Bab 10

35 0 0
                                    

Jam loceng berbunyi menandakan mulanya pendidikan jasmani. Aku sekelas pun berkumpul di tempat perhimpunan sambil duduk bersembang.

"Baiklah, senyap-senyap!" Cikgu Rudi menepuk tangannya untuk mendapatkan perhatian kami semua.

Oh, kenapakah cikgu-cikgu pendidikan jasmani di sekolah aku semuanya lelaki-lelaki tampan seperti Cikgu Rudi? Aku memerhatikan Cikgu Rudi.

Rambutnya terpacak namun kelihatan segak. Baju sukan berjenama Adidas berwarna merah membuatkan diri kelihatan seperti pemain bola sepak yang mewakili negara. Seluar hitamnya yang paras atas lutut menampakkan otot-ototnya yang keras.

Tidak aku lupa dengan kaca matanya yang membuatkan Cikgu Rudi bukan hanya jaguh dalam jasmani tetapi juga pelajaran. Kalaulah dia memakai seluar sukan yang panjang sedikit, menutup aurat, memang sudah sempurna di mata aku.

"Mia, tutup sikit mulut awak tu. Nanti masuk lalat. Saya tahu hari ni saya nampak kacak dekat mata awak," Cikgu Rudi memanggil namaku.

Ya Allah, mana aku nak letak muka tembam aku? Aku menutup wajahku dengan kedua-dua tanganku. Malunya!!!

"Hari ni kita akan bermain bola tampar. Minggu lalu saya dah ajar macam mana nak main, bukan? Jadi hari ni kita bertanding. Syafiq dan Naufal, awak pilih pemain awak. Hari ni saya nak tengok ketua jasmani yang mana satu pandai mengetuai kumpulannya," Cikgu Rudi berdiri di tepi, memberi laluan kepada Afiq dan Naufal untuk memilih ahli kumpulan mereka.

Habis, habis! Pasti tiada diantara mereka akan memilih aku sebagai ahli pasukan mereka. Aku memuncungkan bibirku sambil menunduk. Apalah nasibku?

Maklumlah, hanya aku seorang sahaja yang berbadan berisi berbandingkan dengan pelajar-pelajar perempuan di dalam kelas aku. Bukan hanya itu, aku juga paling tidak mahir dalam bab-bab sukan.

Senang cakap, akulah yang akan jadi penyebab kumpulan aku kalah. Percayalah. Namun begitu, Afiq tetap memilih aku sebagai ahli pasukannya jika ada pertandingan seperti ini. Yalah, sudah hampir empat tahun kami sama kelas. Dialah penyelamat aku.

Naufal membuat pilihannya dahulu. Afiq dan Naufal bergilir-gilir memanggil nama-nama kawan-kawan sekelasku. Aku semakin penasaran. Afiq, tolonglah pilih aku... Jangan biarkan aku menjadi orang terakhir untuk dipilih.

Kini, hanya tinggal sepuluh orang. Aku menjadi putus asa. Kepalaku hanya menunduk sahaja.

"Mia, jom." Aku mengangkat kepalaku. Suara itu. Itu bukan Afiq. Mataku bertemu dengan matanya.

Aduh... Kenapa mesti kau, Naufal? Memang habislah aku. Semua keburukan aku akan Naufal lihat. Kenapa kau mesti pilih aku, Naufal?

Mataku beralih memandang si Afiq. Apabila pandangan kami bertemu. Aku menjeling tajam ke arahnya. Geramnya!!!

Dengan semangat yang lemah, aku berdiri dan berjalan dengan kaki yang lemah ke arah Naufal.

Afiq hanya mampu mengeluh sambil menunduk. Aku tahu dia berasa bersalah. Namun pada ketika itu, hatiku ini dipenuhi dengan amarah.

Permainan pun bermula. Oleh kerana aku tidak mahir, aku sentiasa berdiri di belakang. Tanpa aku sedari, Naufal sebenarnya berdiri di hadapan aku untuk menolong aku menangkap bola.

"Kau berdiri depan aku. Kau cuba tangkap, okey?" Naufal pusing ke belakang sambil memberi senyuman.

Aku dan Naufal pun bertukar posisi. Kaki dan tanganku menjadi kaku. Jari-jemariku menjadi sejuk seperti ketulan ais yang bari sahaja dikeluarkan dari peti sejuk.

Bola tampar itu semakin menghampiri aku. Naufal menjerit dari belakang. "Mia, tangkap!"

BOOM!

Aku terduduk sambil mengusap kepalaku. "Aduh... Sakitnya.."

"Mia, aku suruh kau tangkap! Itu pun kau tak boleh!" Naufal meninggikan suaranya. Semua orang terkejut. Tidak pernah mereka mendengar Naufal bersuara dengan lancangnya.

"Itu Naufal ke yang berbual tadi?" Haikal, salah seorang teman sekelasku bertanya.

Aku berdiri dan memarahinya. "Aku dah kata aku tak pandai main sebab tu aku berdiri dekat belakang! Yang kau beriya-iya nak aku tangkap bola tu kenapa?!"

"Cuba, aku nak kau cuba! Sampai bila kau tak nak cuba benda baru?" Naufal berlari mengambil bola tampar yang tersadai di tepi perhimpunan sekolah.

Afiq berlari menuju ke arahku. Dia duduk bercangkung sambil mengusap kepalaku. "Sakit?"

Entah kenapa, suara lembut Afiq menimbulkan satu perasaan di dalam benak hatiku. Mataku sedikit berkaca. Ya, perkataan yang sesuai adalah mengadu.

Aku mencebikkan bibir lalu menjawab lembut. "Kalau kau pilih aku tadi, tak adalah aku kena bola macam ni."

Sambil mengelap peluh di dahinya, Afiq tersenyum. "Maaflah, dia pilih kau dulu. Dah bangun. Kau pergi tandas. Duduk dalam sepuluh minit. Kelas dah nak habis. Jumpa kau dekat kantin."

Andainya Kau TerimaWhere stories live. Discover now