Keadaan meriah majlis perkahwinan Wani dan Hakim seperti tidak akan ada penghujung. Suasana meriah dengan hiruk pikuk tetamu ditambah pula dengan sesi berkaroke. Maya berbual rancak dengan kawan-kawan dari zaman universiti. Faris juga bijak membawa diri berbual dengan tetamu lelaki yang lain. Tapi yang pasti, tak pernah meninggalkan Maya jauh daripadanya. Nak tak nak, naik rimas juga Maya sebenarnya. Dulu, walaupun dengan Fia dan Fikri dia pun taklah serimas ini.
Maya meneguk jus oren dengan rakus. Asyik berbual sampai membuat tekaknya haus.
Mira, gadis ayu bertudung merah jambu, mula merancang sesuatu." Lepas ni, jom kita semua pergi lepak. Dahlah lama tak hangout. Alang-alang Maya dah Aaa ni, Kita pergi kareoke and shopping, nak tak?"Zara, Ira juga sudah mengganguk setuju. Masing-masing setuju dengan cadangan Mira.
Maya diam. Dia sempat menoleh ke Faris. Dia tahu, tak mungkin Faris akan benarkannya pergi."Aku tak rasa aku boleh pergi. Faris mesti tak akan bagi."Kata Maya sedih. Nak buat macam mana, hidupnya memang tak boleh ke mana-mana tanpa Faris.
Mira berpandangan dengan Ira dan Zara . Senyuman licik terukir."Alah! Kita orang seluduplah kau. Macam zaman universiti dulu. Time kita orang bawa kau lari dari set penggambaran. Ingat tak?" Kata Mira.
Maya diam. Menimbang kata-kata Mira. Seludup? Maya memandang Faris sekali lagi.
Maya senyum licik. "Okaylah! Jom keluar!"Mereka juga sudah senyum suka. Zara berbisik.
" Naik kereta aku, eh? Aku tunggu dekat tepi jalan besar." Kata Zara . Dia bangan sambil diikuti Ira dan Mira.
Maya melihat pemergian kawan-kawannya dengan ekor mata. Setelah yakin masanya sesuai. Maya bangun dan pergi ke arah Faris yang sedang berbual dengan beberapa kenalan Maya.
Maya memegang bahu Faris lembut. " I pergi toilet dulu eh!"
Faris mengangkat muka memandang Maya. " Toilet? Jom saya hantar!" Lelaki itu sudah mahu u bangun namun ditahan oleh Maya.
"Hei! Gila ke apa, toilet perempuan lah. I boleh pergi sendiri lah. Don't worry!" Kata Maya . Bahu Faris ditepuk yakin sebelum meninggalkan Faris. Dia masuk ke dalam tandas untuk betulkan rambutnya. Setelah selesai dia melangkah keluar sambil matanya memerhati keadaan sekeliling. Mencari-cari kelibat Faris namun tidak ketemu.
"Okay! Line clear!" Maya melangkah cepat-cepat meninggalkan kawasan dewan. Maya sempat melemparkan senyuman kepada orang-orang yang berselisih dengannya.Walau apa pun, Faris tidak boleh nampak Maya. Maya melangkah laju. Sudah lama tidak rasa kebebasan begini.Selepas melintas beberapa jalan kecil, Maya tiba di tepi jalan besar. Laluan kenderaan dua hala ternyata lengang ketika pukul 3 petang sebegini.
Hanya ada kereta Wira hitam yang terparkir di tepi jalan, tapi Maya ambil tak peduli. Mesti kereta tetamu majlis Wani juga, fikir Maya. Setelah pasti keadaan selamat, Maya mula melintasi jalan. Namun dia masih berjaga-jaga. Tiba-tiba, enijn kereta Wira hitam tadi dihidupkan. Laju kereta itu meluncur di atas jalan menghala ke Maya. Maya terkaku.
Street!!!!!!
Bunyi menderum kereta memecahkan gegendang telinga. Maya blank. Tak tahu nak buat apa. Kakiya seakan lembik tak mampu berdiri. Kereta itu makin hampir dengan kelajuan yang boleh membunuh. Sepantas itu, sepasang tangan menarik Maya ketepi. Maya jatuh berguling begitu juga dengan si penariknya. Mereka berdua bergolek di tengah-tengah jalan raya. Maya bangun dengan perlahan.
" Faris." Ucap Maya syukur. Bagaimana dia ada di sini?
Faris memegang bahu Maya erat. Matanya memandang kereta Wira yang melepasi mereka Kereta Wira tersebut terbabas ke hadapan. Namun, kereta itu masih tak mengalah. Kereta itu bergerak ke belakang ,masih dalam keadaan laju. Cuba menamatkan riwayat Maya.
Faris memeluk Maya erat. Dia berguling ke tepi . Sekali lagi, kereta Wira tersebut gagal melanggar mereka malah melangar ahu jalan. Sebab sedar misinya gagal, kereta itu langsung memecut laju meninggalkan kawasan itu. Faris bangun . Rungkaian tangan Maya di lepaskan. Dia berlari mengejar kerera Wira itu.
Maya Cuba mencapai tangan Faris namun gagal." No!Faris, jangan!"
Faris lari laju namun sia-sia. Kereta tersebut semakin menjauh. Faris berhenti dengan keadaan termengah- mengah. Dia kini di tengah-tengah jalan raya. Matanya terpaku kepada belakang kereta Wira yang semakin menjauh.
" Sial!" Marah Faris. Dadanya turun naik. Nafasnya kencang.
Maya hanya menangis tertahan-tahan di tepi bahu jalan. Lengan baju kebayanya koyak. Tapak tangannya juga luka kerana terseret di atas jalan. Perlahan-lahan Maya bangun dan berdiri.
Faris datang dengan wajah yang merah menyala. Mukanya kelihatan bengis . Lengan Maya dicengkam kuat. Maya merintih sakit." Kenapa Cik Maya degil sangat?" Tempelak Faris kuat. Cengkaman tangan dikuatkan. " Kenapa tinggalkan saya? Hah! Tak boleh ke Cik Maya ikut je apa yang saya cakap? Susah sangat ke?Kenapa suka buat kerja bodoh? Hah? Cik Maya ingat saya nak sangat berkepit dua puluh empat jam dengan Cik Maya?"Faris mencengkam pipi Maya, memaksa Maya menatap wajahnya. Maya mulai tersedu.
"Jangan jadi bodoh! Nyawa Cik Maya dalam bahaya. Ke kau memang tak sabar sangat nak mati! Hah?" Tengking Faris tepat di muka Maya. Maya menangis teresak-esak. Takut dengan kemarahan Faris.
"Faris." Lirih Maya. Dia tahu dirinya bersalah. Dia tahu mengapa Faris marah. Memang patut Faris memarahinya. Faris melepaskan cengkaman di pipi Maya. Mula sedar dengan keterlanjuran diri. Lembut pipi itu diusap. Maya ditarik kedalam pelukannya. Tangisan dihamburkan di dada Faris. Dia sungguh menyesal dengan tindakannya.
Faris mengusap belakang Maya. Pelukan dieratkan." Jangan buat macam tu lagi Cik Maya. Tolonglah! Saya tak boleh bayangkan kalau perkara buruk jadi dekat Cik Maya." Kata Faris perlahan dalam pelukan Maya.
Maya menarik nafas dalam-dalam. Pelukan diuraikan. Dia mendongak memandang Faris. Wajah risau Faris menenangkan Maya."Sorry. I'm so sorry."ucap Maya. Tangan Faris digengam erat.
Faris hanya mengangguk. "Jom! Kita pergi lapor di balai!" Faris menarik tangan Maya pergi.
___________________________________
Sewaktu di dalam kereta menuju ke balai polis, Maya masih menggigil. Tali pinggang keledar digengam kuat.
"Sampai macam itu sekali , dorang nak I mati. Apa salah I pun, I tak tahu."
Faris hanya diam tidak membalas.Maya menoleh kepada Faris. "Faris, please tell me! Apa yang terjadi? Kenapa I jadi sasaran?"Tanya Maya bertubi-tubi.
Faris menarik nafas berat."Ini siasatan awal kami sahaja. Hanya andaian pihak polis sahaja. Motif sebenar, belum diketahui."
Maya merenung Faris. " Carry on."
Faris memegang stereng dengan betul."Cik Maya mungkin mangsa kerana berada di wrong place at the wrong time. Kami syak, wanita tua dengan Cik Maya hari tu merupakan sasaran asal. "
Dahi Maya berkerut." Kenapa mak cik tu jadi sasaran?"
Faris berdehem sebelum menyambung. "Mak Cik tu, ada anak lelaki. Tapi anak lelaki dia dilaporkan hilang. Anak dia bernama Faizal bekerja di syarikat Avenue sdn bhd. Tapi hilang dan tak masuk kerja selama dua minggu. Ibu dia datang hari tu sebab nak ambil barang anak dia. Anaknya diberhentikan kerana tak datang kerja telalu lama."
"Kami syak Ada sesuatu yang anak dia buat sampai ada musuh yang mahu mengapa-apakan dia. Sebab itu, ibu dia dibunuh. Kebetulan Cik Maya ada berdekatan dengan mak Cik itu, sebab Maya jadi sasaran."
Maya menyandarkan badan." Jadi,anak lelaki dia tu?"
"Masih hilang. Mengikut siasatan, lelaki tu ada terlibat dalam masalah hutang yang berlambak. Itupun syarikat Avenue yang beritahu. Setakat tu jelah kami tahu. Faizal tu, pihak polis masih cari sekarang ni ." Terang Faris panjang lebar.
Maya memejam mata. Barulah dia faham."I akan mati ke?" Kata Maya perlahan sambil mata terpejam.
"Tak."Kata-kata Faris membuatkan matanya Maya terbuka spontan. Dia menoleh kepada Faris.
Mata Faris kekal memandang ke arah jalan raya. "Selagi saya ada, Cik Maya tak akan apa-apa."kata Faris lancar.
Maya senyap. Rasa hangat mengalir di jantungnya.
"Percaya pada saya." Pinta terakhir Faris .
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...