"Morning Abi, Umi." Sapa Maya gembira. Tangannya ligat mengacau air kopi yang dibancuhnya. Haa, pagi-pagi kena pekena kopi dulu, betul tak?
Fia yang sedang mengoreng karipap juga berpaling sepintas. "Pagi makcik, pakcik!"
Encik Razali yang masih dengan kain pelikat turun pandang ke dapur menengok Maya yang sedang menyediakan sarapan. Senyum lebar menghiasi bibirnya pagi-pagi ini."Masak apa? Wah! Bihun goreng! Siap ada karipap lagi. Rajinya anak dara Abi ni."Tegur Encik Razali nada bergurau.
"Hah! Karipap apa? Frozen je? Lain kali nak bagi pujian biarlah karipap original, haa yang duk uli-uli sendiri tu. Baru layak kena puji rajin." Balas Puan Zahrah. Dia hanya mengikuti langkah suaminya ke dapur.
Maya mengerutkan dahi. "Siapa pula nk uli-uli tepung semua tu? Dah-dah! Abi dengan Umi duduk kat depan dulu, nanti Maya hidang dengan Fia.
"Ha, yalah-yalah. Jom Zah, kita duduk depan dulu. Biar je anak-anak dari ni siapkan makanan kita. Kita ni makan jelah nanti." Encik Razali sudah keluar meninggalkan dapur, isterinya hanya ikut dari belakang, sempat juga Umi mencapai satu karipap yang baru digoreng tadi.
"Umi! "Marah Maya.
"Hhahaahahah." Uminya hanya gelak dan berlalu ke depan, berbual -bual sementara dulu dengn suaminya.
Pinggan sudah siap disusun dan yang terakhir mangkuk besar berisi bihun goreng diletakkan di atas meja sebelum memangil Abi dan Umi makan sekali.
"Jom makan, nanti sejuk pula."Pelawa Maya, dia sibuk mencedukan bihun untuk semua orang. Fia tak lama kemudian datang dengan pingan penuh berisi karipap yang panas.
"Hah! Bagi sikit dekat polis berdua tu! Rezeki banyak ni. "Arah Abi seraya duduk.
Maya juga sedar. "Betul jugak tu, jap! Maya pergi bagi dorang sikit. " Baru Maya nak berlalu ke belakang dia tahan oleh uminya.
"Tak payah Maya, biar Umi yang hantarkan untuk budak berdua tu." Kata Puan Zahrah seraya lekas-lekas menyisip sedikit kopi sebelum bangun.
"Eh! Apa pulak Umi biar Maya hantarlah." Maya turut bangun, namun Uminya menyuruhnya duduk.
"Umi boleh hantarkan!Maya makanlah dulu." Kata Uminya sebelum ke dapur.
~~~~~~~~~~
Dani yang sedang khusyuk mendengar lagu di radio sambil memejam mata tersentak kuat apabila mendengar tingkap kereta diketuk bertalu-talu."Eh! Puan Zahrah." Kata Dani sendiri.
Wajah Puan Zahrah tersenyum disambut baik olehnya. Pintu kereta Perodua dibuka dan dia melangkah keluar. "Puan, selamat pagi," Sapa Dani mesra. Dia dapat lihat dulang berisi dua pingan bihun dan termos air ditatang oleh Puan Zahrah. Sarapan!
"Hah! Tido ke?" Usik Puan Zahrah, dia tidaklah marah, faham sangat semalaman mereka bergilir jaga kawasan rumah Maya. Dia mengintai sedikit ke dalam. Faris masih nyenak tidur sambil berpuluk tubuh.
"Penat sangat tu! Tak tidur ke dia dari semalam?" Tanya Puan Zahrah sambil mata masih menghala ke arah Faris.
Dani mengosok tengkuknya."Tak! Malam tadi selepas habis makan kat rumah Cik Maya, tuan nampak serious semacam. Entah apa yang dia pikir, saya pun tak tahu ."Jelas Dani perlahan sambil tersenyum lebar. Rezeki jangan di tolak!
Dulang sudah beralih tangan, "Terima kasih, Puan! Baik sangat keluarga dengan kami!"
Puan Zahrah hanya menganguk faham. "Kenapa? Ada masalah ke?"
"Hahahha. Tuan kecewa Cik Maya nak dijodohkan kot." Kata Dani dalam nada bergurau.
Mata Puan Zahrah terbuntang terkejut."Kenapa? Dia rapat ke dengan Maya?"
Dani hanya gelak tertahan-tahan."Eh! Saya bergurau jelah!"
Puan Zahrah memandang tidak percaya. Sekali lagi dia memandang ke arah Faris. "Tapi dia nampak penat betul tu!"
"Yalah Puan, sebenarnya walaupun in charge jaga Cik Maya, Tuan sentiasa keep up-to-date dengan masalah kes tembakan rambang tempoh hari. Almost every hour dia akan in contact dengan pejabat dan teruskan siasatan sendiri. Kami semua risaukan keselamatan Cik Maya, dan Tuan rasa keselamatan Cik Maya ada kena mengena dengan kes tembakan dan langar lari hari tu. Sebab tu Tuan tak senang duduk selagi tak tangkap penjenayah tu."terang Dani panjang lebar.
Puan Zahrah menganguk paham. "Dia ambil berat pasal Maya?"
"Mestilah! Dia risau sangat bila Cik Maya hampir dilangar hari tu."
Puan Zahrah tersenyum penuh makna. "Dani tolong saya boleh?"
~~~~~~~~~~~~~~~
"Abi dengan Umi nak balik dah ker? Tak boleh stay lagi? Beberapa hari lagi ke?" Pinta Maya sambil mencerutkan muka. Beg terakhir sudah pun di masukkan ke dalam kereta, bounut juga ditutup perlahan oleh Abi.
"Eh! Balik lah, mana boleh tak balik. Nanti kita jumpalah lagi. " Balas Abi, dia merapti Maya seraya dipeluknya nak dara tunggalnya itu. Fia pula bersalaman dengan Puan Zahrah.
"Alah! Sekejap sangatlah , baru Maya nak habiskan masa dengan Abi dan Umi. Dah nak kena pisah." Lirih Maya mengada-ngada. Uminya sempat mencubit lengannya.
"Kalau macam tu balik lah rumah. " Marah Umi lantas memeluk Maya pula.
"Sakitlah Umi, ni nak balik pun nak bebel-bebel ker?" Kuat dakapan Maya terhadap Uminya. Bagai tak nak dilepaskan.
Encik Razali beralih kepada Dani dan Faris. Dani bersalaman dan dikiuti oleh Faris. Encik Razali tersenyum senang. Bahu Faris di pegang erat.
"Tolong tengok-tengokkan anak pak cik tu. Walaupun dia keras kepala, sombong ke apa, tapi dia baik. Pak cik minta tolong sangat-sangat kamu pantau dia, apa-apa sahaja beritahu pak cik dan mak cik secepatnya." Pinta Encik Razali perlahan, hanya untuk didengari oleh Faris seorang.
Mata Faris menghala ke arah Maya yang sibuk berbual dengan Uminya.
" Insya Allah, pak cik. Saya akan cuba jaga Maya sebaik mungkin."Encik Razali tersenyum tenang."Terima kasih Faris, pak cik bergantung harap kepada kamu dan pihak polis yang lain. Tak pernah jadi sampai macam ni, dekat Maya, jadi pak cik minta tolong sangat-sangat."
Lantas Faris dipeluk sedikit, Faris hanya kaku kaget. Encik Razali tersenyum sebelum menepuk sikit bahu dan berlalu masuk ke dalam kereta.
"Selamat jalan! Hati-hati tau!" Kata Maya sebelum kereta Honda putih berlalu pergi sedikit demi sedikit dan menjauh.
Fia sudah berlalu masuk ke dalam rumah, Dani juga sudah hilang entah ke mana. Hanya tinggal Maya yang masih memandang ke arah jalan raya, masih berharap seolah bayang kerta Umi dan Abinya masih di situ.
"Cik Maya, pergilah masuk dan berehat." Kata Faris lembut.
Maya memandang ke sisinya. "Ya." Jawabnya pendek.
Faris mengetap bibir."Cik Maya jangan risau, saya akan pastikan Cik Maya selamat, saya dah berjanji dengan ayah Cik Maya."
Maya tersenyum sendiri." Saya tahu."
Faris mengaangkat muka, dia memandang Maya yang di hadapannya.
Maya berpaling memandang Faris, dengan lembut, Maya menutur,
"Saya percaya awak boleh jaga saya, Faris."
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...