PERASAAN YANG PASTI:-

5.7K 225 18
                                    

Entah mengapa kini, Faris makin renggang dengan Maya. Sudah puas Maya cuba menarik perhatian Faris namun tetap gagal. Faris sendiri selalu mengelak daripada Maya tak lagi seperti dulu. Maya yang kini sedang sibuk dengan pengambaran hampir setiap hari masih tak berpeluang nak menjernihkan kembali hubungan dengan Faris . Pagi-pagi bila mereka pergi bersama ke set pengambaran, Maya sibuk membaca skrip,  menghafal dialognya. Bila pulang, Maya selalunya tertidur sebab kepenatan. Macam tulah kehidupan mereka dari sehari ke hari.

"Hei, your hair messed up lah!" Isyraf membetulkan sedikit rambut Maya yang asyik ditiup angin. Rambut ikat kuda Maya bergerak bebas kerana angin.

"Oh! Angin kuat lah! " Gelak Maya dan hanya membiarkan sahaja Isyraf membetulkan rambutnya. Isyraf sendiri membetulkan sedikit cap miliknya. Kelakar juga bila mereka memakai pakaian gaya-gaya remaja. Dengan T-shirt dan jeans sahaja sebab watak mereka bermula dari zaman remaja.

"You pakai casual pun cantik lah Maya," Matanya tak lepas memandang Maya dengan shirt lengan panjang siap tulisan "not today" dan jeans biasa. Gaya remaja-remaja gitu.Maya hanya tersengih bangga malah siap flip hair membuat Isyraf ketawa besar.

"Okay! Maya, Isyraf! Ready? " Jerit si pengarah dari jauh.

Maya membalas "Okay set! " , Isyraf juga membuat tumbs up tinggi.

"Okay ready! Set! Action! "

Lakonan mereka bermula. Maya menampar bahu Isyraf kuat. "Kau ingat kelakar ke hah!"

Isyraf hanya tergelak. "Eh Sarah! Aku cakap betul lah ni! Aku dapat tawaran kerja tu. Ingat aku main-main ke apa."

Maya sebagai Sarah mendengus tak percaya. Dia berpeluk tubuh. Matanya memandang ke arah lain lebih tepat memerhatikan seisi restaurant.
"Kau betul-betul nak pergi tinggalkan aku lah ni? "

"Sarah. Kan aku dah janji aku pergi Dubai dalam tiga tahun , kumpul duit banyak-banyak, lepastu bila aku balik Malaysia. Aku masuk pinang kau. " Tangan Maya digengam. Senyum yakin dipamerkan.

"Heiii! Sape nak kahwin dengan kau?" Tanya Maya sebagai Sarah nada mengejek . Tangannya di tarik cepat. Namun bibir menguntum senyum secara sembunyi.

"Kau lah! Dari dulu kau nak kahwin dengan aku kan. " Isyraf mencubit pipi Maya sambil ketawa. Tangan Isyraf ditolak, Maya juga terlepas tawa. Tak langsung mengikut skrip asal.

"Okay cut!"

"Hahahahah! Sakitlah Isyraf! " Maya mencubit pinggang Isyraf dari tepi. Sebelum kedua-dua mereka melepaskan tawa.

"Well done! " kata Ismail Helmi sambil berjalan ke arah mereka . "Part you guys ketawa, I tak cut sebab it looks so sweet. "

Maya dan Isyraf mengangguk faham, lega sekurang-kurangnya lakonan mereka menjadi.

"So after this we start balik, but Maya I want you to give the look yang you okay with this but at the same time you look worried. Okay? Sebab Sarah dalam cerita ni , dia jenis yang selamba tapi dia sayangkan Daniel. "

Maya mendengar dengan teliti.

"Jadi bila Daniel nak pergi, you as Sarah okay to let him go, but make it macam in any way." Maya mencelah." That i still care for him?"

"Yes!" Siap petik jari lagi si pengarah.

Isyraf memandang Maya, "okay! We got this!"

"Yup!"

"Okay now we back to action! Camera ready!" Ismail makin menjauh, kamera sudah bersedia.

"3,2,1 action!"

Maya mengambil kembali watak Sarah. "Cuma aku sedih sikit lah! "

Isyraf sebagai Daniel. Mengacau air sirapnya sambil memandang Maya. "Sikit je? "

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now