"Tadaaaa! Welcome to my favorite place ever!"
Maya hanya tergelak mendengarkan sorakan teruja Faris. Dah macam budak-budak pula dah...
"Cantiknya tempat niiii!"
Faris menghulur tangan menyambut Maya dengan berhati-hati.
"Hati-hati licin sikit!"
Wahhh! Hati Maya juga turut teruja. Pertama kali di bawa ke sini, patutlah tempat ni jadi tempat kegemaran Faris.
Faris menepuk sikit keadaan disitu, hanya untuk memastikan tempat Maya selesa dan bersih.
"Meh! Duduk sini!" Ajak Faris lalu melabuhkan duduk juga. Nak tak nak Maya duduk juga di sisi Faris.
'Lumut! Erk!' bisik hati Maya. Cantik memang cantik, tapi banyak lumut. Alahai! Kalau tak kerana Faris tak adanya dia duduk kat tempat macam ni.
Pokok rendang di belakang mereka menghalang terik matahari dari kene ke atas mereka. Cuaca petang, paham sendiri lah macam mana. Dengan angin sepoi-sepoi, memang seronok lepak.
"So? How?" Faris bersuara tiba-tiba.
"Ada apa?" Maya tak faham.
"Kampung saya. Okay?"
Maya sudah mahu tergelak.
"Okaylah! Apa yang tak okaynya. Kenapa? Awak ingat saya anti-kampung. Geli dengan keadaan kampung?" Walaupun hakikatnya Maya sedia tahu semua orang beefikiran yang sama tentang dia.
"Yalah! Cik Maya kan artis ternama, orang bandar, orang kay-"kata-kata Fatis dipotong laju.
"Hei! I'm not that kind of person lah! Memang ada je pelakon yang perasan bandar macam tu, "Maya membuat muka jengkel. "Contohnya macam Sofea Raisara tu. HAH! Kalau dia yang datang sini, mahu meraung geli! Saya tak! "
Faris senyum sumbing. "Sempat mengutuk orang eh! "
Maya hanya membuat muka tak bersalah. "Memang pun. Dia tu gedik jer lebih berlakon tak adalah hebat mana! "
"Kalau ikutkan, dia tak layak pun menang anugerah apa, hah! Dewi Media haritu, sah-sah beli undi dia tu-"
"Auh! "Maya menjerit sakit. Dengan kuat dia menampar tangan Faris.
"Sakitlah pipi saya! Eh! Main cubit-cubit ni dah kenapa?" marah Maya tak puas hati. Orang tengah bercakap, dia main cubit-cubit pipi pula dah.
"Dah kalau mengutuk orang tak ingat dunia, "Faris hanya gelak. Seronok pula menyakat Maya sekarang ni. Dah lama dia tak rasa seronok macam ni.
"Alah-alah! Merah dah pipi dia." Tangan hangat Faris mengusap lembut pipi Maya yang memerah. "Dah! Dah baik dah. Lepas ni orang tak cubit-cubit dah! "
Maya sudah tertelan air liur. Tak pernah di nampak Faris macam ni. Sejak bila Faris jadi nakal, manja dan comel sangat ni?
"Awak okay ke Faris. Tak pernah perangai macam ni sebelum ni! "Maya terlepas cakap. Bukan apa dia hanya pelik.
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Gizem / Gerilim🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...