Maya memandang tak percaya kepada dua orang yang sedang berdiri tegak di hadapanya. Pagi-pagi lagi dah datang siap beri salam. Tekan-tekan loceng bagai. Menggangu sahaja dirinya yang baru nak sarapan.
Dani tersenyum senang sambil mengangkat tangan. "Cik Maya! Selamat pagi,"Tegur Dani dengan penuh ceria. Wajahnya yang ceria diterangi cahaya suria membuatkan dirinya lebih bersinar-sinar.
Maya Irdina senyum tak ikhlas. "Pagi," balasnya. Dia membuka pintu rumahnya lebih luas.
Sempat matanya menangkap, tubuh Faris Shahmi yang segak dalam jaket kulit hitam dan kaca mata hitam di luar rumah. Dia sedang bersandar ke kereta yang mereka naiki. Faris juga memandang ke arahnya.
"Hot bhai,"Sempat hati Maya memuji. Ei! Pagi-pagi lagi dah dapat rezeki cuci mata. Untungnya diri! Gelak Maya seorang dalam hati .
Dani melambai di muka Maya. " Cik Maya!" Panggilnya.
Maya menoleh kepada Dani kembali . "Ya?"
Dani tergaru kepalanya yang tak gatal." Cik Maya ni, dah mandi ke belum?" Dia cuba menahan tawa. Kelakar sungguh melihat keadaan Maya yang masih dalam pijama berwarna merah tua. Dengan rambut yang hanya diikat kuda, nampak jelas yang muka belum mandi. Tah-tah baru bangun tidur.
Maya dalam keadaan keliru. Mandi?
Dani sudah tayang sengih."Cik Maya, dah pukul 10 pagi dah ni, baik Cik Maya mandi dulu. Kami Ada perkara nak bincang." Kata Dani satu-persatu. Bimbang juga kalau Cik Maya tiba-tiba mengamuk pagi-pagi ni. Maklumlah, perempuan bila pagi-pagi ni emosi tak menentu lagi.
Faris berdehem kecil cuba untuk menahan diri dari gelak. Alahai. Muka cantik tapi pukul 10 pagi pun tak mandi lagi ke. Anak dara jenis apa ni?
Mata Maya mencerlung memandang Faris . Dia dapat tangkap nada ketawa dalam deheman Faris tadi. Pelik ke aku belum mandi lagi?Biasalah pukul 10 ni. Hei! Walaupun belum mandi, dia dah siap buat yoga dan sarapan . Cuma dia memang selalu Mandi lewat sikit.
Dia membetulkan sedikit rambutnya. "Yalah, I pergi mandi kejap. Korang masuk la dulu," Maya sudah mahu menjemput mereka masuk namun cepat-cepat Dani dan Faris menolak.
"Eh tak apa! Cik Maya bersiaplah dulu. Kami tunggu luar. Buatnya kena tangkap basah , naya jer," kata Dani seraya ketawa. Faris menghembus nafas lega. Fuh! Nasib baik. Bijak juga Dani ni.
Maya memandang mereka berdua pelik. Tak yakin. "Tak apalah, korang duduk dulu dekat gazebo. Nanti saya datang." Maya melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia perlu segera bersiap.
Dani dan Faris menuju ke gazebo di tepi rumah Maya. Rumput buatan hijau itu cantik terjaga. Air pancut yang sederhana besar dihiasi ikan koi juga menarik perhatian Dani . Dia melihat-lihat sekeliling kawasan tepi rumah Maya. Memang besar.
"Bestnya jadi orang kaya! Rumah besar. Duit banyak. Tapi tak best lah tinggal seorang. Rumah besar tapi sunyi tak guna juga,kan tuan."kata Dani sambil memandang ke arah Faris.
"Hmm."Balas Faris pendek. Dia sudah mengeluarkan telefon bimbitnya. Ada banyak yang boleh dia lakukan sementara menunggu Maya bersiap.
Dani menghampiri Faris dan berdiri di hadapanya."Tuan," Panggil Dani dengan suara meleret.
Faris menanggalkan cermin matanya. Dia memandang Dani yang baru berumur 23 tahun. Dia sendiri yang memilih Dani untuk menemaninya bertugas menjaga Maya .
"Cik Maya tu cantikkan? Muka baru bangun tidur pun still maintain cantik. Haih! Tadi bila Cik Maya buka je pintu saya dah rasa macam, auh! Kena panah cinta." kata Dani teruja.
"Seronok eh!" Faris tergeleng. Dani masih muda. Biasalah tu!
"Seronok lah. Saya memang minat Cik Maya since saya tengok Cik Maya berlakon movie, Salju Cinta Di Auckland. Hah! Sebab movie meletop tulah, Cik Maya menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Berita Harian. Tuan tengok tak?"
Faris tergelak. " Tak. Saya tak minat tengok cerita melayu."
"Hisy! Tak semua cerita melayu bosan. Ada je yang best. Nanti tuan tengoklah, tau!" Cadang Dani.
Faris hanya senyum dan mengganguk. "Tengoklah macam mana."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
45 minit kemudian Maya datang menemui Faris dan Dani di gazebo. Dia datang sambil menatang dua biji cawan dan teko berisi air teh tarik. Dia hanya mengenakan skinny jeans putih dan kemeja hijau zamrud yang lembut.Ketika terperasankan kelibat Cik Maya mendekati gazebo, Dani cepat-cepat berdiri. Hanya Faris yang santai dan kekal duduk.
Maya datang dengan senyuman lebar. "Jemput minum!"pelawa Maya. Dia meletakan dulang dan menuang air ke dalam dua cawan. Sediva-diva Maya ,dia ingat pesan Uminya, kalau tetamu datang, layan baik-baik. Pembawa rezeki tu.
Dani menahan Maya. "Eh! Cik Maya, tak perlulah susah-susah. Wah! Siap buat air bagai, terima kasihlah Cik Maya." Jawabnya.
Maya melabuhkan duduk. Dia menguak rambut ke belakang sambil menyilangkan kaki.
" So? Ada apa you guys datang?"Tanya Maya. Mesti ada benda penting sampai mereka perlu ke rumahnya pagi-pagi hari.
Faris bangun dan mengambil alih perbualan." Cik Maya ada mohon khidmat perlindungan daripada pihak polis, betul?"Maya mengangguk."Yup! I ada mohon. Kenapa? Permohonan I dah diluluskan ke?"
Faris menarik nafas dan cuba menyusun kata. "Baiklah! Mulai hari ini Cik Maya sudah mengikat kontrak untuk khidmat perlindungan daripada pihak polis. Oleh itu, saya akan menerangkan serba sedikit mengenai prosedur perkhimatan perlindungan yang Cik Maya persetujui."
"Pertama, Cik Maya tidak dibenarkan keluar daripada rumah selepas angka sepuluh malam. Sebarang surat-menyurat termasuklah emel akan melepasi saya terlebih dahulu. Cik Maya dibenarkan menyimpan telefon bimbit dan barang keperluan yang lain namun perlu memberitahu saya sekiranya ada perkara mencurigakan."
"Cik Maya juga tidak dibenarkan ke mana-mana tanpa persetujui Dan ditemani saya atau Lans Koperal Dani. Sebarang aktiviti Cik Maya perlu dilaporkan kepada saya setiap dua jam. Dan akhir sekali, saya Inspektor Faris Shahmi dan Lans Koperal Dani akan mengawasi keselamatan Cik Maya 24 jam berkuat kuasa sekarang. Ada sebarang pertanyaan?"
Maya terkaku. Aku salah dengar ke?
"Ada. I minta khidmat perlindungan diri bukan babysitter! Apa maksud you I tak boleh keluar lepas pukul 10 malam? And apa maksud you I tak boleh ke mana-mana tanpa you dan Dani?Hello! I'm an actress! Why you perlu check email and surat-surat I? You nak jadi body guard ke Papa I?" Tempelak Maya.
Gila? Apa semua ni?
Dani melangkah ke depan. Dia mendepangkan tangan dan cuba menenangkan Maya."Cik Maya! Apa yang kami buat adalah untuk menjaga keselamatan Cik Maya! Jadi tolong beri kerjasama pada kami."Pinta Dani lembut. Tak sangka pula Maya boleh mengamuk mendengar syarat-syarat yang ada.
Faris hanya berdiri kaku. Dia menyilangkan tangannya ke badannya. Dah agak keadaan mesti kecoh. Maya memang tak akan setuju dengan keputusan mereka.
Wanita itu menggeleng laju. "No way!" Teriaknya dan sudah bangun.
"I tak peduli. I kena tanya pihak atasan tentang ni. Tah-tah you guys yang pandai-pandai reka arahan bukan-bukan. Ho, no,no I not that stupid!" Kata Maya sambil berjalan laju. Ketika dia melepasi Faris, terasa lengannya ditarik oleh Faris . Badannya terdorong ke belakang.
Maya menatap Faris tajam. "Sakitlah, lepaskan I !"
Faris mencengkam lebih kuat . "Percaya atau tidak , saya dengan Dani hanya nak lindungi Cik Maya daripada penjenayah gila Kat luar tu. Cik Maya tahu what their capable of! Kalau Cik Maya tak percaya pada kami, percayalah , Cik Maya tak akan selamat."Kata Faris tegas sebelum melepaskan tangan Maya .
Maya bernafas kencang. Dadanya turun naik . Dia tak tahu mengapa, adakah kerana marah atau tatapan mata Farris yang mengetarkan jantungnya. "I tak minta you, tak ada polis lain ke dalam Malaysia ni?"
Faris merenung dalam-dalam mata Maya."Kami akan berada di luar rumah Cik Maya, kalau ada masalah beritahu sahaja kami." Faris terus meninggalkan Maya. Dia segera keluar dari perkarangan rumah Maya. Dani sempat menemui Maya.
"Cik Maya , jangan risau. Kami akan jaga Cik Maya! Percaya pada kami!"kata Dani sebelum turut meninggalkan perkarangan rumah Maya.
Maya memeluk tubuhnya. Apa semua ni?

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...