DETIK HITAM BERLAKU:

9.8K 316 33
                                    

Suasana tegang ibu pejabat polis menyambut kedatangan Faris Shahmi. Ibu Pejabat Polis Bukit Aman memang tidak pernah aman. Setiap hari pasti ada sahaja masalah yang melanda dan meributkan keadaan. Dari sekecil-kecil jenayah, kepada yang terbesar.

Dia melangkah masuk dengan penuh aura ketegasan. Wajah yang serius dipamerkan kepada semua pegawai-pegawai polis yang lain. Semua tahu dia memang begitu jadi mereka sudah tak berasa pelik.

"Tuan!"

"Pagi Tuan!"

Kedengaran beberapa suara pegawai yang menyapanya. Faris hanya senyum hormat dan membalas pendek.

"Pagi."

Oh lupa. Kenalah kenalkan hero kita ,kan?

Inspektor Faris Shahmi. Umur 27 tahun . Bujang tentunya masih belum berkahwin. Ciri-ciri rupa paras, tinggi 183 cm, ukuran bahu yang agak lebar, maklumlah , bersenam setiap hari. Tidak terlalu sado dan tak terlalu kurus.

Wajah? Wajah melayu seakan-akan Syukri Yahya, bermata dingin, bibir belah bawah. Sifat? Tegas, tidak suka kepada orang yang menipu, benci orang pemalas dan sangat teguh mendukung keunggulan undang-undang negara. Yang paling penting, dia tak mudah di cairkan dan dipermainkan.

Umur 27 tahun tidak menghalang kematangan dan sikap serius yang dibawakan oleh Faris. Selaku pegawai polis, dia seorang yang sangat menepati masa dan tegas. Dia percaya akan keadilan undang-undang. Bersemangat dalam setiap kerja, dan bersungguh menjadikan dunia bersih tanpa orang jahat.

Faris Shahmi terus menuju ke pantri yang terdapat di belakang bahagian ibu pejabat polis. Di sana ramai pegawai polis yang sedang mengisi perut dengan saraan pagi sebelum memulakan kerja.

"Pagi Tuan!"

Ramai pegawai yang menyapanya. Ada juga menunduk kecil ketika berselisih dengannya.

Faris Shahmi tersenyum kecil tanda hormat. Dia menuju ke kabinet dan mengambil sebiji mug.

"Apa berita hangat hari ni?"Tanya Faris kepada rakan sekerjanya Inspektor Hadi yang sedang menyelak surat khabar sambil minum kopi di meja kecil.

"Tak ada pun. Paling latest, tangkapan dadah 12 kilogram dekat Terengganu, tu jelah yang menarik." balas Hadi, sambil terus menyelak akhbar.

Faris Shahmi menuang air kopi ke dalam mug. Dia menghampiri Hadi sambil  dan menyisip sedikit kopinya.

"Tuje?"

Hadi menganguk.

"Setakat ni, tu jelah. Kalau ada pun, bahagaian hiburan jelah. Ni, pelakon Maya Irdina ada buat photoshot dengan baju polis. Katanya sempena, memperingati penjuangan polis-polis Malaysia."

"Nah!"

Hadi menyuakan surat khabar dengan keratan gambar Maya Irdina berbaju seragam polis lengkap. Ada beberapa pose yang dengan lagak aksi tapi kelihatan seksi yang menjadi penghiasa cover depan segmen Bintang dalam surat khabar Kosmo!.

Faris melihat spintas gambar Maya."Ini ke cara menghargai kerja kita?"Katanya dengan nada mengejek.

Faris menyelak muka surat lain. Ada banyak lain yang perlu dia baca dari kisah entah apa-apa sebegitu.

Hadi tergelak kecil."Hei! Oklah tu, lawa kot." 

Faris tersenyum sinis. Dia serahkan akhbar tad. Tak ada yang menarik. "Lawa? Muka tak mencerminkan peribadi."

Bunyi ketukan di pintu pantri menarik perhatian Hadi dan Faris. Faris mengangkat sedikit muka, memandang Syakila yang baru melangkah masuk.

Pakaian seragam polisnya yang agak ketat, membuatkan Faris berasa tak selesa. Tambahan pula, baju polis Syakila tidak berbuntang pada atasnya, dan bibirnya juga dihiasi dengan gincu merah yang terang.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now