DEFINISI KAHWIN:-

7K 293 30
                                    

Hari baru menjelma, namun tak banyak yang berubah. Hampir sebulan juga sejak peristiwa berdarah haritu. Hidup Maya masih sama dan kekal di bawah jagaan polis. Semenjak Kali terakhir Maya keluar shopping , Maya tidak keluar-keluar rumah.Sekali sekala , dia keluar juga untuk menjamu Faris dan Dani minum petang dengan sedikit potongan kek atau kuih-muih. Setakat air kopi dan teh, Maya tidak terbeban untuk menyediakannya buat mereka berdua. Yalah, orang berbudi , kita berbahasa,kan?

Pagi itu, selepas hampir lima hari tak keluar rumah. Maya mulai rasa bosan. Lalu terpaksalah dia mencari alasan untuk keluar. Dani yang sedang bermain game terkejut menerima panggilan daripada Maya .

"Ada apa Cik Maya?"

Maya yang sedang mengunyah roti bakar, berhenti seketika lalu menyambung perbualan dengan Dani. "Siap cepat! I nak keluar!"beritahu Maya.

Dani agak terkejut." Keluar?"

Maya menghirup sedikit air nescafe yang dibancuhnya.

"Hmm, keluar shopping."

"Cik Maya , baru haritu kita keluar shopping,kan?"

Maya mencebik. " Itu beli baju, lagipun dan sebulan i tak keluar kot. Kali ini I nak beli barang dapur. Banyak yang nak habis. Takkanlah I nak makan biskut je setiap Hari," Bebel Maya.

Dani tergelak." Oh, barang dapur. Cik Maya nak masak ke?"

Maya di hujung talian mulai pelik. "I masaklah. Kalau tak kebulurlah I kat rumah ni!"

"Okay, saya bagitahu tuan." Panggil ditamatkan terlebih dahulu oleh Maya.

"Eh? Dah letak?" Dani merenung handphone miliknya.

Dia tersengih. Akalnya merancang sesuatu.

"Barang dapur?"
___________________________________

Maya keluar daripada rumah denga pakaian kasual. Leggings biru dengan blouse putih, bag baru dari Esprit menjadi pelengkap gaya.

Maya menghampiri Faris dan Dani yang sudah siap menunggu Maya di kereta. "Okay, jom gerak!" Ajak Maya.

"Erm, kejap. Cik Maya, saya tak ikut ye! Cik Maya pergilah dengan tuan. Saya jaga rumah."terang Dani.

Maya memandang Dani. Pelik. " Kenapa? Alah, ikut jelah sekali."

Dani menggeleng laju. "Tak ,saya kena jaga rumah. Yalah haritu dah keluar. Kalau asyik keluar je rumah takut tak ketat penjagaan. Orang boleh buat macam-macam."

Faris sudah membuka pintu kereta tempat duduk memandu. "Nak pergi ke tak?"

Maya mengeluh."Yalah, I pergi dengan Faris jelah. Jangan lupa kunci rumah." Kunci rumah diserahkan kepada Dani.

Maya membuka pintu kereta tempat duduk belakang pemandu, namun segera dihalang oleh Faris.

"Duduk depan. Saya bukan driver Cik Maya. "Kata Faris sebelum masuk ke dalam kereta.

"Hisy!"Maya menutup kembali pintu kereta. Dia menuju ke tempat duduk sebelah pemandu , sempat melambai kepada Dani sebelum hilang ditelan kereta.

Kereta Perodua tersebut laju meluncur meninggalkan kawasan rumah Maya.

Dani memerhati kereta tersebut hilang dari pandangan. "Asyik gaduh je! Kang jatuh suka habislah.. "

_________________________________

Ketika berjalan-jalan sambil membeli belah di pasaraya Tesco, Maya mengetuai langkah, sambil diikuti Faris . Siapa yang bawa troli? Huh! Siapa lagi kalau bukan lelaki. Betul tak girls?

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now