"Wahh! Sedapnya bau!" Suara kuat Dani dapat didengari jelas dari atas rumah. Bunyi tapak kaki makin kuat menapak sebelum mukanya dijengah ke dapur.
"Meh! Makan, "pelawa Maya ringkas. Mee goreng basah yang sudah siap digoreng diletakkan ke dalam pinggan. Dari tadi bertungkus lumus siap juga!
Mee goreng di hidangkan di atas meja. Air kopi panas juga awal-awal lagi dia dah sediakan.
"Cik Maya yang masak? " tanya Dani tak percaya. Melihat gaya kening terjongket Maya, Dani tahu sangat muka tunjuk bagus itu memandakan benarlah dia yang masak.
Dani sudah menuruni tangga dengan penuh teruja, Faris hanya mengikut dari belakang.
Maya dan Faris berpandangan sesama sendiri, masing-masing melemparkan senyuman.
"Pagi~,"ucap Faris lembut. Matanya tak lepas memandang Maya yang siap-siap mencedukkan mee goreng buat mereka.
Sambil tersenyum lebar,"Pagi Faris...,"
Mira yang sedang menyisip kopi mencebik mengejek.
"Ceh! Ucap selamat pagi dekat Kak Maya je ke? Ni adik sendiri tak nampak?"
Dani sudah tergelak. Bersetuju sangat dengan kenyataan dari adik si Faris. Dia melabuhkan duduk di tepi adik Faris.
"Orang tengah bahagia memang macam ni Mira. Orang lain dia tak sedar dah, "kutuk Dani juga.Faris hanya diam, malas nak melayan usikan mereka berdua. "Nak kopi,"pintanya.
Mira yang ingin bangun menuangkan air buat abangnya terhenti apabila Maya terlebih dahulu mengisi cawan abangnya. Nak tak nak dia duduk balik. Bagi can lah!
"Nak makan sekarang ke? "Tanya Maya prihatin sambil mengisi cawan Faris.
Faris sudah tersenyum lebar. Macam
kena layan dengan bini."Sekejap lagi. Mak mana? "Kopi panasnya ditiup dahulu sebelum perlahan-lahan meminumnya.
Dani yang sedang seronok makan turut bertanya soalan yang sama. "Haah! Mak Cik mana? "
Mira sudah menggeleng kepalanya. "Makan tak ingat dunia baru nak tanya Mak kat mana pula. Mak ada pergi warung Cik Zaihan kat depan tu. Katanya nak beli kuih-muih sikit,"terangnya.
"Oh! "Faris hanya mengangguk. Mak nya tu kalau pergi ke warung Cik Zaihan memang lambat lagilah baliknya, mesti membawang dulu tu.
"Maya okay tidur sini? "Tanya Faris prihatin. Baru semalam Maya menjejakkan kaki ke kampungnya. Suka ke tak? Benci ke keadaan kampungnya.
"Okay je! Cuma pagi-pagi macam ni, sejuk. "Jawab Maya teruja. So far memang tak ada masalah pun dia tinggal di kampung, dia bukanlah jenis yang kekwat dan berlagak anti-kampung.
"Semalam hujan tu yang sejuk malam tadi. "Sampuk Mira. Biasa lah keadaan kampung memang sejuk-sejuk dingin gitu.
"Assalamu'alaikum! "
Mereka berempat menoleh serentak memandang ke arah pintu dapur yang terbuka luas.
Puan Rosnah kembali dengan banyak jijitan plastik di tangan. Dia hanya masuk melalui pintu dapur sahaja, senang.
Maya dan Mira bangun spontan menyambut Puan Rosnah. Plastik berisi kuih bertukar tangan.
"Nah! Pergi hidang, "hulur Puan Rosnah kepada anak perempuannya yang sorang tu.
"Banyaknya Mak beli. Maya ada masak mee goreng lagi ni, "sapa Maya ramah. Kopi panas dituang ke dalam satu cawan kosong dan diserahkan kepada Puan Rosnah.
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...