BUTANG BAJU:-

5.6K 215 12
                                    

"Marah ker? "

Maya menjeling Faris dari sudut tepi. Sakit hati dia melihat muka tak bersalah Faris. Rasa nak jer Maya tonyoh-tonyoh dengan sabun cuci pinggan.

"Marah apanya?"

Faris menyambut pinggan yang siap Maya basuh. Tolong mengelap sikit-sikit. Sahaja dia melambat-lambatkan supaya lebih lama masa dengan Maya.

"Dah tu! Muka monyok jer! Siap tak nak pandang saya lagi... "Faris curi-curi memandang Maya di sisinya.   Haih! Senyap jer!

Maya buat tak layan. Malas dia nak bergaduh dengan Faris tengah-tengah hari buta macam ni. Dia terus menyambung kerjanya mencuci pinggan dengan senyap.

Faris menarik tangan Maya yang sedang asyik mencuci pinggan. Sahaja nak bergurau!

"Apa ni Faris?! " naik sikit suara Maya. Namun dia mengawal agar tak terlalu kuat. Siti tu masih ada dekat atas sibuk berbual-bual dengan Mak Faris. Tak reti balik betul!

Faris tergelak. Bukannya dia takut dengan ugutan Maya malah siap main-main simbah air lagi.

Maya mengetap gigi. Mukanya yang basah dikesat kasar. Eh perangai budak-budak dia datang dah!

"Boleh tak jangan kacau orang! Dah pergi berborak dengan Mak awak dan Siti dekat atas tu. Shuh! "Maya menyiku Faris menyuruhnya pergi.

"Aik! Menghalau pula... "Meleret-leret ketawa Faris. Apa yang diseronokkan sangat Maya pun tak tahu.

Maya menutup pili air. Dia berpaling merenung Faris muka tegas. "Kalau setakat nak mengacau orang buat kerja... "Maya menarik lengan Faris menolak ke arah sinki.. "Nah!  Sambung basuh semua pinggan ni! "

Faris tergelak besar. Ah sudah padan muka kau Faris! Basuh pinggan sampai habis. Yang pergi kacau Maya buat apa.

"Meh. Saya basuhlah. Kesian Maya basuh dari tadi. Mesti kecut dah tangan cantik dia tu kan.. "Pili air dibuka kembali oleh Faris. Beberapa pinggan yang lain biarlah dia yang selesaikan.

Maya menahan senyum. Tak jadi nak marah. Faris memang pandai mengambil hatinya.

"Basuh elok-elok. "Maya mengingatkan. Dia masih setia berdiri tepi Faris. Eleh kau Maya. Nak juga berkepit dengan Faris kan?

"Iye sayang... "

Wajah Maya memerah.

'Eeeikkk dia panggil sayang lah!! 'Hati Maya menjerit teruja. Haih! Makin lama makin sweet Faris ni. Dulu asyik sombong dan dingin jer. Sekarang makin manis mulutnya.

"Apa tak dengar lah? "Maya merapati Faris. Mahu mendengar sekali lagi.

"Sayang! "Kat Faris sambil menunduk membasuh pinggan. Tak nak diangkat mukanya yang memang memerah. Gila! Kau memang dah gila Faris!

"Apa dia tak dengar? " tanya Maya sekali lagi.

Faris dengan senyuman lebar mendekatkan bibir ke telinga Maya.

"Sayang..... "Serentak itu tangannya yang basah dengan sabun di kesatkan ke muka Maya.

"FARISS! "

Apa lagi. Menjerit la Maya. Habis basah mukanya. 'Eh mamat ni... 'Bisik Maya geram.

Pinggang Faris dicubit kuat.

"Main-main pula! " Marah Maya. Berkali-kali dia mencubit pinggang Faris. Padan muka.

"Aduh sakit lah sayang! " Faris melarikan diri ke tepi. Menjauhi Maya.

Maya tak nak mengalah merapati Faris.. "Nak pergi mana? "Ugut Maya. Muka serius dipamerkan.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now