TERANG:-

4.8K 188 3
                                    

Hai guys! Bab ni ada scene flashback! Hope korang faham and enjoy okay!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"So betullah. Benda tu yang dorang cari. Sungguh -sungguh sampai nak bunuh saya. "Kata Maya banyak kali dari tadi. Tak berhenti mengulangi ayat yang sama.

Matanya meliar melihat kawasan sekeliling. Kelibat polis sudah tidak asing lagi. Ke hulur ke hilir membuat rondaan.

"Maya yakin kan, awak tak pernah beritahu sesiapa pasal cip tu? " soal Faris akan berbisik kepada Maya.

"Tak! Berapa kali saya nak yakinkan. Bila saya jumpa cip tu, saya terus bagi awak dan Dani. Saya pun baru tahu pasal cip tu before kita pergi kampung Faris lah. Even Fia pun tak tahu pasal cip tu. "

Flashback!!!!!

"Nak bawa berapa banyak baju ni? Kalau duduk sana seminggu... "Maya berkira-kira sambil mengeluarkan lagi beberapa helai baju dan di letakkan di atas katil. Dia perlu memilih baju yang selesa sahaja untuk ke kampung Faris nanti.

Mata Maya tertancap pada sebuah plastik jernih terperusuk di dalam almarinya. Dengan berat hati dia menarik keluar plastik tersebut yang berisi baju, hand-bag serta segala barang yang ada bersama Maya pada hari kejadian tembak-menembak dulu.

"Patut buang ker semua ni? Bukan nak pakai lagi pun. "Maya mengeluarkan satu-satu barang yang ada dari baju, ke kasut tingginya. Kesan darah sudah tiada tapi, kesannya masih ada. Bendenya terasa berat dengan kenangan hitam.

Lama juga Maya termenung sambil memegang semua barang miliknya itu. "Buang jelah. Tak patut ingat semua ni lagi." Maya bangun dan mahu meletakkan kembali plastik beg tersebut sembelum kakinya terpijak sesuatu benda kecil yang keras.

Dia menundukkan untuk mengambil benda yang kelihatan seperti SD kecil.

"Siapa punya ni? "Setahunya, dia tak pernah ada SD kad. Fia pun tak ada. Jadi siapa punya.

"Benda ni terkeluar dari sini ker?"Otak Maya cuba menyambungkan teka-teki. Tapi takkanlah polis tak jumpa bila cari time kejadian. Semua barang Maya sebagai seorang mangsa telah diserahkan kepada polis untuk diperiksa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ketika berada di kampung Faris, Maya ada menyerahkan SD kad itu kepada Faris dan Dani.

"Saya rasa ini penting. " serah Maya kepada Faris.

"Saya tak tahu macam mana ada dekat saya sedangkan dulu polis dah check semuanya lepas kejadian haritu. Saya jumpa dua hari lepas, bila kemas-kemas barang lama. "

Dani mengambil dan menilik sendiri. "Cik Maya ada buka ker? "

Maya mengangguk. "Saya buka pakai laptop, tapi ada password. Saya dapat rasa benda ni yang dorang cari selama ni. Maybe dorang ingatkan Fia yang pegang, so kereta Fia dipecahkan. Tapi selama ni memang ada dekat saya, saya jer yang tak tahu." Maya menerangkan ideanya tentang apa yang berlaku.

"Apa yang pasti Cik Maya tak boleh beritahu sesiapa pasal hal ini. Kalau betul benda ni yang dorang cari, Cik Maya kena hati-hati." Dani yang selalu bergurau dan main-main kedengaran serius lebih dari biasa.

"Betul tu. Tak ada orang patut tahu hal ni. Balik jer nanti saya akan terus serahkan dekat pejabat. Buat masa ni better Maya tak mention hal ni. Kalau boleh lupakan lagi bagus. "Faris mengingatkan Maya dengan tegas. Benda ini tak boleh di buat main, melihatkan keadaan kereta Fia cukup membuktikan kemampuan mereka.
End Flashback!!!!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Cip tu masih tunggu extract. Bukan setakat password tapi ada sisten sekuriti yang ketat juga. "Faris berkata nada rendah. Mukanya tampak penat. Jam juga sudah menunjukkan pukul 2 pagi tapi keadaan lobi hotel masih sesak.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now