.
Esakan Afiq semakin kuat. "Aku cakap aje! Tak kan aku nak tunjukkan dekat kau yang aku penakut pula?! Nanti kau tak nak rely dekat aku nanti."
Kata-kata Afiq menyentuh hatiku. Hatiku sebak sebaik sahaja isi hati Afiq. Mataku mula berkaca. Akhirnya aku mendekatinya, berhadapan dengan tubuh sasa itu. "Sorrylah, aku tak sengaja! Sorry tau sebab aku tinggalkan kau sorang-sorang! Aku janji lain kali aku tak buat macam tu lagi!"
Airmataku berlinangan bersama dengan Afiq. Aku sudah tidak kisah lagi dengan bau hanyir kencing si Afiq. Di saat ini, aku benar-benar tersentuh dengan apa yang disampaikan Afiq.
YOU ARE READING
Andainya Kau Terima
DragosteKisah ini menceritakan perjalanan hidup seorang perempuan, Amira Ilmia. Mia menaruh hati kepada teman sekelasnya iaitu Naufal. Naufal yang pendiam lagi dingin mula berubah apabila dia mula rapat dengan Mia. Akan tetapi, semuanya berubah kerana satu...