Lama juga keadaan dingin antara Maya dan Faris. Masing-masing ego dan tak mahu memulakan bicara lalu terbinalah ruang sepi antara mereka berdua. Hampir seminggu jugalah Maya meneruskan kembali kerjanya. Cuma kini pergi dan balik dari set pengambaran ditemani oleh Dani. Bukan lagi Faris.
Walaupun awalnya Maya terasa dengan tindakan Faris. Namun akhirnya Maya mengalah sahaja. Tak guna mahu bergaduh hal kecil begini. Kalau itu yang Faris mahukan jadi dia menurut sahaja.
Lagu Aku Cinta kedengaran kuat dari bawah. Maya yang mengisi masa lapangnya membersihkan bilik stornya menurunkan volume radionya. Dia mendengar kembali. Telefonnya berdering lagi. Dengan malas dia turun juga ke tingkah bawah.
"Mana pula phone aku ni! "Rungut Maya sendirian. Padahal dia sendiri. yang letak phone merata tempat. Berpandukan runut bunyi telefonnya Maya mencapai juga benda alah itu yang nyata terperosok di dalam sofa.
Dia menghempaskan tubuh ke sofa. Penat! "Hello? "Jawabnya kasar.
"Maya! "Suara lembut yang semenangnya tidak asing membuatkan Maya terduduk tegak.
"Faris. Kenapa tiba-tiba call ni? " Ketegangan antara mereka membuatkan Maya hampir tiap hari menunggu panggilan Faris. Tapi hampa. Faris tak pernah menelefonnya jadi dia buat tak tahu sahaja. Hari ni, tak ada angin tak ada ribut Faris menelefonnya.
"Bila awak nak beritahu saya pasal awak kena pergi Cherating? " ada nada serius dalam kelembutan suara Faris. Setelah hampir seminggu tak mendengar suara Faris, dada yang biasanya tenang kembali terasa sempit. Menggunung dengan rindu.
Maya cuba mengawal suaranya yang jelas hampir tewas dengan perasaan sendiri. "Dah awak yang tak nak cakap dengan saya kan? "
Nafas Faris berat di hujung panggilan. "Bila masa pula saya tak nak cakap dengan awak? "
Giginya diketap geram. "Habis? " Dah dibuat tak tahu ker sepanjang seminggu ni.
"Saya nak bertenang dulu. Fikirkan apa yang awak cakap. And saya sedar. Apa yang awak cakap betul. It take two peoples, two hearts, and it takes
you and me. Sekarang saya akan ikut nasihat awak. Mulai hari ni,semua masalah biar kita berdua yang hadapi."Hati Maya bergetar. Suara Faris terus menusuk ke jantungnya.
"Jadi sebab tu saya nak tanya. Kenapa awak tak tanya saya dulu tentang shooting dekat Cherating? "
"Sebab saya... -" Maya menenangkan dirinya. "Saya takut awak tak akan setuju. Lagipun saya tak nak keruhkan hubungan kita. Saya pilih masa sesuai nak beritahu dekat awak. Lagipun-" Maya mengigit bibirnya. Nak jujur ke tak?
"Lagipun? " Soalan Faris membuatkan Maya hilang arah. Alah! Nak buat apa ni? Cakap jelah.
"Saya malu nak cakap dengan awak balik."Maya berbisik.
Maya dapat mengagak Faris seperti menahan senyum di hujung panggilan.
"Kenapa nak malu pula? "
"Saya-" maya tak jadi meneruskan kata. Kenapa susah sangat nak cakap ni Maya? Cakap jelah kau rindu kan dia!
Suara lembut Faris yang segera menjawab. "Saya tahu. "
"Tahu apa? "
Maya dapat mengagak Faris mesti tengah tersenyum sekarang.
"Saya pun rindukan awak juga!"Lancar sahaja Faris mengungkap rindu.
Maya tersandar ke sofa sambil matanya terpejam.
'Aku betul-betul dah jatuh cinta!' Kata Maya kepada otak dan hatinya. Dia yakin. Inilah cinta.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Maya akan duduk bilik 402. Dengan Fia. Both of you akan dapat bilik berhadapan dengan bilik Maya. Besides, this hall floor we already booked so no need to worry about security. But still, if you guys think it is necessary, feel free to act so. Itupun kalau tak tahu malu lah!"
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...