Aku tidak boleh tidur. Hatiku berdebar. Afzal dan Asyran sudah lama terlena. Jika salah satu diantara mereka merengek, Afiq akan mengejutkan aku untuk membuat susu. Ya, aku dan Afiq tidur sebilik.
Mama Afiq risau andai kembar dua itu bangun jika dipindahkan ke bilik mama. Rizal pula pulang ke rumah kerana dia lebih selesa tidur di rumah sendiri. Maklumlah, rumah aku dan Afiq begitu hampir.
Mataku selayang pandang jam dinding di dalam bilik Afiq yang menunjukkan pada pukul dua pagi. Lambat laun, pandanganku beralih ke arah Afiq yang tidur di sebelah Afzal. Yang memisahkan aku dan Afiq pada ketika ini hanya Afzal dan Asyran.
Sekali-sekala, dada Afiq berombang naik, tanda dia sedang lena diulit mimpi. Dengkuran kecil menunjukkan bahawa hari ini adalah hari yang memenatkan. Sedikit rasa kasihan terbit di dalam hatiku.
Mana tidaknya, pagi dia bertanding dan sepanjang hari dia melayan adik-adik saudaranya. Lama kelamaan, baru aku sedari yang aku sedang memerhatikan Afiq. Kejadian di dalam bilik air siang tadi cuba aku lupakan.
Walaubagaimana aku cuba menepisnya, peristiwa itu tetap kembali terngiang-ngiang di mindaku. Peristiwa itu membuatkan aku sedar bahawa Afiq juga adalah seorang lelaki. Mungkin kerana sudah lama berkawan, aku lupa bahawa dia juga boleh menghadirkan saat-saat yang mendebarkan pada seorang perempuan.
"Tidurlah, Mia. Dah nak masuk pukul tiga dah ni," suara Afiq sambil membuka matanya. Mataku terbeliak besar. Sudah terbangunkah, Afiq? Kenapa aku tidak menyedarinya? Badanku tidak dapat berbuat apa-apa kerana tergamam melihat Afiq. Rupa-rupanya, sudah sejam aku mengamati wajah Afiq.
Bibir bawahku digigit kerana malu. Malu kerana ditangkap Afiq merenung dirinya yang tidur. Mata kami saling merenung. Entah kenapa, mata Afiq ingin menghantarkan perasaan sedih kepada diriku.
"Kau serious dengan Naufal?" Soalan Afiq membuatkan hatiku rasa bersalah. Adakah kerana itu dia bersedih?
"Aku pun tak tahu. Kenapa?" Jawabku dengan nada yang perlahan kerana takut Afzal dan Asyran tersadar.
"Tanya aja. Tak ada maksud apa-apa pun. Tidurlah," badan Afiq terus pusing membelakangi aku.
Sepanjang malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata.
---
"Mmm, wanginya bau.. Masak apa ni?" Afiq keluar daripada biliknya sambil membuat senaman ringan dengan tangannya. Dengan sekelip mata sahaja, dia sudah duduk di ruangan makan.
Aku tidak mempedulikannya kerana terlalu sibuk membantu mama menghidangkan lauk-pauk di atas meja. Peluhku yang menyimbah-nyimah di mukaku dibersih mama sambil tertawa dengan tisu.
"Kasihan anak mama yang seorang ni tolong mama masak," suara lembut mama membuatkan diriku rasa disayangi.
Tisu yang dibersihkan aku capai darinya dan membersihkan wajahku sendiri sesudah menghidangkan semua lauk-pauk di atas meja makan. Aku memerhatikan lauk-pauk yang sudah aku hidang.
Ada sambal tumis udang, timun, telur dadar, ikan goreng dan yang paling penting adalah nasi lemaknya. Mama sudah melabuhkan punggungnya di atas kerusi, bertentangan dengan anaknya.
"Ni kamu dah mandi belum? Budak-budak tu tidur lagi ke?" Soal mama sambil memberi pinggan kosong kepada Afiq.
Tanpa berlengah lagi, aku menyedokkan nasi ke pinggan mama. Senyuman mama membuatkan hatiku berasa riang. Agak-agak, aku ni wife material tak? He he he...
"Dah mandi, rambut kan masih basah lagi ni. Budak-budak dah tidur balik. Tunggulah kejap lagi dalam pukul sebelas. Mesti bangun nak main," Afiq menjawab sambil menyedok nasinya dan lauk-pauk yang terhidang di atas meja.
Mataku terbeliak apabila melihat pinggan yang diisi dengan apa yang Afiq letakkan diberikan kepadaku. Ketika ini, aku berasa canggung dengan apa yang harus aku lakukan.
Mata Afiq bertemu dengan mataku. Yang kedengaran hanya kunyahan mama dan juga kipas angin yang berputar malas di atas kami. Sambil mencapai satu lagi pinggan, Afiq pun berkata. "Makanlah, nanti kau kata aku buli kau pula."
"Kenapa Mia nak balik siang sangat? Baliklah petang sikit dalam pukul lima. Pukul sepuluh atau dua belas siang sangat. Lagipun, rumah Mia cuma dekat-dekat sini, kan?" Mama memulakan bicara.
Wajah Afiq berkerut memandangku. Aku tahu, pasti Afiq juga berasa terlalu siang untuk aku pulang. Aku tidak mengendahkannya. "Petang nanti Mia nak pergi makan dengan Rizal, mak dan abah. Itulah sebab Mia nak balik cepat. Mia siap biasalah nak makan dua-tiga jam pilih baju."
Mama ketawa kecil kerana dia faham maksud aku. Maklumlah, kata orang perempuan.
YOU ARE READING
Andainya Kau Terima
RomanceKisah ini menceritakan perjalanan hidup seorang perempuan, Amira Ilmia. Mia menaruh hati kepada teman sekelasnya iaitu Naufal. Naufal yang pendiam lagi dingin mula berubah apabila dia mula rapat dengan Mia. Akan tetapi, semuanya berubah kerana satu...