Maya membuka pintu rumahnya dan menarik nafas dalam-dalam. Pagi yang bersinar ceria memberi semangat untuk memulakan hari baru. Hari baru , semangat baru, betul kan? Ikatan rambut tocangnya dibetulkan. Dia juga memakai cap logo Channel di kepalanya lalu segera dia membuka pagar rumahnya dan melangkah menghampiri kereta Perodua hitam yang terletak di jauh dari rumahnya .Baru sahaja dia semakin menghampiri kereta tersebut tiba-tiba Faris keluar daripada kereta .
Maya brek mengejut. Eh! Tahu je mamat ni aku nak pergi dekat dia ! Faris keluar dari kereta dan bersandar ke kereta. Tampak mukanya penat. Kurang tidur mungkin. Maya menghampiri kereta. Dan berdiri sambil memegang side mirror kereta.
"Morning guys!"Sapa Maya ceria. Dia melambai ke arah Dani yang berada di dalam kereta . Dani membalas. Wajah dia tampak pelik.
"Morning Cik Maya! Ceria je pagi ni. Ada apa-apa ke?" Faris kekal diam.
Maya tersenyum senang. "Hari ni I nak keluar."
"Keluar?"Kali baru Faris membuka mulut.Maya memandang Faris." Yup! I nak keluar."
"Bahaya. Tak payah." Balas Faris ringkas
Maya senyum sinis."I pun boleh mati mereput dalam rumah daripada mati kena tembak dekat luar."
Faris hanya diam. Maya tersenyum menang.
"So! Be prepare ! Pukul 11 nanti I keluar kita terus gerak." Arah Maya sebelum cepat-cepat masuk ke dalam rumah.
________________________________
Akhirnya sampai juga ke Pavilion, Kuala Lumpur . Walaupun agak lama masa mereka bertekak tentang kereta yang mereka akan bawa, ternyata Maya juga yang menang. Dia melangkah keluar daripada Mercedes Benz miliknya. Faris yang ditugaskan memandu keluar dengan malas diikuti dengan Dani .
Dani mengambil tempat di sisi Maya."So? Nak ke mana dulu?"
Maya memegang bahu Dani. Dia tersengih menggoda.
"Shopping,"Bisik Maya lembut di telinga Dani.
Dani terkejut.' Cik Maya ni nak goda aku ke?'
Maya terkekek -kekek ketawa."Rilekslah. Jom." Seronok dia menayakt Dani, dah macam dia layan adik lelakinya sendiri. Maya menarik tangan Dani dan mula berjalan. Faris ditinggalkan sahaja di belakang. Tak berminat untuk mengejar juga.
Dari satu kedai ke kedai lain. Dari Channel ke Gucci ke Esprit. Maya melangkah tanpa penat. Dia masuk bersama Dani. Faris hanya mengawal dari luar.Setiap Kali keluar dari kedai pasti ada barangan baru yang di belinya. Siapa yang kena pegang? Mestilah orang yang tak masuk kedai!
Kali ini Maya keluar dari concept store Adidas. Dengan dua shopping bag dan menyerahkan kepada Faris. Lelaki itu mengetap gigi. Di tangannya sudah ada empat shopping bag. Dani pula tersenyum suka. Dia tak perlu pegang apa-apa. Suka pula tengok Inspektornya di buli. Nasib baik Faris pakai spek mata hitam, tak adalah nampak sangat muka bengang Faris .
Maya mengipas sedikit mukanya. Panas. Malaysia kan faham-faham jela. Dia menanggalkan cermin mata hitamnya. "Dah pukul 1 ni, Kita pergi makan dulu, okay?" Tanya Maya.
"I teringin nak makan Nando's ". Maya menoleh kepada Faris."You okay?"
Faris menarik nafas. Cuba menyabarkan diri.
"Lepas makan, terus balik."
Maya buat-buat tak dengar.
_______________________________
Di Nando's, Maya sengaja memilih meja yang agak tersorok. Sebaik sahaja sampai, cepat-cepat Maya duduk .Huh! Penat. Shopping 2 jam dalam kasut stilleto. Sakit kaki wo!Dia menyambut huluran menu dengan senyuman manis. Namun dia terganggu.
Maya mengangkat muka. "Kenapa tak nak duduk?" Tanya Maya kepada Dani dan Faris.
Dani memandang Faris . Juga seolah-olah bertanya.
"Kami ditugaskan untuk mengawal Cik Maya. Kalau Cik Maya nak makan, makanlah. Kami akan memantau dari sini." Terang Faris jelas.
Dani baru tersedar. Dia sepatutnya menemani sahaja bukannya ikut seronok dengan Cik Maya.
Maya menutup menu. Dia memandang tajam."Duduk!"
Faris menggeleng. "Tak apalah, kami..."kata-kata Faris segera dipotong.
"Please, duduk. Jangan malukan I!" Pinta Maya lembut.
"Anggaplah kamu teman saya makan."
Dani memandang Faris. Membuat isyarat untuk duduk.' Ek eleh, tuan ni pun. Orang nak belanja tu terima jelah. Ego je lebih!'Kutuk Dani dalam hati. Dia juga sudah melabuhkan duduk bersama Maya.
Maya memandang Faris penuh pengharapan. "Faris... please, duduk. Orang pandanglah."
Faris menelan air liur. Perempuan ini keras kepala betulah! Lambat-lambat, Faris duduk juga. Dia memandang Maya. "Lepas ni terus balik."
Maya tersenyum kecil. "Okay, jom makan ! I belanja!"
___________________________________Selepas makan, mereka terus pulang. Itupun selepas Faris bertegas akan menyeret Maya jika tak nak pulang. Maya segera membuka pagar rumah untuk membolehkan keretanya masuk diparkir.Enjin kereta dimatikan dan Faris serta Dani keluar.
"Best hari ni ,Cik Maya?" Kata Dani sambil menghulurkan semua barangan yang baru dibeli Maya siang tadi.
"Gila tak best? Dapat shopping, memang bestlah," kata Maya ceria dan menyambut huluran Dani.
Faris sudah meninggalkan rumah Maya dan pergi menghidupkan kereta Peroduanya. Maya memandang lelaki itu , dia berlari masuk ke rumah sekejap untuk menyimpan barang. Dan keluar semula tak lama kemudian.
Dani tersenyum penuh rahsia dengan Maya. Dia mengangguk sedikit. Maya faham isyarat itu.
Faris yang sudah berada di kereta Perodua hitam mereka dihampiri.Lelaki itu memandang Maya malas."Ya ada apa lagi, Cik Maya?"
Maya senyum meleret. "Thank you, sebab izinkan I keluar!"
Faris mengangguk tanpa memandang ke arah Maya .
"Nah! Ini untuk you!"
Faris menoleh. Dia memandang pelik kepada huluran Maya. Shopping bag jenama Adidas di pandang sepi ."Apa ni?"
Maya tergelak."Untuk you . Hadiah sebab izinkan I keluar."
Dani yang dari jauh memerhati senyun senang.
Faris tak menyambut beg itu."Simpan jelah '
Maya terkelu. ' Dia reject hadiah aku? Aku nak buat baik pun susah.'
"I beli ni untuk you,ambilah. Please, jangan malukan I."Maya menyua lagi hadiah kepada Faris.
Faris menyambut nak tak nak."Terima kasih."
Maya terus melangkah pergi.First step untuk buat hubungan baik dengan polis bodyguard dia berjaya.
Faris mengeluarkan barang dalam beg plastik Adidas. Sehelai sweater hitam bercorak belang putih yang sangat cantik berada di tangannya.
"Saya yang cadang tu, tuan! Saya pun dapat satu sweater, Cik Maya bagi tadi." Sampuk Dani. Siap menunjuk sweater miliknya yg berwarna biru.
"Tuan suka?"
Faris diam. Dia mamandang ke arah pintu rumah Maya yang tertutup rapat itu.
"Baik juga dia ni" Bisik Faris perlahan. Dalam hati jelah.
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...