Dari kejauhan Maya dapat lihat bayang Faris duduk santai di pangkin. Hampir sahaja dia terbrek mengejut. Mana taknya, setelah hampir seminggu lebih dia di sini, Faris tak pernah mahu berjumpa dengannya. Pagi ini Faris pula yang menunggunya.
Maya memarkirkan keretanya segara. Dia memerhatikan Faris tanpa lepas. Dalam hatinya mereka-reka bahawa Faris mungkin masuk ke rumah setelah nampak dirinya, tapi Faris masih di situ. Tak berganjak. Dan lelaki itu jelas sedang memandang ke arahnya.
Pintu kereta di buka dengan hati berdebar-debar. Dia tak tahu apa yang patut dia lakukan, dan dia tak mampu menjangkakan apa yang akan berlaku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Mak!" Dari dalam rumah Mira sudah memanggil maknya girang.
"Kenapa?"Puan Rosnah datang terkejar mendengar laungan Mira.
"Along nak jumpa Kak Maya!"Mira sudah teruja semacam.
"Dorang nak settlekan masalah dorang lah kan?"
Puan Rosnah tersenyum nipis. Dia tahu anaknya akan buat keputusan terbaik.
"Dah , jangan menyibuk.."pesan maknya tegas. Bukan tak tahu perangai kepoh anak daranya itu. Masam mencuka muka Mira apabila di sindir maknya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Faris."
Sumpah Maya berasa sangat janggal. Dia tak tahu mahu bereaksi bagaimana, apatah lagi Faris kekal berwajah tenang. Senyum tidak, muka marah pun tidak. Biarkan Maya terpinga-pinga sendiri.
"Duduklah." Pendek sahaja Faris menjawab.
Segera Maya duduk di sisi Faris apabila disuruh, sebelum lelaki itu menukar fikiran. Maya menyelitkan rambutnya ke tepi telinga berkali-kali. Nervous.
"Far-"
"Lambat sampai harini..."
Maya terkedu. Faris sedang ajaknya berbual ker?'
"Hah. Tadi saya..."Maya menenangkan hatinya."Saya sarapan dulu.."
Faris khusyuk mendengar , dan ianya lebih membuatkan Maya tak selesa. Pipinya terasa panas.
"Awak sihat?"tanya Maya janggal.
Mata Faris jatuh ke muka Maya.
Serentak darah menyerbu mukanya.
'Relax Maya! Yang kau malu-malu semacam kenapa?'otaknya berkata pelik. Ya. Dia memang rasa pelik, setelah sekian lama tidak bercakap dan bertemu Faris, dia seolah-olah malu seperti kali pertama dulu.
"Merah muka awak tu. "
Makin merah muka Maya jadinya. Jantungnya makin rancak, laju sekali degupannya. Dan hanya Faris yang mampu membuatnya seperti itu.
"Saya sihat. Alhamdulilah, terima kasih pada awak."
Maya mengigit bibir."Baguslah."
Tanpa dapat Faris di kawal bibirnya mengukir senyuman.
'Cantik macam dulu,'wajah Maya dipandang tanpa lepas. Betapa lama dia merindui gadis itu.
Maya terpana melihat senyum kecil Faris.Senyuman itu yang paling Maya rindu. Sama seperti dulu-dulu.
"Jadi?"
"Hah?"
Maya jelas mengelamun sambil menatap wajah Faris tak puas. Dia tak kisah dah apa yang Faris kata, kerana hatinya sudah terlalu puas.
"Apa yang awak nak tahu?"
Apa yang dia mahu tahu? Entahlah dulu, dia ada terlalu banyak soalan buat Faris. Kenapa dia berhenti?Kenapa dia tak jujur dengan Maya dari awal tentang rancangannya dengan Isyraf?Kenapa Faris bertindak terlampau melulu? Terlalu banyak.
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystère / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...