Suasana panas bahang tengah hari membuatkan polis berdua itu terduduk penat. Dengan jam baru menginjak ke pukul 11.30 pagi. Paham-paham sahajalah panasnya macam mana. Dani meneguk lagi air botolnya untuk ke sekian kali. Haus tetap tak dapat hilang. "Tuan nak air lagi tak? "Tanya Dani sambil menyuakan sebotol mineral baru kepada tuannya.
Perlahan Faris menyambut juga air tersebut. Penutup di buka sendiri. Senyap. Tak banyak pun dia berbual. Memang sejak hari-hari ini, Faris makin tak banyak cakap. Semalam sejak balik dari makan malam dengan Maya dan Isyraf sampai kini sepatah pun tak keluar lagi apa-apa dari mulutnya.
Dani mengeliat kasar. "Kalau dapat duduk dalam aircond mesti best ni!" Bukannya tak ada aircond dalam kereta mereka, tapi fahamlah kan mesti rasa nak baring-baring, golek-golek.
Tuk! Tuk! Tuk!
Serentak Dani dan Faris berpaling. Nyata terkejut melihat Maya dengan sengihan lebar di luar kereta. Menunggu mereka keluar.Dani pertama keluar dulu. Faris kekal dalam kereta.
"Ada apa Cik Maya?"
Maya menjenguk tak puas hati sebab bukan Faris yang keluar. "I nak cakap dengan Faris!"Kata Maya terus terang. Dani mengeluh. Dia juga turut berpaling memandang Faris yang sibuk melihat handphone di dalam kereta.
"Cik Maya cakap la dengan tuan tu! Entah apa yang dia fikir cemberut je dari semalam. Saya tunggu kat luar." Dani memberi laluan kepada Maya. Bukan dia tak faham apa yang berlaku tapi biarlah Fari dan Maya selesaikan sendiri urusan hagi mereka.
Maya menyelusup masuk ke tempat duduk pemandu. Namun Faris buat tak endah, Maya jadi geram. Dia melihat Dani terkedek-kedek ke pagar rumahnya pergi berteduhlah kot. "Faris!" Maya cuba menarik perhatian jejaka itu.
"Hurm." Balas Faris tak acuh.
Maya memusingkan badannya mengahadap Faris. "Faris pandanglah sini. Saya nak cakap ni." Diam. Tak berkutik. Faris tetap membelek handphonenya. Sehinggalah Maya bertindak merampas laju phonenya.Faris tergamam. Dia menarik nafas berat.
"Ada apa Cik? "Jujur dia tak kuat nak memandang Maya. Tak selagi hatinya belum reda dengan rasa kecewa malam tadi. Dia hanya memandang dari tepi jer.
Maya makin angin. Pipi Faris di ditarik memandangnya.Kelu Faris dengan perlakuan Maya."Pandanglah saya bila cakap. Bukannya pandang bawah." bentak suara Maya. Tegas bunyinya.
Mata Faris terkaku pada wajah Maya. Pelik lidah dia seolah tak mampu membalas apa-apa. Kelu rasanya. Terasa lembut tangan Maya di pipinya. Lembut meresap ke jantungnya. Alahai hati janganlah kau hanyut.
Maya yang baru tersedar cepat-cepat menarik tangannya. Malu juga dia, apa pula perempuan ambil langkah dulu pula. Rambutnya diselitkan ke tepi telinga tanpa sedar."Lain kali bila saya cakap pandang saya. "Ulang Maya lagi. Faris yang terkaku memandangnya membuatkan jantungnya laju. Bibir bawahnya digigit.
"Saya nak cakap ni." Maya cuba menyusun ayat. Berdehem kecil Maya sebelum meneruskan kata, "Saya nak tuntut bet awak semalam. "Lancar sahaja mulutnya meninta.
'Huh! Kau memang tak tahu malu eh Maya? 'Kutuk otaknya sendiri. 'Dah tu? Kau nak tunggu Encik Polis ni mula dulu? Sampai tua kau tak kahwin Maya.'Sokong hatinya pula.
Akhirnya setelah lama berdiam diri, Faris membuka mulut. "Bet apa ni? "
"Bet yang kita buat semalam. Dah lupa ke? Kalau Isyraf tak bagi bunga or hadiah for me, you owe me a date." Kata Maya berani. Sah! Memang tebal muka kau Maya. Dia memang malu betul sekarang ni cuma buat-buat berani sahaja. Faris menyandarkan badannya ke belakang.
"So Cik Maya nak keluar date dengan saya lah ni? "
"Naklah! "
'Aduh! Kalau bunyi tu tak terdesak sangat tak boleh ke Maya?' Rasa ingin ditampar sahaja mulutnya kini. Senyuman sinis Faris keluar. "Tak marah ke Isyraf tu nanti? "
Maya berkerut. "Saya nak keluar dengan awak bukan Isyraf. " Lagi. Sekali lagi Faris perasan Maya mengunakan istila 'saya/awak' bukan lagi 'i/you' macam biasanya. Rasa pelik pula cuma dia gembira sebenarnya. Seolah Maya selesa dengannya. Bukan hanya secara formal.
"Tapi apa kata dia nanti? " Pancing Faris lagi.Maya senyum sumbing.
"Laah! Biarlah dia nak fikir apa pun. Yang saya ajak keluar ni, awak, bukan dia. " Cepat sahaja rasa mendung dan awan kemurungan Faris lesap. Rasa semangat dan bahagia muncul tiba-tiba. Rasa yang dah lama dia harapkan bila bersama dengan Maya. "Cik Maya nak pergi mana? "
'Eeeeeeiikk sukanya!!! 'Teriak Maya gedik dalam hati.
"Kita pergi dating!"Sah sengal kau Maya!
Faris tahan senyum. "Yalah! Pergi mana? "Kali ni lembut dia bertanya.
"Jalan- jalan kat mall jelah! Saya belanja awak tengok wayang."kata Maya seronok. Lama juga tak cuci mata dengan shopping mall. Faris menimbang. Mall agak ramai orang. Selamat ke?
Melihat Faris diam seolah berfikir, Maya cepat-cepat meyakinkan. "Mall kan ramai orang, mesti selamat punya lagipun awak kan ada sekali. "
Akhirnya Faris menganguk setuju. Rasanya tak ada apa masalah ke mall. "YES! "Teriak Maya agak kuat. Bila dia sedar Faris sedang memerhatikan tingkahnya, dia hanya senyum manis nak cover malu. "So siap! Pukul 1.30 kita keluar okay! "
"Tapi, saya tak ada baju elok la Cik Maya," Dalih Faris.
Maya menggeleng laju. "Tak apa! Pakai je jaket kulit awak! Still nampak hot! Macam gangster camtu. "
'Gangster? Aku polis lah! 'Gelak Faris dalam hati. "Yalah-yalah," Faris mengalah.
"Ok, pukul 1.30 tau!" Maya melangkah keluat dari kereta. Sempat dia melambai seronok kepada Faris dan segera berlalu masuk ke rumahnya.Faris dalam kereta sudah tersengih lebar.
"Haaa... " Nafas lega keluar. Namun tanpa dapat dikawal bibirnya mengukir senyuman lagi."Seronok nampak! Mood dah happy ke? "Usik Dani sejurus masuk ke dalam kereta. Faris hanya tersenyum sendiri. "Tak ada apalah! " Masih nak nafikan tu!
"Cis!"cebik Dani.
'Dah seronok tak nak mengaku. Bila kecewa kemain lagi, tak lalu makan hilang semangat! Hailah tuan aku ni pun! Nampak je macho, tapi bab perasaan, fail!' kutuk Dani sendiri dalam hati. Tapi dia lega. Bila tuan dan Cik Maya berdua okay.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"FIA! OKAY KE BAJU NI? " Jerit Maya kuat. Fia yang berada dalam video call sudah tergelak sakan. Alahai Cik Maya ni pun."Okaylah tu! Barukan jumpsut tu! Cantik lah warna kuning lembut tu. " Maya sudah berpusing-pusing depan cermin besar dibiliknya. Masih tak puas hati rasanya.
"Ke I patut tukar dress? "Fia sambung gelak.
"Meleret-leret nak pergi mana. Alah! Nak jalan pergi mall je!"
"FIA!!! "
"Cik Maya pakai je yang selesa. Macam tak pernah pergi date pula Cik Maya ni. "Kata Fia turut teruja.
"Yalah! Tapi dulu tak se excited date kali ni! " Maya mengambil rantai yang agak simple untuk dipadankan dengan pakaiannya.
"Sebab kali ni Cik Maya date dengan Abang Polis hot berapi macam tu! "Gelak Fia seronok. Dia yang berada dengan sepupu-sepupunya sudah tak hiraukan keadaan sekeliling.
Maya menyikat rambut entah yang untuk ke berapa kali. "Okay! Siap dah! I tak nak make up lebih-lebih. Hopefully ni okaylah!"
Maya menoleh ke arah handphonenya. Fia masih tegar mendengar. "Rasa macam tak percaya lah Fia." Hati siapa yang tak gembira dapat keluar berdua dengan orang yang kita suka. Last hari tu bila dia dan Faris keluar makan satay adalah. Kini, hari masih siang. Masa pun banyak. Maya dah rancang, mereka akaN menonton wayang , makan bersama, kemudian jalan-jalan di sekita mall.
Maya menghela nafas. Dia cuba menenangkan hatinya yang sudah teruja semacam dari tadi. "Okay! Thanks Fia! Nanti i call you lagi. Byeeee! "Maya sudah ingin keluar.
"Okay! Pergi gari Abang Polis kesayangan Cik Maya tu! "Fia sudah ketawa mengekek di hujung talian. Maya juga tertawa. Talian ditamatkan segera. Beg tangan dan kasutnya disarung cepat. Sudah pukul 1.30 petang. Sebaik sahaja dia membuka pintu besar rumahnya, enjin keretanya sudah siap dihidupkan. Faris yang seperti biasa dengan jeans, t-shirt putih dan jaket hitam sudah menunggunya.
'Pakai baju biasa pun dah cair aku!'Getus hati Maya. Di cuba menahan bibirnya daripada tersengih hanya kerana dapat melihat Faris.
"So, Cik Maya! Dah ready nak keluar date dengan saya? "
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...