MASA BERSAMAMU:-

6.1K 289 24
                                    

"Hah! Mengantuk dah ker?" sergah Maya dari belakang.

Faris memandang Maya dengan kening terjongket. Dahinya berkerut. Tangannya disilangkan ke badannya.

"Kalau Cik Maya tak sedar lagi, sekarang ni dah pukul 9.30 malam!"Faris menunjuk jam di tangannya. Tepat ke muka Maya.

"Dari pukul 4 petang kita dekat sini, lama lagi ker nak habis pengambarannya?'Tanya Faris mendatar. Penat woi! Kalau dia ada benda nak buat tak apalah juga, ini tak menunggu je dari tadi. Maya boleh tinggalkan dia seorang diri pula bila tengah bergambar.

Maya hanya mengekek ketawa.

"Itulah, orang suruh tak payah ikut, nak ikut juga. Setakat hantar je I tadi, tak payah tunggu. Boleh jer I hidup, orang ramai dekat sini nak tengok-tengokkan I." Kata Maya sambil ketawa mengejek.

Faris memandang bosan.

"Even Fia dah cakap kan, lama nak tunggu. Tapi nak teman kan I sangat, hah tunggulah."Kata Maya sambil berlalu.

Cepat-cepat tangan Maya di tarik. "Lama lagi ke?"Tanya Faris bernada lemah.

DUP!DAP!

Maya terkelu.

'Tak yang Faris ni perangai comel semacam kenapa?Ke aku yang salah perasan?'

Pandangan Faris lama dan dalam. Lama dia merenung Maya.

"Dah lama sangat saya tunggu, takkan tak habis lagi?"

Maya berdehem. Matanya memandang ke arah lain. Mana tak lari, lagi lama dipandang makin nak terkeluar jantungnya. Sebelum dia kena heart attack baik dia lari cepat.

"Sikit lagi, tu tengah tukar background, After shoot ni, habislah."Kata Maya sambil memandang ke arah lain.

Faris memandang Maya atas bawah, dengan baju gaya pelumba kereta, dan rambut ikat tocang kemas. Dari tadi ambik gambar, takkan tak habis-habis lagi?

Maya melepaskan tangan Faris.

"Lepas ni, kita terus balik, sabar kejap,eh!" Yakin Maya sekali lagi.

Faris menghela nafas panjang. Tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar, mukanya agak cemberut, nampak sangat tak puas hati.

"Yalah-yalah!"

Maya hampir tergelak.

"Kalau dah habis bagi tahu saya..."Kata Faris sebelum berlalu duduk di kerusi yang tersedia bersama para kru yang lain. Walaupun tak boleh buat apa, dia beruntung jugak ada tempat nak duduk kalau kena berdiri, buat naya jer!

Maya memerhatikan Faris yang pergi ke tempat duduknya kembali. Tak dinafikan, Faris boleh dikategorikan jauh berbeza daripada orang lain yang berada di situ. Mungkin auranya, atau gayanya, nampak berbeza jauh dari orang lain. Nampak sangat Faris lebih meyerlah.

Lama Maya memerhati Faris. Ralit. Tanpa sedar di bibirnya juga menguntum senyum yang tak pernah putus saat matanya jatuh di atas Faris.

Faris yang perasaan Maya memandangnya turut tersenyum . Cepat-cepat Maya mengalihkan pandangan, buat tak nampak dan menjauh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Habis pun!!" Maya mengeluh kuat sebelum menutup pintu kereta dengan perlahan. Matanya sempat menjeling jam , 10.20 minit malam. Lama betul dia bekerja malam ni. Patutlah bagai nak tercabut semua sendinya, walaupun kerja modelling je, tetap penat tau!

Faris juga sudah mula menghidupkan enjin. Tali pinggang dipakai kemas. Dia menoleh kepada Maya, yang sudah tersandar sambil mata terpejam. Dia tersenyum sendiri.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now