Faris sibuk meneliti fail di tangannya. Dani pula menghabiskan masa dengan meneroka ruangan Instagram. Yalah, kerja mereka hanya memerhati rumah dan menjaga keselamatan Cik Maya. Tak ada apa sangat pun yang boleh dibuat. Setakat ni tak ada masalah besar yang terjadi. Penyerang juga tak ada tanda-tanda untuk menyerang lagi. Keadaan pun tenang je di kawasan rumah Maya. Maklumlah kawasan elit!
Dani memandang Faris yang sangat serius dengan fail kes di tangan."Ada apa-apa maklumat terbaharu ke?"
Faris menggeleng." Tak ada apa pun." Fail tadi di campak ke dashboard. Faris bersandar ke tempat duduk kereta sambil meletakan tangan di dahinya. Matanya terpejam.
"Apalah yang Cik Maya buat kan? Dah lama juga dia tak keluar-keluar dari rumah tu. Tak bosan ke dia?"Dani bercakap sendiri. "Tapi kalau saya pun tak boleh kot kena kurung dalamrumah lama-lama, betul tak tuan?"Tuan? Tuan tidur ke?"Tanya Dani. Faris hanya diam berkutik.
"Lah! Tidur rupanya."Balas Dani sendiri. Masa berlalu agak perlahan. Tiba-tiba kereta Alza putih berhenti di hadapan rumah Maya. Namun pemandunya belum keluar lagi.Dani terkejut. Segera bahu Faris ditepuk laju.
"Tuan! Tuan bangun cepat! Ada orang datang rumah Cik Maya "Teriak Dani lantas keluar daripada kereta.Faris yang baru mahu terlelap segera terjaga. Dia lantas keluar daripada kereta dan berlari ke kereta Alza putih itu.
Wina yang baru membuka pintu keretanya terkejut di sergah oleh dua orang lelaki.
" Cepat keluar! Angkat tangan!"Teriak Dani.Wani terkejut. Dia seolah-olah kaku."Tak. Tapi saya tak buat apa-apa." Kata Wani seraya mengangkat tangannya.
Faris mencengkam lengan Wani kuat."Siapa cik? Kenapa anda datang rumah Maya Irdina?"soal Faris kasar.
Wani tergagap."Sa..Saya kawan Maya. Saya datang nak jumpa dia." Takut dengan wajah garang Faris.
Faris melepaskan tangannya. Dia menoleh kepada Dani ."Panggil Cik Maya sekarang!"arah Faris. Dani segera menelefon Maya dan menyuruhnya keluar.Tak lama kemudian Maya keluar , belum sempat berbuat apa-apa, Wani segera memeluk Maya.
"Maya tolong aku, mereka ingat aku jahat."kata Wani.Maya merangkul bahu Wani.
"Hei! Dahlah! Tak ada apa. Dorang berdua ni polis." Wani mulai tenang. Dia melepaskan Maya.
Faris dan Dani tampil memohon maaf. "Maafkan kami, Cik. Kami hanya menjalankan tugas menjaga keselamatan Maya Irdina."ucap Faris.
"Kalau ye pun, tak perlu sampai ambush orang kot! Yu buat macam teruk sangat keadaannya, padahal tak ada apa-apa pun." Nasihat Maya.
Dani terunduk." Maaf cik Maya. Kami akan lebih prihatin dengan keadaan."
Maya tersenyum pendek. Dia menarik tangan Wani Dan mengajak dia masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Faris dan Dani.
________________________________
Maya meletakan dulang air ke meja kopi di ruang tamu rumahnya. Wani senyum meleret." Sejak bila kau ambil bodyguard?"
Maya duduk di sofa berhadapan Wani. "Sejak aku terima ugutan hari itu."
"Memang kena check orang sampai macam tu ke?" Tanya Wani.
"Yalah. Kau pun satu, datang tak beritahu awal-awal. Kalau aku tahu , tak adalah kau kena serang dengan polis berdua tu." Balas Maya .
"Yalah. Aku ingatkan nak buat surprise, at the end aku yang kena. Wani memegang tangan Maya erat. Senyuman lebar terukir di bibirnya. "Aku datang ni ada hajat. Aku dah nak kahwin.kata Wani kuat . Dengan nada penuh teruja.
Mata Maya terbeliak tak percaya." Serious?"
"Yup! Aku akan kahwin dengan Hakim." Beritahu Wani jelas.
Maya memeluk Wani. "Tahniah! Kahwin juga kawan aku..lama gila bercinta. Akhirnya kahwin juga.Bila wedding kau?"
"Dua minggu lagi ." Balas Wani sambil mengangkat cawan berisi kopi dan mula menyisip perlaha.
"What? Kahwin lagi dua minggu, hari ini baru nak jemput aku?"
Wani tergelak. " Dah tu, kau yang senyap je tak ada khabar. Manalah aku tahu kau dah pindah, ni pun Mira yang bagi aku alamat, kalau tak, tak ada chance la kau nak rasa nasi minyak aku."Dia sambung menyisip minumannya.
Maya mencubit lengan Wani. "Alasan."
Wani menepis tangan Maya. "Aku dah nak kahwin. Kau bila?"
Maya hanya gelak. "Aku?"
"Yalah, kau kan Maya Irdina pelakon popular. Takkan tak laku kot! "Sindir Wani. Tapi sindir gurauan je.
"Aku tak laku? Tolonglah , melutut lelaki nak dekat aku tahu, aku je yang malas nak layan mereka semua . Aku nak cari prince charming.."balas Maya penuh yakin dan melebih.
Wani buat gaya nak muntah."Hei! Abang polis tak nak?"
Maya lepas gelak."Yang dekat luar tu? Tak nak lah.Tak Ada class!"
"Eleh! Hot apa dua orang tu. Hah! Yang garang sikit tu lagi hot. Cair juga kalau aku kena renung tau!"
Maya mencubit Wani lagi." Dua minggu lagi dah nak kahwin..kau still lagi nak menggatal eh!"
Wani hanya gelak. Mukanya kelihatan nakal." Bukan untuk aku, tapi untuk kau. Sedar sikit diri kau tu bukan muda lagi. Ke gosip kau dengan pelakon Isyraf Zaidi tu betul?" Tembak Wani.
Maya yang sedang minum segera menggeleng. "Taklah! Dia yang syok dekat aku."
"So? Abang polis tu pun tak nak?"
Maya menggeleng.
"Kau jangan.. memanglah sekarang tak nak. Nanti bila dah asyik berkepit dengan dia, confirm kau jatuh cinta. Ingat eh! Kalau tak rasa boleh handle jangan mula taruh harapan atau bagi harapan. Nanti kau juga yang susah."nasihat Wani.
Maya buat tak dengar." Yalah, doktor cinta. Baru nak kahwin dah bagi nasihat untuk orang lain."
"Tapi wedding aku tu , datang tau! Kau artis jemputan aku.."kata Wani sekali lagi.
"Insya Allah. Aku datang. Jangan risau."
___________________________________Sejurus selepas menghantar pemergian Wani ke kereta, Maya perasan Faris sedang menuju ke arahnya.
"Dah habis berbual?" Sapa Faris terlebih dahulu.
"Dah."balas Maya pendek.
"Apa dia nak?"
"Dia jemput I pergi wedding dia dua minggu akan datang." Pinta Maya dengan baik.
"Wedding?" Riak wajah berfikir terpamer di wajah Faris.
"Hmm. Please bagi I pergi. Wani kawan I dari zaman universiti. Tak best pula kalau I tak pergi. Boleh?" Maya merenung tepat mata Faris. Matanya di layukan sebaik mungkin.
Faris memandang muka Maya yang mendung. Rasanya berbelah bagi muncul lagi."Baik! Cik Maya boleh pergi. Tapi, saya akan teman Cik Maya." Putus Faris tegas.
"Teman?"
"Saya akan ikut Cik Maya ke wedding kawan Cik Maya tu."
Maya mengetap gigi. Memang tak boleh lepas langsung dia ni."Fine! You boleh ikut. Tapi make sure you pakai baju yang elok. Jangan jatuhkan imej I!"
Faris mengangkat tangan tanda berserah. " Baik saya pergi dulu." Faris meminta izin dan berlalu pergi.
"Pergi jelah!"Maya turut menutup pintu rumah cepat-cepat.
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...