Bab 49

42 0 0
                                    

"Hai-Haikal?" Aku terpaku. Degupan jantungku semakin cepat. Kalau Haikal ada dekat sini, ada kemungkinan yang lain juga ada di sini. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.

Senyuman Haikal membuatkan aku rasa seperti aku di zaman bangku sekolah. Aku cuba meneliti dirinya. Dia sudah bertukar cermin mata. Haikal tetap kelihatan segak seperti dahulu. Senyuman manisnya itu menampakkan bahawa dia adalah seorang yang senang bergaul dengan teman-teman.

Haikal memakai kemeja putih kosong tanpa corak dan seluar jeans yang berwarna biru terang serta kasut putih berjenama Converse. Tubuhnya nampak segak. Nampak gayanya, Haikal sering bersenam di gim. Badannya tidak terlalu perkasa, membuatkan dia kelihatan lebih menarik.

"Nak pergi kelas ke?" Tanya Haikal dengan penuh lembut.

Mataku asyik berkelip-kelip. "Hah? Haa, a'ah."

"Dah lama kita tak jumpa. Cantiklah dia bila dah pakai tudung," kata-kata Haikal membuatkan aku menelan air liurku. Janganlah, aku tidak mahu merapatkan semula hubungan ini. "Aku tunggu kau habis kelaslah."

Seluruh tubuhku masih lagi membeku. Aku hanya mampu menunding jari ke arah kelasku di hujung koridor bila ditanya. "Mana kelas kau?"

Haikal membuka langkah dan meninggalkanku, menuju ke arah bilik darjahku. Dia memerhatikan jadual yang terletak di pintu luar kelas. Aku menghela nafasku, cuba menerima kenyataan bahawa aku dan Haikal sudah bertemu.

Aku berjalan perlahan-lahan sambil menyimpan earpiece ke dalam beg. Langkahku mati apabila aku sudah hampir dengan Haikal. Haikal menoleh sesudah dia puas melihat jadual di pintu kelas.

"Kau BSG?" Tanya Haikal lagi, menyoalkan tentang kursus yang aku ambil. Matanya bersinar-sinar. Hatiku semakin gelisah. Ya Allah, janganlah dia mengambil kursus yang sama denganku.

Kursus yang aku ambil ini mempunya lapan belas kelas kerana terdapat tiga diploma yang berbeza. Memang wajarlah kalau aku dan dia tidak bertembung kerana kursus kami mempunyai ramai pelajar dan jadual kami yang berbeza-beza.

Aku hanya mampu mengangguk. Sudahlah, Mia. Pasrah sahajalah. Mungkin Dia sedang mengatur takdir yang terbaik untuk diriku. Redha sahajalah. Haikal menghela nafasnya. "Sama dengan aku! Alhamdulillah, jumpa juga kita akhirnya. Aku tak kira. Aku tunggu kau habis kelas tau. Jumpa kau dekat luar gim."

Belum sempat aku bersuara, dia sudah berlalu pergi. Keluhanku mula kedengaran. Tiba-tiba, namaku dipanggil. "Mia!"

Aku menoleh ke belakang. Haikal memanggil namaku. "Jumpa dekat gim tau!"

Dia mengenyitkan matanya lalu hilang dari pandangan mata. Jangan-jangan, dia nak bawa aku jumpa dengan kawan-kawan yang lain? Atau, dia nak soal siasat aku kenapa aku leave group dekat whatsapp dulu?

SERABUT, SERABUT, SERABUT!!!

---

"Hai.." Sapa Haikal dengan lembut apabila aku menghampirinya. Dia menuju ke tempat duduk yang berdekatan. "Jom kita duduk sana."

Aku mengikut langkahnya dari belakang. Haikal yang sekarang nampak lebih matang dan bergaya jika dibandingkan dengan Haikal di bangku sekolah. Aku tersengih apabila terkenangkan masa-masa dia dan Hafiz gila-gilakan cerita Bollywood.

"Sihat?" Pandangan mata Haikal menusuk dalam ke hatiku sehinggakan aku tertunduk.

"Macam biasa." Aku mengangkat bahuku.

"I think I should tell you everything," ujar Haikal lalu duduk bertentangan denganku.

Andainya Kau TerimaWhere stories live. Discover now