HULURAN:-

5K 218 2
                                    

Dalam pukul 10 pagi, nampak juga susuk tubuh Maya melangkah keluar dari rumahnya dengan beg lagguge besar berwarna hitam.

"Mak ai! Besarnya beg Cik Maya,"terkejut Dani melihatkan beg Maya, kalau beg sebegini bercuti selama dua minggu atau ke luar negara logik la juga.

Maya memandang pelik ke arah Dani yang tercegat sambil ternganga di tepi keretanya.

"Apa pula! Biasalah ni,"pertahan Maya. "Nah ni beg make-up, "sebelah tangannya menyerahkan beg SK II yang kecil tapi cukup berat.

"Banyaknya barang Cik Maya bawak, kita pergi tak sampai seminggu je, tengok! "Dani menunjukkan beg sandang hijau yang boleh tahan besar namun tak sebesar lagguge Maya. "Kami bawak beg kecil je hah!"Tunjuk Dani bangga.

Maya mencekak pinggang. "Eih! Simpan jelah! Banyak pula bebel dia,"melihatkan wajah cemberut Maya, Dani sudah tergelak. Cepat-cepat bag Maya ditarik dan di masukkan ke dalam bonet.

Faris yang sedangn leka berbual dalam telefon membuatkan Maya ingin tahu. Dia merapati lelaki itu secara senyap-senyap namun Faris tetap perasan. Faris hanya melemparkan senyuman kepada Maya.

"Nanti kalau dah sampai, Along call lagi. Mak tak payah tunggu lah, ni Along jalan slow-slow, santai-santai jer, "kata Faris mesra dalam panggilan.

"Mak awak ke? "Kata Maya perlahan. Faris menganguk.

Tangan Maya dicapai di bawa ke sisinya. Maya yang terkejut hanya membiarkan sahaja.

"Okaylah! Kita orang nak gerak dah ni, "mata Faris jatuh pada Maya. Lembut sahaja renungannya.

"Iye, insyaallah! Jumpa kat rumah mak lah nanti, "Faris tertunduk ketawa kecil. Entah apa yang lucu dia bualkan dengan maknya.

Hati Maya sudah berdebar lagi. Pertama kali dia melihat sisi Faris yang sebegini. Nampak jelas masih muda dan agak manja dengan maknya. Tak seperti selalu, serius sahaja mukanya.

'Banyak lagi yang aku tak tahu pasal dia ni,'fikir Maya sendiri.

Selesai memberi salam dan menamatkan panggilan, Faris berpaling ke arah Maya. Tanggan Maya masih erat dalam genggamannya.

"Apa senyum-senyum? "Sakat Faris.

Maya mencebik. "Mana ada. Mak awak cakap apa tadi? "

"Biasalah. Bawak kereta elok-elok jangan laju."Mata Faris dilorotkan ke arah Dani yang bersandar di tepi kereta Maya, diam memerhatikan mereka dari tadi.

"Kalau nak bercekarama sampai bila tak habis. Bila nak start geraknya,"laung Dani tak berpuas hati. Kalau bercinta sekalipun ingatlah orang sekeliling oi!

Faris hanya tergelak. Namun muka tak bersalah ditayangkan.

Tangganya cuba ditarik tapi makin kuat mula genggamannya.

'Ei dia ni! Malu la sikit dekat Dani,'kutuk Maya dalam hati. Sekali lagi di cuba menarik tanggannya.

Faris hanya memberi pandang seolah-olah bermaksud 'Cubalah Lepaskan Kalau Boleh'. Muka tu, nakal betul.

"Ni, kita pergi pihak polis tak tanya apa-apa ke? "Bukan Maya tak tahu, dia sepatutnya tak berada di luar.

Faris menggaru dagunya. "Saya dah inform pejabat. Tak beritahu detail Cik Maya ke mana, tapi bila tahu Dani ikut sekali, so okaylah. "Jawab dia nada selamba, namun tak semua perkara dia memberitahu Maya.

"Kalau dah syok bercinta dengan pelakon tu, siap ikut je buta tuli ,kan Faris? "Sindir Shakila lancang.

Namanya juga sudah mula buruk di pejabat apabila banyak cerita tak enak tersebar dalam kalangan anggota polis yang lain. Biarlah dia sahaja yang tahu, tak mahu dia membebankan fikiran Maya dengan halnya.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now