JANGAN JATUH CINTA :-

7.3K 297 24
                                    

Maya membuka matanya perlahan-lahan. Huh! Dah pagi pun. Punyalah susah nak lelapkan mata malam tadi. Macam-macam yang dia fikirkan sampai tak boleh tidur. Siapa yang serang dia? Siapa yang bunuh mak cik tu? Macam mana kerjaya dia nanti? Ada lagi ke tawaran berlakon. Polis pun dapat ke lindungi diri dia?

Dia mengeluh berat. Ini pun dia belum telefon ibu bapanya. Mesti orang tuanya risau.Awal-awl lagi dia tahu apa yang bakal dikatakan ibunya nanti.

Berhenti berlakon. Balik rumah. Tinggal dengan Umi dan Abah balik. Sambung belajar, kahwinlah, blah, blah dan banyak lagi.Maya peduli apa? Ingat sesenang tu je nak mengalah?

Maya bergolek sedikit ke kiri dan kanan. Cuba memulakan perasan yang ceria. "Selamat pagi Maya Irdina!"Jeritnya sekuat hati.

Bising? Tak perlu risau. Rumahnya dan rumah jiran agak jauh. Memang lot banglo yang di belinya jauh sedikit dari banglo yang lain.Dia kembali baring menelentang. Katil saiz king miliknya masih tak cukup luas baginya. Dia meletakan tangannya di dahi dan memandang ke atas.

Chandelier kecil yang tergantung cantik membuatnya bahagia di pagi hari yang hening. Okay! Tak adalah hening mana, cuaca di Malaysia pada pukul 9.30 pagi, paham-paham sendiri jelah. Maya bangun daripada katil dan menatap potret besar dirinya.

Maya tersenyum bangga. Gambar dirinya yang memenuhi dinding menjadi pembakar semangatnya. Wajahnya yang cantik dan polos membuatkan dia berasa bahagia meneruskan hidup. Dia memperbetulkan cadar katilnya sedikit sebelum melangkah ke bilik air. Fokus utama hari ini iala dia perlu ke syarikat produksinya. Maya Irdina back to action!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maya melangkah penuh elegen ke dalam pejabat pengurusan Warna Sdn. Bhd. Sebuah syarikat yang melahirkan ramai artis ternama , tak kiralah pelakon atau penyanyi. Dan , di syarikat inilah Maya bernaung. Bunyi tapak kasut tingginya menarik perhatian semua yang sedang berkerja. Dia dapat lihat pekerja lelaki berbisik sesama sendiri. Pastilah memperkatakan kecantikannya. Ada yang secara terang -terangan melambainya .

Maya tersenyum sombong dan menanggalkan cermin matanya yang bertatah berlian dengan penuh gaya. Dia menyelak sedikit rambutnya yang cantik beralun lembut ke belakang. Rambutnya yang panjang hampir ke pinggang beralun lembut seiring dengan langkahnya. Jaket jenis trench coat daripada MNG menyerlahkan gayanya. Kemeja coklat cair separas peha sesuai digayakan dengan jeans dari H&M.

Maya tiba di tingkat tujuh bangunan tersebut. Sewaktu menolak pintu, dia sempat menangkap gambarnya yang besar dari luar pejabat. Dia berhenti sebentar di hadapan gambarnya. Maya Irdina di dalam gambar tampil cantik dan dingin dengan dress duyung berwarna emas rekaan Bernard Chandran.

"You look so gorgeous, girl. As always" Kata Maya kepada gambarnya sendiri sebelum meneruskan langkah.

Rahim Fauzi. Founder of Warna Sdn. Bdh terkejut melihat kedatangan Maya di pejabatnya. Selaku aset ternilai Warna Sdn bhd. Maya sangat dihormati.

"Maya , my precious, what are you doing here? You should get some rest, remember?" Tanyanya khuatir. Dia sendiri bangun daripada duduk dan menjemput Maya masuk.

"I know, Uncle! Cuma I settle kan a few things sebelum berehat."Jelas Maya sebelum melabuhkan duduk di sofa yang tersedia. Rahim juga duduk di single sofa.

Rahim mengengam tangannya. "So? Apa yang I boleh bantu?"

Maya menyelak rambutnya. "I nak tanya tentang projek I. Drama Kopi Perisa Cinta tu macam mana? I am the main character. I heroin dalam drama tu. I dah ikat kontrak sampai habis."

Rahim Fauzi senyum pendek. "Masalah tu jangan risau. Kita kena bayar sedikit ganti rugi, and mereka akan replace you dengan pelakon lain."

"Replace?" Maya agak terkejut. Tak mungkin. Mana ada pelakon yang setandingnya. Namun, dia tahu yang dia memang terpaksa berhenti berlakon untuk sewaktu tempoh.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now