JAUH:-

4K 192 5
                                    

"You really make me worried Maya. "

Maya tergelak kecil. Isyraf dipandang kagum.

Dari jauh pun sanggup datang. Padahal dia ada pengambaran lain, tapi sempat singgah di Hospital Besar Kuala Lumpur untuk melawat dirinya.

"You yang buat i risau! You kan ada shooting lagi, tak payah susah datang sini, I okay jer! "Bela Maya. Haish! Dia paling tak suka menyusahkan orang.

Isyraf memegang tangan Maya. "Look at you,Maya. I rasa terseksa gila tengok you macam ni.. "

Eh dia ni! Main pegang-pegang pula!

"I still cantik kan! "Gurau Maya.

Isyraf hanya senyum. Tak rasa pula ketawa, apatah lagi dengan keadaan Maya sekarang. Mukanya pucat dan cengkung, terutama sekali bahagian matanya. Mesti banyak menangis dan tak cukup tidur.

"You dah tanggung banyak sangat benda, this whole year is really harsh on you. I'm just hope you kuat, okay!"Tangannya di bawa ke kepala Maya dan diusap perlahan.

Maya terkedu. Faris suka mengusap kepalanya juga. Faris juga suka memujuknya seperti ini.

Dia melihat Isyraf di sisinya, entah mengapa hatinya sangat berharap Faris yang ada di sisinya, memujuk dan menjaganya.

"Selagi saya ada, Cik Maya tak akan apa-apa."

Kata-kata dan suara Faris seakan terdengar di telinganya. Itu yang Faris ucapkan apabila dia berjaya menyelamatkan dirinya daripada hampir di langgar. Kali pertama dalam hidup dia, dia tahu, dia mampu meletakkan dirinya dalam jagaan Faris.

"Jangan pergi jauh dari saya. Cik Maya hanya perlu pandang dan ikut cakap saya sahaja , paham?"

Suara dan wajah Faris menghias pula pandangan mata. Dia terbawa ke kenangan malam Faris membawanya makan satay selepas tamat sesi modelling. Kawasan sejuk malam itu, terasa seakan dikulitnya. Itulah, kali pertama, Faris dan dia mengenal sisi sebenar Faris , malam itu, dia sedar dia telah jatuh cinta.

"...memang susah tapi sebab i risau. I-"Isyraf terdiam. Dia melihat Maya merenung jauh, dan seolah tenggelam jauh ke dalam lamunan sendiri.

Fia yang berdiri di belakang Maya sudah faham. Dia mengusap belakang Maya lembut.
Maya memang selalu termenung. Kadang-kadang dia sendiri tak sedar yang dia terbawa dek emosi.
"Cik Maya? "

Maya tersentak. Dia memegang tangan Fia di bahunya. "I mengelamun eh? "

"Isyraf, so sorry. I wasn't thinking straight tadi. "Cepat-cepat dia meminta maaf. Haihlah Maya! Dia langsung tak dengar apa yang Isyraf cakapkan dari tadi.
Jauh dia tenggelam dalam memorinya bersama Faris. Isyraf menyandar ke kerusinya.

"Takpelah Maya. I understand. You mesti penat kan? "

Maya tersenyum pendek. Penat. Penat sangat.

Isyraf menilik jam di tangannya. "Faris tak nak datang ke? "

Bukan Isyraf tak perasan dari tadi, dia tak nampak kelibat Faris. Dia sememangnya menunggu Faris dari tadi.

Maya terdiam. Dia berbalas pandangan dengan Fia. Dia memang tak berminat mahu bercerita dengan Isyraf akan hubungannya dengan Faris. Tak perlu dia nak kecoh-kecoh.

"Tak kan tak risau kot dengan you? Mentang-mentang tak perlu jaga you lagi, takkan terua lepas tangan kot? Buat penat jer i yakin dia boleh jaga you, padahal dia -"kata-kata Isyraf dipotong, makin lama makin tersasar jauh

"Isyraf. "Maya memanggil lembut.

Mata Isyraf terus bercahaya. "Yes Maya? "

Maya buat muka comel. "I teringin soup dari Pizza Hut lah! "

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now