Bab 56

62 0 0
                                    


"Mia, minum air ni. Sudah, jangan difikir-fikirkan lagi. Buat masa ini, awak rehatkan minda awak, ya?" Haikal menghulurkan botol minuman 100 plus kepadaku. Aku tidak menyambut hulurannya. Sebaliknya, aku mengeluh sambil membaringkan kepalaku di bahunya yang sedang duduk di sebelahku.

Suasana di dalam bas begitu tenang, tidak ada ramai penumpang di dalam bas 118 ketika ini. Hanya beberapa remaja yang bersendirian duduk merata sambil mendengar lagu dengan menggunakan earpiece.

"Sayang, tak manislah kalau awak sandar dekat bahu saya. Kalau awak tak sabar, minggu depan saya suruh keluarga saya masuk meminang, ya?" Nasihat Haikal sambil menyelit gurauan kecil.

Aku mengangkat kepalaku lalu membetulkan shawlku. Haikal berpusing ke arahku dan membantuku untuk memperbetulkan kedudukan shawlku di atas kepala. Perasaanku...

Hatiku rasa bergetar bagaikan petir menyambar. Haikal memandangku dan terasalah panahan percikan api cinta. Aku hanya diam terpaku dengan pandangan mata dan kelakuannya.

Dengan lekas-lekas, aku menolak dahi Haikal. "Gatal, jaga tu pandangan mata!"

Tawa kecil Haikal berjaya membuatkan hatiku melonjak bahagia. Tawanya seperti memberitahuku bahawa dia senang bersamaku. Senyuman manis itu seperti memberi petanda bahawa dia gembira apabila aku di sisinya.

"Eleh, dia pun gatal juga. Sandarkan kepala dia dekat bahu kita. Nasib iman kita kuat," Haikal mencebikkan bibirnya.

---

Debaran di dada begitu kuat sekali saat ibu Haikal menyarungkan cincin tunangku ke jari di tangan kiriku. Sebulan selepas kejadian terserempak dengan Afiq, aku menjadi semakin yakin dengan perasaanku.

Aku merenung cincin tunangku selepas kepulangan keluarga Haikal. Aku sudah jadi tunang orang. Abah sedang duduk di meja makan bersama Pak Long dan Pak Busu sambil berborak-borak.

Melihat kelibat abah sahaja, aku teringatkan peristiwa dahulu. Aku memeluk kakiku di atas katil. Perasaan takut menyelubungi diriku. Bagaimana jika Haikal juga begitu? Adakah hati dan perasaan Haikal kuat sepertinya?

Gementar, gelisah, ragu-ragu.. Semua perasaan itu sedang bercampur di dalam diriku. Tanpa aku sedari, seluruh tubuhku menggigil. Mataku mula berkaca. Nafasku terasa berat. Esakanku mula kedengaran.

Adikku yang lalu kamarku segera mendapatkan aku. Rizal menjadi risau melihat keadaan. "Kenapa ni, kak? Akak okey tak ni?"

"Akak takut... Akak tak nak kahwin dengan Haikal.." Aku menggelengkan kepala sambil mengeratkan lagi pelukanku di kaki.

Rizal cuba menenangkanku, mengusap kepalaku. Dia mengangkat daguku agar mata aku dan dia bertemu. "In shaa Allah, Abang Haikal tu jodoh akak. Tak semua lelaki sama, kak. Akak tak perlu risau."

Airmataku terus menerus mengalir tanpa henti. "Bagaimana kalau.. Haikal tinggalkan akak.. Dia ragu-ragu dengan akak macam mana Naufal ragu-ragu dengan akak.. Dia mengukir janji dengan akak macam mana Afiq mengukir janji dengan akak.. Dia tak setia dengan akak macam mana abah tak setia dengan arwah mak.. Akak takut.. Akak tak nak.."

Rizal menarikku ke dalam dakapannya. Dia mengusap-usap rambut dan bahuku untuk menenangkanku. "In shaa Allah, Abang Haikal akan sayangkan akak macam mana akak sayangkan dia. In shaa Allah, Abang Haikal akan membela akak macam mana akak ingin membela dirinya. In shaa Allah, Abang Haikal hormatkan segala keputusan akak seperti mana akak akan hormati segala keputusan dia. In shaa Allah.. Abang Haikal will be a reflection of you. Itulah suami isteri."

"Lelaki.. Semuanya sama. Tak ada bezanya. Tak mustahil Haikal pun sama," kali ini aku membalas dakapan adikku dan membiarkan pakaiannya basah dengan airmataku.

"Lillahi taala, saya tak akan berubah selagi awak adalah amanah yang Allah hadiahkan kepada saya," suara itu berjaya menghentikan tangisanku. Aku berpusing. Mataku terbeliak besar. Aku tak pakai tudung!!!

Andainya Kau TerimaWhere stories live. Discover now