DOA DARI DIA:-

6.3K 289 19
                                    

Dua minggu berlalu dengan cepat. Tiba juga hari perkahwinan Nur Syazwani, sahabat baik Maya Irdina. Oleh itu, Maya bersiap sehabis baik. Kalau boleh kecantikan pengantin perempuan pun mahu di kalahkan. Tapi dia tak lah seteruk tu. Masih sedar diri, pengantin yang dia nak kalahkan tu kawan baik sendiri, jadi taklah dia buat sampai begitu.

Maya merenung dirinya yang sangat cantik bersanggul tinggi. Beberapa cucuk sanggul berwarna emas menjadi penghias untuk menambah tarikan ke atasnya. Concelear dioles lembut di mukanya. Celak juga dipakai berhati-hati dan membuatkan matanya lebih galak . Bibirnya pula di tambah sedikit dengan warna merah gelap.

"Sempurna." Pipinya dipegang lembut.

"Haih! Kenapalah aku ni cantik sangat? Pakai make up simple pun masih terlampau cantik." Bukan Maya kalau tak memuji dirinya sendiri. Dia akhirnya bangun. Dah lambat dah ni!

Faris membetulkan songkok di kepalanya. Panas juga berdiri di luar ketika pukul 12 tengah hari macam ni. Dahlah dengan baju melayu hijau zamrud lengkap dengan sampin, memang berasap kepala menunggu kedatangan Maya. Dani yang nampak kelibat Maya sudah melopong. Terpaku jelas sekali dengan kecantikan Maya.

"Wahh! Cantiknya Cik Maya!"puji Dani kuat.

Maya hanya tersenyum. Dia merapati dan berhenti di tepi Faris.

Faris terpegun. Memang kelu lidahnya. Maya sangat anggun dalam kebaya nyonya berwarna kuning cair. Matanya terpaku pada Maya. Seolah-olah tak nak lepas pandangannya daripada Maya. Patutlah ramai rakan sekerja polis yang lain sibuk berminat dengan Maya juga, sebab Maya memang tidak dinafikan sangat cantik.

Maya tersenyum malu. Tahu dirinya memang cantik. Matanya sempat melirik ke arah Faris yang juga segak dengan baju melayu. Huh! Kalau ada keris dan tanjak memang dah boleh ajak kahwin mamat ni. Fikir Maya sendiri.

"So, jom. Kita tak nak lambat sampai." Suara Maya mematikan renungan Faris.

Faris berdehem kecil."Jom."

Maya menoleh kepada Dani. "Tak apa ke Dani, you tak ikut?" Pelik pula rasanya pergi kenduri berdua sahaja dengan Faris. Kesian dekat Dani yang tinggal sendirian.

Dani laju menggeleng. Kedua tangannya disilang. "Tak apa. Cik Maya pergilah!"

Maya memegang bahu Dani." Balik nanti kami beli something for you."

Faris pergi menghidupkan enjin kereta Mercedes Benz Maya. Dia menekan hon sedikit. Maya dan Dani terkejut mendengarnya.

"Cepat. Nanti lambat pula," laung Faris lalu terus masuk ke dalam kereta.

"Bye!" Maya melambai kepada Dani. Dia masuk dan duduk di tempat duduk pemandu. Tali pinggang keledar ditarik dan dipakai.

Semasa dalam perjalanan, keadaan sunyi menemani mereka berdua di dalam kereta. Maya hanya memandang ke luar tingkap manakala Faris fokus memandu.

Maya menoleh. " Tak sangka you betul-betul pakai baju melayu. I ingatkan you tak nak pakai."

Faris kekalkan pandangan ke jalan raya. "Dah Cik Maya suruh saya pakai, saya pakai jelah." Jawabnya.

Maya senyum kecil.

" Baguslah you pakai. Tema hari ini pun memang Malay traditional. So ,kena lah you pakai baju melayu."

"Hmm," Balas Faris ringkas.

Maya menarik nafas. 'Susah betul nak buat mamat ni bercakap.'bisik hati Maya. " Kalau tak disebabkan tema, I tak akan pakai kebaya. Even though I know I look great . Haih, susah bila jadi artis ni, kena maintain jer." Kata Maya cuba merancakkan perbualan. Faris hanya diam.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now