"Cik Maya?" Maya Irdina menoleh apabila terdengar namanya dipanggil. Kelihatan Fia datang menghampirinya dengan sebotol air mineral ditangannya.
"Cik Maya okay?" Tanya Fia risau. Lega dia lihat Maya duduk di bangku menunggu tanpa sebarang kecederaan.
Yalah siapa yang tak risau bila tengok keadaan Maya yang masih lemah, terkejut dengan insiden tembak menembak tadi. Tiba-tiba dia terlibat dalam situasi tidak terancang sebegitu, atau mungkin ia dirancang? Penembak-penembak tu dah lama larikan diri apabila siren polis kedengaran, situasi menjadi lebih rumit.Pihak polis nasib baik bertindak dengan cukup cekap sebab tiba awal, kalau tak mungkin lebih banyak nyawa yang terkorban.
Fia merenung Maya yang masih berdiam diri sedari tadi. Maya hanya diam sedari tadi. Fia berasa kasihan melihat Maya.Sempat dia melihat baju Maya yang masih disaluti darah. Begitu juga tangan Maya yang masih mempunyai kesan darah kering. Pasti darah wanita tua tadi sebab Maya tidak tercedera. Nasib baik.
"Cik Maya, nah minum sikit."Fia menghulurkan botol minuman.
Maya tersenyum tawar. Dia menyambut huluran Fia dengan lemah." Are you okay, Fia?"
Fia terangguk kecil. Maya menghela nafas lega.
"Fikri mana?"
"Fikri tengah kena soal dengan pihak polis . Fikri selamat, jangan risau."Terang Fia. Gembira juga bila fikir yang bosnya itu ambil berat akan dirinya dan Fikri.
Maya minum sedikit air mineral yang diberikan oleh Fia . Perit sahaja merasakan apabila air melalui anak tekak.
Fia teragak-agak untuk duduk di sebelah Maya. Maklumlah dia hanya pekerja, Maya pula selebriti. Perlahan-lahan Fia duduk di tepi Maya. Tangan Maya dicapai dan diusap perlahan.
Maya memandangnya. Air mata surah bertakung di tubir mata. Setitis air mata tumpah juga."Dia selamatkan I , Fia."Maya menahan tangis.
"She saved me but I couldn't did anything to save her."
Segera Fia merangkul Maya sambil mengusap belakang Maya."Sudahlah Cik Maya, jangan salahkan diri. Dah memang ajal dia, Kita tak boleh buat apa-apa."
Fikri datang dengan ditemani seseorang."Maaf Cik Maya, tapi encik polis ni nak bercakap sedikit dengan cik."kata Fikri kepada Maya.
Maya melepaskan Fia. Dia menyeka air matanya. Dia bangun dah mengikut langkah polis lelaki itu yang menuju ke sebelah counter.
Fikri memandangnya Fia. "Tak ke kita patut bagi tahu Cik Maya supaya basuh muka dia dulu?"
Fia turut memadang Maya yang sedang berbual dengan polis tadi. Macam mana nak describe eh? Bagi seseorang yang baru lepas terlibat dengan kejadian tembak menembak memang wajar Maya kelihatan sebegitu. Dengan rambut yang mengerbang, make up yang dah cair sebab airmata. Yang paling tak boleh tahan ialah kesan celak yang sememeh membuatkan muka Maya yang selalunya tampil anggun bak bidadari kelihatan seperti perempuan mati laki.
"Alah, tak apalah. Cik Maya kan masih terkejut lagi tu."Balas Fia teragak-agak . Ni kalau Cik Maya tengok dirinya dekat cermin mahu menjerit dan kena heart attack.
Maya berdiri kaku di tepi pegawai polis itu. Sedari tadi keadaan masih sunyi. Maya berdehem sekejap sebelum mula berkata. "You nak cakap something dengan I ke?"
Faris yang sibuk memerhati Maya tersentak. Terkejut apabila Maya menegurnya. Dia sebenarnya agak terkejut melihat rupa Maya yang serabai. Ini ke rupa pelakon wanita yang tercantik kat Malaysia ni?
"Nama saya Inspektor Faris Shahmi. Boleh saya tanya Cik beberapa soalan?"
Maya mengangguk perlahan.
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mistero / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...