PANG!
Bunyi lempangan di pipinya cukup kuat kedengaran. Orang di sekeliling restoran makan tersebut menoleh ke arahnya.
Muka wanita yang merah padam tersebut di pandangnya jelas. Air mata bertakung di tubir mata. Dia mencebik sedih, cuba lebih menghidupkan suasana.
"Apa salah saya Maria?"Suaranya dilirih. Riak wajah sedih dipamerkan penuh perasaan. Bakatnya untuk berlakon tak dapat di nafikan lagi.
"Apa salah saya sampai awak perlu malukan saya di hadapan semua orang sebegini?"tambahnya sambil melirih.
Wanita dengan rambut panjang mengurai itu merenungnya sambil menjongketkan kening.
"Apa salah kau?Hei! Perempuan tak tahu malu...kau sedar tak diri kau tu miskin. Ada hati kau nak bersama dengan Tengku Rafael?"tempelak wanita itu. Riak wajahnya berubah bengis. Dia memandang dirinya sambil menjegilkan mata.
"Tengku Rafael itu, suami saya. Tentulah saya nak bersama dengan dia. Awak tak boleh halang saya bersama dengan dia. Allah dah aturkan saya ini jodoh dia...Siapa awak untuk menolak takdir Tuhan?"katanya dengan nada penuh perasaan. Setitis air mata mengalir di pipinya, menambahkan lebih suasana yang pilu. Kamera di zoomkan ke mukanya yang masih cantik meski penuh air mata.
"Okay...and....Cut!"
"Okay semua dah habis untuk hari ini...."jeitan Razak Affendi, pengarah drama tersebut kedengaran.
Yuhuuu. Jelas kedengaran suara gembira pekerja-pekerja kru pengambaran yang lain. Siapa yang tak gembira apabila penggambaran dapat habis awal.
Maya Irdina tersenyum senang. Air mata di pipi di lap cepat. Selesai juga lakonannya selepas 5 jam berada di set penggambaran. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Sofea Iskandar, pelakonan sampingannya.
"Tahniah untuk hari ini..."Senyuman semanis gula dipamerkan di mukanya. Nampak agak plastik dis itu.
Sofea Iskandar menyambut salam Maya Irdina." Ya tahniah juga. Sorry tau Maya sebab terpaksa lempang Maya tadi.Maya tahukan itu untuk drama ni je."gurau Sofea.
Maya Irdina tergelak kecil. Kedengaran tak ikhlas. 'Kau ingat kelakar ker?'Dalam hatinya sudah menyumpah si Sofea itu.
"Saya tahu. Kerja sebagai pelakon ni, kena ikut sahaja apa yang pengarah suruh. Kita memang kena bersedia. Barulah boleh berlakon dengan baik.Drama pun terhasil dengan baik."Sambung Maya. Nada suaranya kedengaran agak membangga diri.
"Betul tu Maya, dah memang kerja kita. Okaylah, saya kena gerak dulu.Kita jumpa nanti kat another set. " Sofea meminta diri tanpa membuang masa.
"Bye!"
Maya hanya tersenyum."Bye."
Sebaik sahaja kelibat Sofea menjauh, muka Maya mula berubah kelat.
"Fia! Fikri ! Sini cepat"laung Maya.
Dia melabuhkan duduk di kerusi empuk yang tersedia untuknya. Keadaan sekeliling agak sesak apabila kru-kru penggambaran sibuk membersihkan kawasan penggambaran dan menyimpan kembali barang-barang.
"Panasnya!"
Maya mula mengipas-gipas mukanya. Pakaian yang dipakai untuk lakonan tadi tak sesuai langsung untuk cuaca panas di Malaysia. Blouse labuh dipadankan dengan legging putih membuatkan dia berasa sangat panas.
Terkedek-kedek dua orang pembantunya mendekati Maya.
Maya mencebik."Kenapa lambat. You guys tahu kan I panas. Penat pula tu."marah Maya.
Fikri, pembantu lelakinya segera membuka kipas elektrik kecil dan disua kan ke muka Maya. Cuba untuk memberikan kesejukan sedikit buat Maya.
"Lembap betul lah korang ni,"Dia masih lagi mahu melepaskan amarahnya.
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...