Bab 8

33 0 0
                                    

Aku mengumpulkan semangatku. Perasaan cinta disisirkan buat seketika. Mataku memandang tajam ke arah. "Bila bercinta timbul rasa malu, kalau tak malu rekalah dahulu."

Ya, aku benar-benar maksudkan pantun yang aku jual kepada Naufal. Andai dia ingin mencoret kisah cinta kita, dia seharusnya memulakan dahulu kerana dia seorang lelaki. Aku tidak mungkin memulakannya dahulu.

Sebagai seorang perempuan, aku ingin lelaki yang memulakannya dahulu. Ini bukan soal maruah atau harga diri. Di mataku, lelaki yang memulakannya dahulu bererti dia berani untuk melakukan apa yang dia inginkan.

"Ingin mengetahui tetapi tak nak bertanya, bukannya tak nak mula tapi belum tepat masanya."

"Wooooo..." Semua orang bertepuk tangan.. Kecuali Afiq. Aku rasa tidak gembira apabila melihat wajah Afiq yang tiada reaksinya.

Aku berjalan semula ke tempat dudukku. "Tepat pada masa bergeraklah pesawat, nak menunggu masa jangan sampai terlewat."

---

Aku memeluk lengan kanan Afiq. Sepanjang hari, Afiq tidak bersuara denganku kecuali jawapan-jawapan pendek. Jawapan-jawapan Afiq yang pendek sememangnya menyinggung perasaanku.

Kenapa dengan Afiq? Tak kan pasal pantun dekat kelas dia jadi muram macam ni? Aku menyandarkan kepalaku sambil terus memeluk lengannya. Kami berjalan menuju pulang ke rumahnya. "Afiq, berbuallah. Kita kan nak lepak dekat rumah kau. Kenapa kau diam ni? Kau merajuk eh pasal pantun aku tu?"

"Taklah.. Aku cuma terfikir kalau kau betul-betul ada apa-apa dengan Naufal esok lusa. Kalau kau dah ada dia, silap hari kau tolak aku ke tepi. Entah-entah nak lepak dengan kau pun susah," Afiq menyuarakan isi hatinya dengan bibirnya yang muncung.

Aku meleraikan pelukanku di lengannya. Tumbukan kecil aku lemparkan ke lengan Afiq. "Kau ni cakap bukan-bukan eh? Mana boleh aku campak kau tepi? Nanti aku nak mengadu dekat siapa kalau apa-apa jadi? Kau bukan setakat kawan. Kau keluarga aku."

"Eleh, cakap memang senang. Dahlah, kita dah sampai rumah pun." Afiq menunjukkan pintu pagar rumahnya yang terbuka.

Aku dan Afiq berdiri kaku, tidak masuk kerana mendengar suara orang tua Afiq sedang bertengkar. Pandangan mata kami bertemu. Apa yang harus kami lakukan? Patutkah kami masuk ke rumah dan menghentikan pertengkaran mereka?

Walaupun pintu utama Afiq masih ladi tertutup, suara orang tua Afiq yang begitu lantang boleh kedengaran dari luar.

Raut wajah Afiq berubah. Dahi dan keningnya berkerut. Dia mengepalkan penumbuk, menahan rasa. Afiq menggenggam pergelangan tangan kananku. "Mia, apa aku nak buat?"

"Lelaki tak guna! Apa kurangnya saya? Sampai hati awak. Saya berikan segalanya kepada awak. Kenapa awak sanggup curang dengan saya?! Awak suruh saya jaga pandangan mata saya sebab saya bergelar isteri. Tapi awak?!" Suara lantang Mama Afiq kedengaran sambil teresak-esak.

Kali ini, aku mengusap lalu menarik lengan Afiq. "Jom, kita pergi duduk dekat tepi tangga sampai keadaan dah reda."

Afiq yang begitu bingung hanya mampu membuntuti aku dari belakang. Apabila kami tiba di tepi tangga, bersembunyi dari koridor rumah Afiq, kami pun melabuhkan punggung di atas lantai simen.

"Awak tu yang tak pandai jaga penampilan awak! Patah selera saya bila saya balik rumah. Tengok pemakaian awak, macam pembantu rumah! Malas saya nak layan awak," sepakan kuat kedengaran lalu papa Afiq membuka pintu dan terus meninggalkan rumah bersama bagasi merahnya.

Mata Afiq sudah berkaca. "Mia, papa dah pergi?"

"Sudah, jom. Kita jumpa mama kau, okey?" Aku mengangguk dan kami pun berdiri menuju ke rumah Afiq. Sesudah memberi salam dan meletakkan beg di tepi pintu, aku sedikit terkejut melihat keadaan mama Afiq dan juga rumahnya.

Cawan-cawan gelas sudah pecah berderai di atas lantai. Bantal-bantal kecil sofa juga sudah berlemparan di setiap sudut ruang tamu. Kipas angin ruang tamu dan juga kerusi-kerusi di meja makan semuanya menjadi tunggang terbalik.

Mama Afiq pula terduduk di atas sofa empuk berwarna putih sambil menangis. Tubuhnya menggigil. Titisan airmata terus mengalir membasahi wajah. Di hujung bibirnya berdarah, akibat sepakan yang kuat.

Afiq berlari ke mamanya tanpa membuka kasut sekolah dan menarik ke dalam dakapan sambil mengusap belakangnya. Bukan hanya itu. Airmata Afiq berlinangan di pipi. Hatiku berasa sebak melihat keadaan mama Afiq.

Ingin sekali aku memeluknya juga dan memberinya kekuatan. Namun, aku tidak mahu dianggap menyibuk hal keluarga orang walaupun kami rapat bagaikan isi dengan kuku. Aku tidak membuka kasut sekolahku kerana terlalu banyak kaca yang bersepah di atas lantai.

Aku menuju ke dapur dan mencapai penyapu untuk membersihkan ruang tamu yang berselerak. Sambil membersih, aku melihat bahawa mama Afiq sudah semakin tenang dan Afiq juga meleraikan dakapannya.

Mama Afiq berlalu ke biliknya manakala Afiq membantuku membersihkan ruang tamu dengan menyusun bantal-bantal, kipas angin dan juga kerusi-kerusi di rata-rata tempat. Selepas ruang tamu Afiq kembali bersih dan rapi, aku pun meminta Afiq pakaiannya yang boleh aku pakai kerana seragam sekolah sudah dibasahi dengan peluh.

Aku melipat seragam sekolahku dan menyimpankannya ke dalam beg. Apabila aku menoleh ke belakang, rupa-rupanya Afiq berdiri di belakang aku. Badanku kaku apabila dia memelukku erat ke dalam dakapannya. "Terima kasih, Mia. Aku sayang kau sangat-sangat."

Andainya Kau TerimaWhere stories live. Discover now