RASA YANG TERTINGGAL:-

4K 186 2
                                    

Sebaik sahaja pintu rumahnya dibuka Fia terus meluru masuk. Maya terdorong sedikit ke belakang akibat terkejut.

'Hey budak ni!' cebik Maya. Main rempuh masuk je rumah orang!

Fia memandang Maya sambil ternganga tak percaya.

"Cik Maya! Cik okay tak ni? "Fia hampir menjerit. Dia memandang Maya atas bawah.

Maya menjeling tak puas hati. Mukanya dipamerkan bosan.

"Tak payah jerit-jerit la Fia. I tak pekak lagi."Dia melangkah menjauhi pintu. Setapak demi setapak. Lemah sahaja langkahnya.

Fia masih terkejut. Dia memandang Maya tak percaya. Dengan berselubung selimut, rambut kusut masai, Maya tampak sangat tak terurus.

"Cik Maya tak sihat ke? "
Fia merangkul lengan Maya dan membantu memimpin Maya ke sofa. Risau Fia melihat Maya lemah semacam sahaja.

Maya pula hanya diam membatu.

"Kenapa gelap sangat rumah Cik Maya ni? "Rungut Fia berterusan. Walaupun hari tengah buta dekat luar, namun rumah Maya gelap seperti dalam gua. Hanya lampu kecil sahaja dibuka sebagai sumber cahaya. Tingkap dan langsir semua tertutup menghalang cahaya dari masuk.

"Nak jadi vampire ke duduk dalam gelap macam ni. "Fia memerhatikan Maya yang terbaring lemah di atas sofa. Dia mencekak pinggang. Geram dengan Maya yang buat tak tahu dengannya.

"Cik Maya dengar tak saya cakap ni! "

"Hurm! "Balas Maya lemah.

"Hish! "Fia turut menghempaskan tubuhnya di sofa juga. Geram juga Maya buat tak endah sahaja.

"Saya ada bawa nasi ayam. Cik Maya makan eh!"

Maya membuka selubungnya.

"Nasi? Wahhh! Saya dah seminggu tak makan nasi. "Dia bangun dan duduk bersila. Perlahan sahaja pergerakannya

"Seminggu tak makan nasi? "Fia menggeleng.

"Kenapa seksa diri macam ni? Kalau rindu, call jelah! " Fia menyindir. Dah rindu tak nak mengaku pula.

Maya tersenyum sedih. Kalaulah sesenang itu.

"Nak makan. Lapar." pinta Maya perlahan. Dia membuat muka kesian pada Fia. "I makan roti dengan biskut je seminggu ni tau!"

Fia faham maksud Maya segera bangun dan mahu menghidangkan makanan.

"Betul ke tak nak call Faris? "Cakap Fia kuat dari dapur.

Maya menyandar di sofa. Dia berasa sangat lemah, sejak kali terakhir dia berjumpa Faris. Hampir seminggu berlalu, dia tak lalu makan, tak boleh tidur.

Matanya sembap kerana terlalu banyak menangis. Badannya juga makin susut

"Kalau nak, saya call Dani. So far Dani adalah call saya tanya khabar Cik Maya. "Fia masih rancak bertanya. Bunyi pingan mangkuk berdenting hanya kedengaran dari dapur.

"Cik Maya tak contact Dani juga ker? "
Tanya Fia lagi.

Maya mengeluh. Dani?

"Dani pun bencikan aku. "Kata Maya pada diri sendiri. Dia terkenang kembali perbualannya dan Dani. Betapa marahnya Dani terhadap dirnya.

Dani ada menelefonnya selepas kejadian dia menghalau Faris dari rumahnya. Pastilah mahu mempertikaikan keputusan Maya.

"Cik Maya sedar tak apa yang Cik Maya buat? "Suara Dani sangat kecewa di hujung talian.

Maya mengeluh. "Dah lah Dani. I tak nak menipu lagi-"

"Yang menipu sekarang ialah diri Cik Maya sendiri. "Marah sekali suara Dani .

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now